Sunday, October 25, 2009

Fougasse and Turkey Wing Curry

weekend datang lagi, maka aktiviti food lab aku pun berkumandang kembali.. :)
Kali ini aku nak cuba gunakan bread maker yang my sis loankan, hehehe

okay, aku batak kan, dah le first time guna, boleh lak tak nak buat roti buku macam gardenia tuh, that would be the easiest sebab kau sukat, masukkan and bila dah time dia beep meaning roti dia dah siap , hehe,

tapi tak, ahkak nak buat roti frenchie gak..

aku dan frenchie?
aku amik kelas language dia kat ITM,
cikgu aku frenchie authentic, dia kawin ngan malaysian cikgu bahasa kat art and design school,
serious, laki dia hanya mahu cakap melayu saja dgn dia
tapi dia best, awal2 kelas dia suruh kitorang semua cari nama french,
aku pilih 'serafine' sebab masa tuh aku baru lepas tengok movie american werewolf in Paris kot, nama heroine dia itu le, hehe, aku rasa makna nama itu ulaq ke kot, agaknyalah, hahahaha

OKAY, serious kluar topik

aku nak cerita aku buat roti FOUGASSE.Asal dri Provence kat selatan Peranchis. Biasanya orang buat roti ni malam Xmas.. aku nak buat sebab dia ada flavour, rosmaria -hahahaha-

pas tuh aku nak makan ngan kari, aku guna kepak ayam belanda..

Ini kepak ayam belanda. This is a turkey wing, readily cut, which will make it easy to cook. :)


Ini kari yang saya nak masak. Saya beli ia kerana packaging dia sangat cantik. Saya jadi sangat geram dan saya telah menggunakan bakat kewanitaan saya untuk menjerat suami saya untuk membelikannya untuk saya. Dia tidak menyesal kerana kari ini sangat sedap. Percayalah.. :)

Ini mesin roti adik saya,Dalina. Dia beri pinjam kepada saya, Ceritanya panjang maka saya malas nak ceritakan. Kalau tidak kerana mesin roti ini saya pasti akan malas mencuba.. :)
oh lupa. Saya tidak pernah menggunakan mesin roti seumur hidup saya. Saya tadi telah menunggu di tepi mesin itu dan keliru mengapa mesin ini tidak bergerak walaupun sudah dipicit 'TENAGA' (????) -powerlah. Saya ingat mesin ini rosak, Saya cuba telefon adik saya -futile- sia2 lagi lagha.. hehehe.. Maka saya telah frust dan duduk terduduk sambil menatap skrin komputer dan bungkam dan geram. Tiba-tiba 15minit kemudian mesin pun bergerak, hahahaha, memang macam tuh ek?.. aku manalah tahuuuuuuuu.




Ini hasil Turkey Wing Imperial Curry. SEDAP. Percayalah. Tak percaya?.. Kenapa tak percaya?
Lantakkan





Ini rupa Fougasse saya. Dia sepatutnya rupa begitu. Tak percaya? Sila google. Ia memang sepatutnya berupa begitu konon-kononnya ia adalah daun. Kenapa daun? Korang pi la Provence sendiri dan tanya, den tak kuasa..
Sekian lapuran hujung minggu saya.
Oh saya lupa. Saya buat poll di bahagian atas kanan tangan anda, sila jawab jika bermurah hati. Kenapa? alaaa, saya suka ambil tahu. Tak salahkan. Lagipun pasal blog sendiri juga..
peace and chow peeps




9 comments:

Tijah said...

kari tu instant punya ke? tinggal masukkan ayam je eh? err..ayam yg bukan berbangsa belanda ok jugak kan?

julie said...

bravo puan! jeles nyer aku tgk roti fougasse ko tuh... kalau tak de bm buleh buat dak..?

hantumakan said...

tijah - ha'ah, instant punya, aku beli kat JJ, ada lg 2, green curry and nyonya curry..

just masukkan ayam (iya, ayam the original bahan stated kat kotak itew) and curry pre peack and tumis 3 minint..

lepas itu masukkan 300ml air, biar mendidih dan kering sikit dan masukkan 100ml susu, since aku ada lg sikit susu cair dlm peti aku smalam, aku masukkan susu cair saja..

julie - boleh saja takde bm, tapi aku bangsa tangan tak seni dan slalu buat roti jadi keras, terpaksa, kalau idak sure aku tak akan mahu buat roti, ahahaha

(the recipe comes in 2 version, with or w/o bm, mahukah?)

-dal- said...

biasanya tak macam tu.. hehhe.

Aku pun tak pernah guna yg brand DELTA ni. Mungkin sistem dia lain sket kot, or maybe its warmed the pan first. Entahhh. Tapi as long as timer screen' dia bergerak. OK la tu.

hantumakan said...

ha'ah, dia punya time screen gerak, but the manual tak ade cerita how it works, to yg jitters/gelabah habis, hehe..

i think it let the flour soak up the liquid or sumthing like that, hehe

kucingorengemok said...

ko buat-buat je la macam menda tu rosak, kang dalina kasi je terus, hehe

hantumakan said...

dia dah belikan le only that di bawah timbunan kotak yg menggunung di rumahnya, it's impossible to dptkan the one that's mine, sebab itu dia loankan, bila dah dpt nanti, akan tukar balik, hehe

julie said...

puan,

saya mau itu resipi tanpa menggunakan bm... (kalau ko rajin ler nak tepek)... achik tak paksa... heee... :)

hantumakan said...

wokeh, esok aku tepekkan.. :)