Wednesday, October 7, 2009

Day 3 - Lemal - persisiran pantai Kelantan/Trengganu - Paka

Hari ke-3 masih bangun lambat. Maklumlah malam tadi pun pulang lewat, gara-gara berjalan cuci mata di Wakaf Che Yeh , tiba-tiba teringat batik sutera yang lawa gila, huaahuaaa, budget takde, maka terpaksa le berharap next visit to Wakaf Che Yeh ada yang nak belanja, KWANGKWANGKWANG..

so, hari tu kitorang tak keluar cari sarapan sebab nak berkemas bertolak balik ke rumah sendiri via jalan persisiran pantai, jauh kan?.. jauh kan?.. hajat pak mentua, haha, ai suka ai suka sebab ai tak pernah lalu lagi.. ngehehe..

sarapan maggi, roti dan buah buahan yang di beli diRantau Panjang, makan gajus bijan (sendiri tak beli, asik tumpang orang punya, haha, paman dah siapkan food ration yang banyak gila di dapor sbenarnya, siap dengan serunding bagai, bijan, dan macam2 lagi), sambil itu lintang pukang pungut baju masuk beg..

hati dah start sayu, ikutkan hati nak saja tinggal lagi sehari, rasa macam tak berapa sempat nak explore Kelantan, Kota Bharu mainly sebab kiranya agenda agak penuh, perut pun asyik kenyang, makan kenduri bagai, nak gak pi kedai Hover dan White House yg KOG tepek di blognya, namun tak kesampaian.. nak juga rasa nasi tumpang, akok dan sebagainya, tapi, seriyes, perut asyik la kenyang.. takpe takpe (pujuk hati ni)

nak gak pi PCB mcm che la suggest, huaaahuaaa, sungguh lawa pictures dalam blog dia, takpe takpe, nanti datang lagi, start menabung darini hari, hehehe, nak beli macam2 lagi, achewah

alasanke-3 untuk pulang dng kadar segera, hahahahaha

setelah bersiap, kemas rumah, dah pastikan semua dah masuk dalam beg, anak2 pun dah bersih berkilat (hahaha, means dah mandi and nicely dress, anak tiga its a war okay nak siapkan semua) maka sesi amik gamabr lagilah, depan homestay..

keluarga Haji Aminudin dah Hajjah Siti Rohani, cute la menantu dia tuh..?????? apasal lak, haha, iklan gitew..

Gambar ngan Paman Tahziz, adik bapak, dia la yang dapat menantu, terima kasih paman, tak kerana paman, entah bila agaknya saya dapat sampai ke Kelantan, asyik ngan kehidupan seharian, tak terpikir nak jejak kaki ke sana.. :)


BABAI KELANTAN, HOPE TO SEE YOU SOON

GAMBAR2 DALAM PERJALANAN

dah tak ingat pantai mana dah, tapi yang antara yang memorable lalu di Penarik, cantik betul pantainya, aza said I should have try the Ikan Celup Tepung, i didnt know, frust, tapi kereta abang ipar di depan pun laju betul, I just gave a longing look tepian pantai itu, kedai2 menjual keropok di tepian jalan, stall akok, roti paung, aaaaaaaaaaaaaaaarrrgh, frust, tapi bapak nak segera sampai ke Batu Buruk dan bersungguh nak bermalam di Paka, nak tengok flicker api Petronas katanya, mesti cantik di malam hari, sampai di Trengganu pun tak singgah di Pasar Payang, walaupun I prayed rather hard dalam hati, hehehehe, manalah tahu, hati bapak terdetik nak singgah, namun doaku tak makbul, hahahaha

sebab ke - 4 untuk kesana kembali, hahahahaha

We had lunch at Batu Buruk, makan nasi berlauk pauk, no pictures sebab semua dah tersangat lapar, gerak dalam 9am kot with the simplest brekkie, lunch at almost 3pm, rasanyalah.. ada yang amik sup, kami amik sotong godang bakar... not the best lunch but not bad either, hehehehe, tapi ropa sotong itu sangat seksi..

