Tuesday, May 5, 2009

BENTAYAN, MUAR


Yong Tau Foo Johor Style, berendam di dalam soup, cecah at it's side. Pas tuh ada broccoli, mushroom.. i likey likey.



Ini adalah mee siput. Kalau dok asrama, kira ini le snack kitorang dulu.. makin lama mcm makin susah lak nak jumpa mee siput nih di kedai2.

Aku tak sure le nama ni anything got to do ngan bentayan citer sri mersing ke idak, tpi bentayan nih nama tempat, nak lagi jitu, Stesen Bas Bentayan Muar. Bila malam tiba, mentari pun berlabuh, maka orang2 pun bukak table le kat sini.. nak start berniaga makanan. Kebanyakan makanan special kat muar ada kat sini. Contohnya, Nasi Beringin, Nasi Ayam Berlada, Assam Pedas, Mee Bandung Muar.. yg lain lagi Yong Tau Foo dok dlm soup, Bubur Nasi pelbagai topping, kot la, sebab dia cakap ada ayam, telur asin ikan bilis dan macam2 lagi(idak le pulak aku peronah makan)..

Sungguhpun geographically Muar, Batu Pahat(nasi beriani, nasi ambang) dan Melaka(asam pedas melaka, mi goreng basah, cencaluk) itu adalah bersebelahan, masakan orang2 ni semua langsung tak sama. Kiranya kalau pergi Bentayan nih, boleh le sample almost everything Muar could offer dalam bentuk makanan.. so, sapa nak bagi puas atiey datang muar and sample sumer makanan muar, silalah tunggu bentayan ini, akan dibuka dari pukul 6.30pm to around 12.30am, dorang nih tido cepat sumer, apa2ntah, kalau aku, sure aku bukak sampai kul 2.30am, hahaha

Kalau nak pi, turun dri jambatan muar tuh(if coming from KL le).. susur ke kiri(mmg boleh lalu situ ajelah pun).. nampak bus station, kat situ le bentayan..

9 comments:

nurulhuda said...

akak kepada hosmet n kawin aritu, die kasi doorgift mee siput.rare gile okey.sgt johor..hehe

-dal- said...

Aku pernah makan bubur kat Bentayan tu masa baru2 kawen dulu. OK la, buleh tahan sedapnya.

Wah.. Kak N, sungguh kretif kawan mu itu. Bijak bijak

-dal- said...

Yaya.. about the yong tau fu, kat sini aku siap berargument ngan org pasal yong tau fu. Diorang cakap itu adalah Steam Boat. Aku ngan Midon cukup tak puas hati heheh. Setelah dibuat kajian terperinci,rupa-rupanya kat Johor je yg lain rupa parasnya ....

hantumakan said...

ina--->aku pun stuju, but skang kat RnR seremban pun dah ada jual yong tau foo sup nih, kawan aku kat jb pun cakap yg sama, dia lagi suka version yg sup.. ternyata org johor seleranya berbezakan..

K.N--->waa, ternyata kreatif.. and messegenya sampai .. hahaha.. aku orang johor gitu.

eyda said...

Alamak, dah lamanye tak makan mee siput...

hantumakan said...

cheh org muo nih..:), balik kpg sila dptkan supply ye..

Mama to Harith and Hanania said...

*drooooooooooooooooooooooooool*.. ya ampun, lama nye dah ong tak makan mee siput bubuh sambal.. yummmmmmmmmm..........

hantumakan said...

azaaa, long time no hear.. busy or too busy..:)..

CATZ said...

hi hantumakan,

found ur blog while blog hopping..
foodie blog...i sukerrr..
org batu pahat ke?
mee siput tu mmg satu kemestian kan..di johor.
mkn dgn sambal tumis/ sambal kicap..
:)
salam perkenalan..