Monday, June 15, 2009

Tribute to Emon

Telefon aku berdering, eh actually bernyanyi, lagu pink 'so what'(selingan, lately aku rasa macam lagi susah nak cari lagu yang sesuai dengan telinga aku, makin tua ke aku, ke telinga aku dah torek)..

ahkak- Hello..wei emon (aku tau la kan sebab dah tengok caller ID)

emon - wei D...(nama aku la, macam le orang tak tau lagi, hahaha)

ahkak - suara kau kembang la mon, awat macam susah dengar nih..

emon - ye ke?.. agaknya telpon aku kot dah nak kong nih tinggal satu bar aje lagi..nanti2 aku call lagi..

ahkak - laa, tak kan cepat no, kau apa citer..

emon - minggu depan aku nak start kelas la, aku amik degree course...

ahkak - terus excited gila and terus tah hengat borak and jaw-drop kagum dengan emon..

itu cerita petang tadi.. emon bukan nama sebenar, emon nama manja aku panggil kawan lama aku.

kami bertemu di tahun 1994, semasa beratur di dewan, menentukan bilik mana nak duduk, kitorang jadik roomate, dok kat seksyen 6 shah alam.. bila jumpa terus click,macam two parts yg meant to be.. macam parts perabot korang beli kat IKEA tuh le.. bila pasang, ngam2 aje..

bila kena tukaq main hostel, kitorang terpisah bilik, tapi tetap classmate, kelas gitew.. hahaha.. bila ponteng, saing2, bila lambat pun saing2.. hahaha.. but bila dia ponteng nak pi cuci rambut kat salon, aku tak ikut, haha, kau ingat aku tak ingat emon, hehe..katanya kepala dia pening.. mmm, mungkinkah?

bila lunch, kitorang pun sesama.. maklumlah, dia anak tokeh kedai makan, aku lak dah memang kuat makan.. so, minat serupaaa gilaaa, hahaha.. balik hostel pun pi kafeteria sesama, sampai pakcik kedai ujung dah naik kenal kat kitorang..

bila ujong bulan, kitorang sempit, duit kementerian belum masuk, kitorang sesama call mak masing2.. kengkadang mak aku sempat masuk dulu, kengkadang mak dia dulu, sapa dapat duit dulu, loan di 'other party'.. bahgiakan jadi kitorang, yang penting soru tak lepas..

emon keibuan, aku kaki mengapi, bila boipren dia buat pe'el, aku la tukang jahanamkan boipren dia, serious, i hate stupid guys, aku rasa kalau nak berboipren stakat nak makan ati ulam jantung tali usus sbagai, baik takyah ada boipren.. baik ada kawan macam aku, hahahahahaha..

tapi ada skali emon tangkap lentok kat brat pitt, haha, serious, apa ntah kata emon kat aku pasal brat pitt sambil tenung muka depan galaxie.. aku boleh reply..'kau ingat orang macam brat pitt nak orang macam kita ke, kau and aku'.. something cam tuh le kata aku, hahahahaha.. aku tau emon ingat sebab ada skali tuh dia citer dia kecik atie, sorry emon.. i'm such a realist sometimes it bothers people, hahaaha..

aku tau aku bukan kawan yg mudah dipahami, but emon stays being my friend until now..

emon kawin aku datang, walau tak pernah sampai umah dia.. happy for her..
aku kawin aku tak jemput emon sebab aku tak kuasa nak ingat sapa nak jemput, aku dah gatal no nak berlaki, hahaha..
emon anak 2 kitorang keep in touch balik sebab senang aje nak jumpa emon, mak dia kedai dia kat hentian sebelah hiway melaka, gatal kan aku tak nak carik dia awal2.. hehe
and the friendship keep on until today
maybe dah tak selalu le berkepit sana sini macam masa matriks dulu.. but we have our own times..
raya, kengkadang simple phone calls..

and today, i can't be any more happier for her,
she's a gutsy lady,
for taking new mountain peaks to tackle,
for being brave and slamber,
tonyeh je suara dia masa announced,
tak macam takut pun,
and this is a tribute for you
momsy to her kids(serious, emon ibu penyayang, aku sure dia peka gila ngan anak2 and hubby dia),
and one of my best friends
and believe me, i only have few and one of them are you (aww, macam karangan puisi derjah satu, hahaha)

may yer degree come as a breeze, aku tau kau boleh, aku nih, mm, mungkin tidak, itu aku citer another entry another day, bila mood masyuk, skang it's all bout you.. this is for you..(ketuk2 gelas champange, kapir gak kengkadang otak aku nih)

2 comments:

kucingorengemok said...

ingat tak asliaty? dulu cikgu suruh buat karangan 'kawan baik saya' aku tulih le dia. sekali dia tulis mas anida. i distinctly remember cos IT HURT. pdhal masa tu baru darjah 4 kot. murung aku dibuatnya. pastu i don't call anyone 'best friend' anymore. boleh ada a group of close friends, lebih selamat. untung lah sapa yg buat karangan, E kata kwn baik dia D, and D tulis balik kwn baik dia E. heheh. sekian, panjang komen aku mcm blog dah...

hantumakan said...

hahaha, aku mmg takkan lupa pasal kau and asliaty.. kalau kau nak tau dulu boipren dia housemate laki aku kat UK, masa tuh asliaty kat US. and asliaty ada dtg UK and lepak rumah diorang, heheh.. tpi part dia telah tidak buat karangan berkenaan ngkau itu aku paham perasaan terguris kau, hahahahahaaa..mm, seriously laaa..but agree, no best friend, bunch of good friends.. well our best friend is always ourself..:)..