Masjid Kristal, Losong, Kuala Trengganu, Trengganu

The next stop after lunch, yeeaaa, gambaq time.. :) masjid kristal sgt cantik, sgt, sgt.. :), ini gambar dari jauh dulu




kiddos ngan ucu mereka



































apa motip gambar ini?.. erk, saya terjatuhkan camera, tatkala lensanya terjojol lagi, ayok, ayok, hubby dude cool aje, sayang mmg baikkan, jarang marah ai.. memula senget and macam tokleh masuk bila kitorang cuba off, lepas goyang sikit, and dia nak masuk, this was the first close up picture kitorang amik, nak pastikan dia ok, alhamdulillah okay, kalau tak, sedihlaaa, sayang la camera kan


Dah abih posing2 bagai in front of the mosque, we resumed the journey, kereta kitorang singgah jap beli kopok ikan parang, tamban and dipping sauce tepi jalan
abang tukang jual buat lawak pasal harga 'tak jadi' dan 'harga jadi', hence memotong peluang kitorang untuk haggle, hehehe, almost rm50 worth keropok and sauce le kitorang beli, malas la nak amik picture, erk, tetiba berbuka teringin nak makan kopok, hahahaha
jalan lagi, jalan lagi, lalu tepian pantai, nampak Rantau Abang, tepi jalan utama rupanya, patutla penyu tak singgah dah nak bertelur, mcm no, no privacy, kau kalau beranak nak tepi jalan?..
jalan lagi jalan lagi, sehinggalah sampai ke Paka.. memula macam nak sewa rumah, kat mana ntah nama tempat tuh, lawa memang lawa rumahnya, tapi tak beach front, jalan depan sikit, akhirnya kami nampak chalet yg bebetui ber'front' kan beach, malam bulan mengambang(oh, sangat cantik, cuma banyak awan di langit), se'chalet' rm70, tambah tilam memula rm15, lepas buat muka sedih dapat la rm10, kitorangnya chalet aje tambah 2 tilam, hahaha, all in all 3chalets dan 3 tilam..
best gila wei, dah le depan laut, siap ada gazebo, siap ada tempat nak bbq(ia, yg halal kog, hahaha) malangnya semua pun too tired, memula ada hati gak nak singgah pasar malam (kitorang saw one on our way) nak beli ikan bagai, tapi lepas dinner (yg agak dissappointing dan agak mahal, no pictures again, too hungry), kenyang, and kononnya nak tukar beli jagung dan kledek untuk dibakar, tapi juga too tired, just jalan menengok pasar malam yg dah pun kemas2 peniaga nak balik, kitorang pon balik..
hubby dude dapat tilam bantal, slamat, aku layan tv jap.. and pas tuh pun tido juga.. memalam dalam pukul 3 hari pun hujan..............................
okay, esok hari last pulak.. :).. I LOVE PAKA.. :)

9 comments:

Lya Colours said...
This comment has been removed by the author.
Lya Colours said...

oiks x pegi kedai payang ke
kita ganu kat Chendering

hantumakan said...

idak la lya, frust gilaaaaaaaa, hahahaha.. chendering tu kat mana?(saya buta kedudukan daerah, haha).. bestnya jadi orang ganu.. :)

Lya Colours said...

chendering tuh kat simpang 4 traffic lite selepas marang, masok kanan. itu la chendering. kat tempat perikanan

Che La said...

den dah cakap ko kena ambik cuti 2 mingggu..

kucingorengemok said...

hik hik aku di tag di sini :) ada lagi satu kedai famous, nama dia sunto kot, owner cina tukang masak² melayu... takde laporan di blog

tah bila nak gi kelantan lagi, tak tau kenapa, hati rasa amaaaannn je jalan kat sana :)

hantumakan said...

lya - ha'ah, tetiba prasan chendering pada papan tanda.. :)

che la - how i wish, hehe, saya mmg manjang cuti, tapi suami dan anak2 le

KOG - aku pon sama, laki aku pon sama.. rasa mcm best lak klantan nih, oh, tapi paka lagi best, hahaha

Tik said...

akak.. wakaf che yeh tuh dekat dgn rumah kita... huhuhu.. nanti bleh la dtg singgah bila2 (bila dah ada kat mesia)

hantumakan said...

waa tik, terimalah kitorang sebagai tetamu ye in future.. :)...