Wednesday, July 1, 2009

SPY WORK BEBEH



entry ini bukan hantumakan yg tulis, entry ini ditulis dek spy yg diupah dek hantumakan untuk menyelesaikan misteri parking bay dirumahnya.. sapa saya?.. sayalah jenniper garner @ ALIAS, spy code 2344671z.. cool eh ada spy number..
disputing - parking lot kat bawah, gambar di atas yg diambil dri rumah saya, eh, bukan, rumah client.
mereka yang terlibat - ketiga-tiga kereta di atas kecuali kereta merah, oh mungkin 4, satu lagi kereta tak wujud di dalam gambar, pi ronda2 gamaknya.

fakta-fakta

  1. wokeh, kereta yg park terkiri sekali itu park di atas tuan milik kereta yg tak wujud di dalam gambar.
  2. kereta merah dan kereta yg terkanan sekali park keretanya ditempat sendiri.
  3. kereta putih aka hantumakan park di tempat tiada bertuan kerana rumah itu jadi rumah sewa, buat masa sekarang tiada orang park disini, sepatutnya kerana tiada orang menyewa le.
  4. parking lot kosong berpasu itu pernah jadi tempat hantumakan park keretanya kerana juga tidak pernah ada yg parking, sebab itu dia dah letak 5 pasu bunga berisi teratai dan water lily yg dah mati kerana cuaca terlalu panas. tetapi telah dihalau dek pemilik parking yang rupanya tidak berkereta tetapi tak mau abangnya yg datang sesekali tidak berparking bay.. dioffer tukar parking suka sama suka kerana dia di entrance sebelah dan designated parking hantumakan lebih dekat dgn mereka yg dok kat entrance sebelah telah ditolak bulat2 oleh mamat kejiranannya.

mamat parker terkiri telah sebelum ini slalu mengambil parking bay yg difrequent dek hantumakan, sbelum dihalau oleh mamat kejiranan, parking berpasu itu juga slalu dikebak dek mamat terkiri. mamat terkiri berkereta dua juga, tpi memiliki parking bay yg dekat dgn entrance tpi tidak mahu diparking, musykil?.. mm, mungkinkah shade yg diberi percuma dek pokok yg riang berbunga dan shedding daun dan bunga atas badan kereta itu hingga rasa macam kewasan perkuburan menjadi puncanya?

suatu tika dulu, parking berpasu 5 itu menjadi parking bay kereta turbo poyo milik suami hantumakan, tapi setelah dihalau mereka telah membuat arrangement baru dgn parking satu lagi kereta di tempat lain.. hehe

yg menjadi disputing skarang ini, mamat terkiri dan mamat terkanan(dgn kereta yg lagi satu, tiada di dalam gambar).. selalu main2 kebak parking lot mana yg available.. sebelum mereka berdua tertempel in the picture, semua di entrance ini memahami parking arrangement masing2.. jgn kacau parking orang unless parking yg korang dah cop cop gitu ada tag visitor, itu sapa pun buleh amik asalkan cepat. fair bukan?..
suatu hari, hantumakan balik ronda dan nah, mamat kereta terkiri telah memarking keretanya di tempat kereta putih itu parking skarang, it's been happening for awhile, mereka main slot2 in kala kereta kosong.. maka hari itu terasa bosan, and marched to his house and kata 'move the car, i need to park my car.' dgn cara sopan tapi rupa korang sopan santun, hehe..
err, mamat ini adalah sorang peramah dan suka berborak tetapi kadangkala terlalu peramah dan terlalu pemborak dan in a good terms dengan hatumakan.. u talk, i talk, u smile, i smile kinda terms.
he said sorry but was shocked hantumakan knocked at the door. hehe.. oh, by the way, the next time kitorang bersua muka, awkward moment.. guess i pushed him a little bit too far.. (sapa yg tulis nih, hantumakan ke spy girl jenniper nih.. apalaa, tak cover line kata ganti nama diri, podah)
spy work apo ke eh?.. jiran apa la lu hantumakan, heheh..

4 comments:

kucingorengemok said...

adakah ko jadi surirumah sbnrnya utk menjaga parking takut dicurik org? heheh...

hantumakan said...

hahahaha, MUNGKIN BENAR.. aku tau le aku bercita2 nak keje kat kedai keset suatu waktu dulu, tapi takkan le aku nak jadi penjaga parking..

Ita Shadila said...

hmm.. masalah isu curi parkir nih berlaku dimana2.. tapi isu saya.. saya yg cetuskan

my parking bay bernombor 165.. tetapi sbb kereta saya plat 6666 (as i told b4, mak saya keje JPJ, dats y nombor cantik), saya gedik slalu parking kat bay 166 instead of 165. maka mamat 166 nih dia pun start la parking kat 165 secara paksarela.. down the road, altho 2-2 parking bay kosong.. mamat ni balik dulu, dia secara automatic masuk 165.. tader la dia nak kecoh masuk 166.. mutual understanding gitu altho x penah bercakap nak tukar parking bay.. paham2 sendiri jer.. sure dlm hati mamat tuh ckp "tak kuasa nak gaduh dgn minah nih" :P

hantumakan said...

hahahaha,
1stly, nombor sungguh setan, 'the omen' habis.. sungguh 'don't mess with me' written all over it..patut le mamat tuh relakan u tukar parking ngan dia, hahahaha

2ndly, kalau orang tak kisah syok gak kan.. hehe