Friday, August 21, 2009

kisah keluarga kucing, kambing dan pengaruh TV dalam hidup aku di waktu kecil


wow, tajuk entry macam tajuk thesis, hahahaha..
sebelum itu aku owe lya tampal kad raya pemberiannya dan juga jawapan tagg, hehe, nanti akak buat ye..

ini bukan kucing yang bernama opah, sekadar gamabr hiasan saja


okay, kisah bermula di awal 80an, mungkin tahun 84 kalau bukan tahun 85. Masa tuh aku duduk kat outskirt batu pahat, di kawasan perumahan. Keluarga kami telah meng'adopt' seekor kucing stray betina untuk dijadikan pet. Kitorang namakan kucing itu 'OPAH', bersempena citer opah la, sapa budak2 yg muda mungkin tak membesar dgn cerita opah ni. cerita ini penuh ngan nilai-nilai kekeluargaan yg tinggi.. so, seperti biasa, kucing betina sure membiak kan, so bila lahir kittens kitorang pon akan namakan kittens tu ikut nama keluarga opah juga, seperti 'amar', 'jessica'(bini orang puteh amar), sampai 'mak temah' orang gaji dorang pon kitorang amik nama dia, hehe, 'kathy' and 'burn' tapi aku rasa burn ni mati cepat kot, mcm tak ingat lak ropa kucing nama burn ni yang mana.. pas tu kitorang pindah balik kpg atuk, kitorang hangkut kucing2 ni suma naik keter. sampai one point of opah old age (kerja dia branak aja, ramai gila anak dia), dia menjadi kucing yg sgt grumpy dan suka gigit orang, feveret dia, dok bawah meja makan time dinner, sapa g goyang kaki, dia akan gigit benam taring kat betis kau, ngeri okay, membawa ke bengkak, adik aku yg lina tuh pernah kena tikaman taring si opah ni, masa ni suma pon tak nak kawan ngan opah, dia sgt menakutkan.... and suma time makan akan jaga2 betis dorang agar tak jadi bedalan opah si kucing tua grumpy, sian dia, agaknya dia meroyan banyak sgt kali beranak kot..

kemudian ntah mcm mana ntah, kucing ini ngan extended familynya pupus, mungkin kerana atuk suka buang kkucing naik beskal sebab dia tak larat banyak sgt cats kat umah, hehe..



ini juga bukan kambing belaan ayah saya, hehe, gambar hiasan juga


dalam aku darjah 4 or 5 kot, ayah aku beli sekawan kambing pulok untuk dibela, memula ayah beli 9 ekor aje dan seekor bandut jadi baka, kambing itu kitorang namakan P Ramlee, serious, hahaha, jaman tu aku asyik masyuk agaknya menonton cerita P Ramlee, hahaha.. tapi aku tak sure la pulok aziz sattar, s shamsudin dan heroine2 citer tu aku guna pakai tak nama dorang, hehe, pas tuh ayah beli lagi sekawan yg 13 ekor, dri 2 groups itu, kambing ayah membiak menjadi at one point hampir seratus ekor, serious, seratus kau.. banyak gila.. hehe, masa tv3 mula ke udara di selatan tanahair, kitorang namakan kambing2 kitorang tv presenter, ras adiba, wan zaleha, nurfarahin, ezzah aziz fawzy, suma dpt nama penuh, hahahahaha...

kitorang kalau tak skolah belah petang kena jaga kambing.. kengkadang aku bosan, sebab sepertimana korang tahu, aku suka tengok tv, kat kandang kambing mana ada tv, pernah skali hari xmas, aku memberanikan diri tanya ayah, takde cuti ke hari xmas dari jaga kambing, hehehe. sapa kenal ayah aku sure tau dia garang gila tahap gaban, dia takdelah sampai pukul aku ke hapa, tapi dia jegil aje pon ngan sepatah ayat dia ajepon sampai bila2 anak2 dia akan ingat not to pose the same question ever again, hahahahahaha

and ada skali kitorang lepak tepi parit yg ada unjur kayu tuh sambil baca gila-gila, skali kambing terlepas pi umah orang (tempat tu kira sentri kitorang le), ayah pon naik amarah, di baling la gila-gila kitorang dalam parit, hehe, baru aje dia beli tuh, dia pun blum baca lagi, hahahah.. marah sgt kot, sebab makcik yg terlepas kambing kat umah dia tuh garang gila, ada skali dia patahkan kaki kambing kitorang kat lesung punggung dia, dah kambing kitorang tempang, kambing tu pon suka sgt makan pokok bunga dia, hehehe...ntahla, khabarnya makcik tu pun dah takde, rest in peace makcik.. harap dosa kambing kitorang ngan kitorang skali makcik maapkan, pasal kaki kambing tuh, kira settle ajelah, lama dah pon..

itu saja rentetan flashback hidup sayamasa kecik, ntah nape dri malam tadi teringin sgt nak cerita pasal kucing and kambing saya, hahahaha..

esok hari saya akan pulang ke kampung selama seminggu, nampaknya bersawang le agaknya blog ni slama itu, malas lak nak pi cari wifi kat sana, i balik ngan kids saya, bodygurad i tinggal sini, so, mana de nak pi sana sini and lepak cafe nak wifi kan kan kan.. :)

4 comments:

Ita Shadila said...

glemer nama kambeng.. nurfarahin jamsari, ezzah azzi fauzi,was zaleha radzi.. heheheh.. btw, slamat pulang ke kampung n going 2 miss u..

hantumakan said...

haha, itaaaaa, gonna miss u2.. :)

kucingorengemok said...

oi kejamnya makcik kambeng!! mungkin ko boleh maafkan, kambeng yg kesakitan tu mcm mana pulak? ish ish. ko baru tiba batu pahat ye? aku dah nak balik kl jap lagi, hihi.

hantumakan said...

iyo tak iyo jugakkan.. kan kambeng tu punya kaki, hehe, biar le dorang settle doramg kalau cenggitu..

aku baru nak balik esok, kwang kwang kwang..