Thursday, May 28, 2009

makanan berbahaya, TAKE WITH CAUTION

Ikan bilis yang sudah bergoreng.
Cili yang ditumis. Ini adalah contoh hasil yg belum garing.


Ikan bilis totok yang berbahaya. Sangat tak ingat dunia sekeliling bila memakannya.






Bukan bahaya apa, dah start tokleh berenti.. aku pun tak tau nak panggil masak ikan bilis nih masak apa.. baru je blajo ngan mak mentua camna nak memasaknya(mak sendri tak pernah masak resepi nih), dah masak twice, so far hubby(dia bhgn kualiti control) telah men'thumb' up kan hasilnya.. ngehehe..
okay le mukadimah dulu..kalau korang pernah dok asrama kawasan tepu jawa mcm kat johor or selangor, sure sorang dua kawan2 korang ada bawak masakan ikan bilis nih, dia cukup kering, rangup dan yg paling penting tahan lama, tapi kalau dah bawak kat asrama yg kaki lapar dia ramai, aku rasa tak bertahan lama de, selamat masuk perut. sedap dimakan dengan roti, biskut cracker and nasi.. suma layan beb, makan camtuh aje pun sodap, tpi lagi syok kalau letak tempe and kacang. paling famous ada kat asrama masa musim 'chicken pox'. gayanya mak2 bebudak nih bekalkan biar makan berpantang, takut anak2 dara dia berparut sana sini.. tapinya kengkawan anak dia yg tak sakit lak pi balun, heheh..


BILIS JAWA TOTOK
(aku tak tau le nama mende nih)


BAHAN2(aku bagi roughly ajelah, sebab aku masak smalam tak de tetimbang bahannya lak)
ikan bilis kecik yg digoreng rangup, cari yg halus dan putih, untuk memastikan hasil pasti rangup
4-6 bawang merah
1-2 bawang putih
10-15 tangkai cili kering, potong, buang biji dan rebus(jumlah ikut agak2 kuantiti ikan bilis la ye)
5-10 cili padi, nak lagi pedas, silakan letak mana sanggup kat tekak puan2
gula dan garam jika perlu (kengkadang ikan bilisnya dah readily masin)


CARA MEMASAKNYA
1. Kalau malas sangat, masukkan semua bahan kecuali ikan bilis, garam dan gula ke dalam blender. Kita kisar sampai halus.
2.Panaskan minyak dan tumis. Tumis sampai sangat garing. Teknik agak2 diperlukan disini. Jika terasa yg lada bertumis itu terlalu banyak, sila keluarkan sebanyak perlu kerana kita perlukan hasil salutan yg cukup2 aje, kalau banyak no sambal dia, dah jadik sambal tumis ikan bilis pulak ye puan2.
3. Bila lada tadi sudah garing(kita perlukan hasil yg sangat garing ye disini, tokmoh basah2, nanti bilis lemau), bolehlah dimasukkan bilis goreng tadi. Gaul sehingga semuanya bersalut. Taburkan gula dan rasa. Pastikan rasa masin dan manisnya sangat cukup, (bermaksud lebihkan garam dan gula dri biasa, barulah sodap.. biar rasa dia sharp gitu, tapi balance yee).



Saya tak sabar nak bekalkan anak2 saya pulak kalau diorang pi masuk asrama one of these years.. hahahahaha.. sungguh ibu poyo disitu..:)

7 comments:

kucingorengemok said...

org pegi haji pun bawak bekal ni tau! haha.

hantumakan said...

weh, lepas kastam ke.. waaa, cayalah..

Ita Shadila said...

Ita pun bekal 2 tupperware besar ikan bilis nih... ahahha... baru jer abes petang td makan dengan roti.. tidak mahu amik Ita jd anak angkat kah? boleh la post ke sini :P

Ita Shadila said...

tayah letak belacan eh?

hantumakan said...

weh, adik angkat dah le.. rasa nak letak belacan pun buleh.. best kan ikan bilis nih, masa tau mak mentua tau masak, bunga2 dalam hati nak blajar. heheh.

-dal- said...

hehhee... memang sodap. aku kat sini sekali sekali je dapat tempe. Bulehla buat lepas kempunan. Tapi yg kelakonya org kedah yg ajar aku buat menda ni, bukan org jawa

hantumakan said...

ternyata mekanan ini transcend ethnic kaum mesia rupanya.. hehehehe.. missnomer le nih.. part jawa totok tuh.