Saturday, September 12, 2009

Berbuka bersama keluarga, Roasted Turkey Drumstick dan Chilli Crab

Akhirnya Jumaat yang ditunggu-tunggu pun tiba. Adik-adik pun datang ke rumah untuk berbuka bersama-sama. Sebagai tuan rumah, saya dan suami telah berhempas pulas memasak di dapur. Menu pilihan kali ini adalah Assam Pedas Ikan Bulan, Chicken Kung Pao, Kerabu Kerang+Kacang Panjang dan Taugeh, Ulam Timun dan Petai.

Tukar gaya teks lah, tak mampu rasanya berteks seriyes begitu sekali, hahahaha

Okay, yg obvious kat sini mestilah ikan assam pedas kan (jgn kau tanya ikan bulan tuh apa, sobab laki den jo yg terror pasal ikan nih, den tahu masak dan makan jo), lepas tuh enter frame si chicken kung pao beserta salad, yg bowl hitam kat kanan atas tuh paling frust tak dapat amik gambarnya, itulah dia kerabu kerang yang sangat lah sedap, wahwahwah, iklan tokleh belah.



malas le nak letak nama lagi, korang tau la kan.. hehe

woh, thumb up man, hahaha, ye, itulah adik ipar den, Hamidon, pokcik feveret masa kini, anak aku tetiga kemarukkan uncle midon, sampai semayang pun pakat follow jadikkan imam.. :) ..enter frame kat kiri belakang atas, is my sis dalina.. kiranya kitorang kaum ibuk lepak kat bawah sambil makan and borak, syok ooooo

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Okay, ni projek hari ni pulak.. projek hubby dude, lately rajin bona pulak dia turun dapor, hahaha, takpo, kita kasik jo, ringan sikit beban kat dapor iya dak?..


maka hubby dude keroje dia masak chilli crab.

perbezaan si jantan ngan betino. yg betino kecik la, seperti biasa, claw si jantan juga bosa ye tuan puan, kalau berani, pi la sorong hidung, mahu makin mancung kalau dijepit dek ketam tu haa.. eh, jgn buat lak, tak pepasal kena plastik surgery, hehe



cara-cara menyiang ketam nipah ye tuan puan, sila cari di youtube, hahahaha, i tipu, i pon tak tau ada ke idak dalam youtube, kang menggagau carik tak ado, marah lak lagi korang kat den..



ye, ketam yg dimasak dalam kuali bosa godang, den beli setelah beberapa tahun kawin sebab susah bona nak masak mee goreng sambil baling2 ataih syiling ngan kuali kocik, acah jo, den tak retinya masak sambil terbalik-terbalikkan mondo ke ataih tu..



tadaaaaa, hasil enak sehingga menjilat cengkerang.. credit to hubby dude, resepi seperti tertera kat sebelah kanan belog ye, kepada siapa yang berminat saja, hehe


+++++++++++++++++++++++++=




hoyeeeeeeeeeeeee, ini projek i buka ni hari, hasrat idaman akak selama ini tercapai, tak dapat turkey sekor godang, akak dapat masak drumsticknya pon jadilah, hehehe, mrayu abih buat muka macam comel ha kat jaya jusco tadi, akhirnya, yippie, yippie.. :) ..cop, turkey ni datang dari mano?.. negara turki ke belanda?.. hehe, saja nak tahu..

inilah dia peha turkey yang dah siap ngan perapan, ado garlic, rosemary terpacak, italian herbs, black pepper, garam, butter sikit and drizzle le ngan olive oil sikit, nyum nyum








dah siap roasted.. nak makan camnih pon sodap gak, kan kan labu kan..



TAPI





den nak makan ala subway, hehe, subway, eat this.. real turkey meat hoccay.....






angle lain lak.. aisey .. seriyes sedap, seriyes sedap.. aku seriyes nih

+++++++++++++++

Lastly, birthday present from achik caca to yassmine and nadrah.. cute gila hoccay coklat nih, mama bebudak oso loike..


okay, sebalang gini ladybirds and bees.. syurga abih... hahahaha
SEKIAN SAHAJA LAPORAN MAKAN-MAKAN INI KALI
till next time
notakaki-hubby dude nak buat cinnamon roll ala cinnabon, waa, ahkak tak sabar nak tunggu, yummeh..




6 comments:

Abdul Wafi said...

kak, sangat sedapppppppppppppppppppppppp turkey tu punya drumstick. OMG. Omg.omg.

sedap gilakkkkkkkkkkk.

Tijah said...

stressnya mak tengokkkkkkkkkkkkkkkk!

hantumakan said...

abdul - hahahaha.. tengs.. OMG 3x itew, aku percaya kau ikhlas, haha

tijah - hoh?.. jgn stress, pi la jaya jusco,sepeha hanya rm11 or so.. sila, sila beli..

geraugebang said...

Va va va. best giller kak gerau tengok. Hok turkey tu paling best. Sesuai untuk kak gerau yang badan comel-comel ni. Comel??? cam na ni? asyik terhingat je?

kucingorengemok said...

ada jugak aku beli turki lepas raya ni nanti... fyi, at 1 time negara turki sibuk tukar spelling negaranya kepada turkiye sebab tak nak disamakan dengan unggas yang sedap itu

hantumakan said...

kak gerau - hahahaha, kita pon comel, takpelah kak gerau, tang part peha aje, walau kita comel pong, tak le godang mana turkeynya.. but i bought 3 drumstick, separa dgn 3 of body parts of turkey kan, hahahaha

KOG - wah, begitu tersindirkah mereka?.. concious gila.. tapi if it's my country, aku akan rasa itu satu pujian.. hahaha