Monday, April 20, 2009

Makanan raya kampung hubby (Sungai Besar, Sabak Bernam)

Seperti yang dikata, ari ahad pun hari menipu lagi, menipu bab makan, .. so, ini permintaan hubby when i asked him what would he have on the cheat day?.. MAKANAN RAYAAAA.. boleh sayang, asal u teman i makan mende simple 5 ari sminggu, hehe..

Saya orang Johor sejati. Darah, peluh suma2 lah, memang johor pior.. memula kawin tuh bila raya kat kampung hubby, belajar makan banyak makanan baru.. so, sapa yang dah tau pasal makanan nih suma, bare with me, orang johor sejati yang would love to celebrate other negri food as long it's sodap.. no hal.. hehe..

maka pepagi ari ahad, dah le masak ketupat and lemang segera dulu, makcik tak pandai de nak mengayam ketupat walau ayahanda try mengajo, tangan tak seni agaknya, so the menu adalah Ayam Masak Kuning Rempah dan Sambal Goreng

nak recipe kengkawan?..sila tengok dibawah..:)





Ayam Masak Kuning Rempah
1 ekor ayam
4 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2cm kunyit hidup
bawang merah
bawang putih
halia-dihiris
2 batang serai
asam keping
sedikit belacan
500ml santan pekat
2 biji kentang
garam dan gula
sedikit air

1.Sangai ketumbar dan kedua2 jenis jintan.Bahan sangai tadi ditumbuk bersama bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup. Halia dihiris dan serai diketuk.
2.Tumis bahan tumbuk, setelah garing, masukkan halia dan serai, kemudian masukkan sedikit air supaya bahan tumis tidak hangit.
3. Masukkan kentang supaya ia empuk. Biarkan dalam 10minit. Kemudian masukkanlah ayam yang sudah dipotong tadi.
4. Masukkan asam keping dan belacan tadi. Dalam 15 minit, masukkan pula santan, kacau dan perhatikan agar santan tidak pecah. Seasoned dgn garam dan gula hingga sedap ditekak sedari.







Sambal Goreng
bawang merah
bawang putih
udang kecil, untuk rencah
cili merah
1 keping tempe
2 keping tauhu
tahu kering dan su'un (banyak lagi sedap)
2 biji kentang
kacang panjang
kobis, hiris kecil
taugeh, jika suka
kicap
sedikit air asam jawa
garam dan gula

1.Rendam su'un dan tahu kering. Potong tauhu, tempe dan kentang ikut saiz berkenan di hati. Kemudian digoreng. Siang sayur sedari mengikut citarasa.
2. Hiris bawang merah, bawang putih dan cili merah. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Kemudian masukkan cili merah. Selepas itu masukkan udang rencah tadi. Masukkan sedikit air dan tuangkan air asam tadi(sedikit saje ye tuan puan). Masukkan su'un dan tauhu kering yang telah ditos dan dipotong biar pendek2 dan kecil. Biarkan su'un meresap air tadi. Sekarang bolehlah dimasukkan tauhu, tempe dan kentang yang telah digoreng tadi.
3.Masukkan kobis. Gaul lagi barang seminit. Kemudian bolehlah dimasukkan kacang. Sila letakkan garam dan gula mengikut citarasa. Jangan lupa letakkan kicap, juga mengikut kesukaan masing2.
Akhir sekali, jika gunakan taugeh, masukkan taugeh tadi. Hidang panas2,

10 comments:

nourelain said...

arghh sedapnye.. terase lapar pule diri ini.. haha

hantumakan said...

salam..:).. terima kasih, singgahlah slalu ke sini ye..:).. kalau rasa sedap, bolehlah cuba di rumah.

dal said...

waaa.. nak masak sambal goreng jugak le harini. Ni sambal goreng style nasi ambang ni

hantumakan said...

ha'ah kan, huhuuu, wei, sana ada tempe ke?.. soklan kakakmu yg peghak, hehe

nurulhuda said...

n pn pernah try wat sambal goreng. just last 2 months kot. tapi x sdp.. uuu. i xleh la masak2 ni. sll sgt fail. gv up leh x? :(

hantumakan said...

kezen, tokleh, mak ngah pandai masak, anaknya jua kena tempias sikit, hehe.. HARUS..

kucingorengemok said...

ayam masak kuning rempah tu mcm resepi mak mentua i, tapi dia panggil "masak ulu". bezanya dia tak letak belacan, tapi ada letak daun limau purut.

hantumakan said...

mm, it make sense letak daun limau purut kan, boleh bayang le effect dia.

tik said...

wah kak dalia.. menu raya.. sedap nyea.. seiap ketupat bagai.. hmm best nyea sambal goreng.. esok nak wat sambal goreng la..

hantumakan said...

sodap gak tik layan mkn raya bulan tak raya, haha, siap ada terhingin nak pasang lagu raya masa tuh..:)