Tuesday, April 7, 2009

damn you puspakom

cerita ni semua bermula bilamana suami saya kena tahan dengan JPJ kat stesen jambatan timbang telok panglima garang. suami saya berkereta poyo sikit, suma tukar.. enjin angkut luar tukar evo, poyo tuh.. body kits suma tukar, evo gak kononnya.. paling mahal, body wira suamiku telah dibuat sunroof.. poyo tuh ..

masa hubby nak beli keta tuh, atiey saya tidak le gumbira mana.. sebab saya tau kreta dia boleh layan laju beb, kang dia corner baring ke, willie ke, kang ke jatuh sapa yang susah?.. ahkak jugak..tpi kerana dia suami yang baik, bertanggungjawab dan sentiasa mendulukan kebajikan keluarga, saya rasa tak wajar pulak saya nak tahan2 keinginan dia berkereta berubah rupa, ala, cakap tuh ala2 keta knight rider lak, mana boleh tukar pun..

bila dah kena tahan JPJ tuh, korang paham le kategori kereta dia nih, ketegori ubah mlampau.. masa JPJ tahan tuh, kononnya pasal sunroof tuh aje le, tpi kalau dah masuk, pepaham le, incline mende lain akan ditengok sama ye dak.. mm, ari tuh, minggu sudah2 le.. dah pi bawak JPJ, kira dah settle le.. JPJ suruh lak bawak PUSPAKOM.. nak kasi check lebih sikit.. kat sini le buaya2 tempatan duduk, nak ngap duit haram dr rakyat malaysia.. yang anto kereta hubby tuh abang ipar sebab dia le mekanik yg tukang tukar suma kat keter tuh, dulu keta tuh keta dia..bila time checking tuh sampai, cuba teka berapa ramai orang yg nak 'TOLONG' CHECK KRETA NIH?.. TEKA BEB CEPAT TEKA..KALAU KORANG TEKA 5, SALAH.. TAK CUKUP TUH, BUKAN SIKIT.. TARIK TINGGI SIKIT... 7.. TAK CUKUP LAGI.. UII, BRANI LU TEKA 10.. HAHAHA, MALANGNYA STILL TAK CUKUP...ANGKAT LAGI, ANGKAT LAGI.. 15, SALAH BEB..JAWAPANNYA ADALAH 20 ORANG TAK GUNA DALAM PUSPAKOM TUH TURUN NAK CHECK KERETA.. silalah percaya, abang ipar aku kata ketar lutut dia tengok.. sumer tuh muka nak makan duit bawah meja le..

nasib baik night before abang ipar dah pasang runner tolong nego, masa 20 melaun tuh datang, runner lum sampai, cuba korang teka berapa diorang nak.. haaaaa.. teka aaa.. mana tau puspakom bagi duit kot ke.. diorang nak rm750.. nak kenduri mentekedarah sesama 20 orang tuh le.. gila.. duit carik bukan senang, lelagi le tahun ekonomi tak menentu nih..diorang nih apo menusia ke kot..tak guna betul.. pas runner sampai, dia tolon ayat sikit, last2 menusia 20 orang nih settle for 250 untuk kasik keta nih green lite on the road..BAGEROOOOO..tara guna punya menusia..

moral citer aku nih?.. mm, jgn le ikut tabi'i laki aku yg berkereta ubah segala, haha, jgn mare hubby dude, citer aje, kena bagi moral kan..
kalau nak beli gak , kalau nampak JPJ, silalah lalu jln kebun ke, masuk parit nyorok ke.. buat trowong bawah tanah ke, jangan ever kantoikan keta lu, maka sure akan terjadi kejadian kereta kami kat korang juga..:)

3 comments:

kucingorengemok said...

tak tahan oi gelak baca entri ni. boleh tak kita org pinjam buat ronda² nak buat gaya peghak jongol kepala kat sunroof? haha. re: kita org punya lunch tu ala carte. meal dgn air comes to about $20-25 gak sorang, sama je dgn buffet.

hantumakan said...

hahaha, 1stly, sunroof tuh dah rosak pun, so, impian kau terkubur le, hahahaha..
okay le gak regenya, tpi kau makan berdua, aku makan ber5, apa kes beb..:)

kucingorengemok said...

budak2 tinggal aaa... haha kejam tak?