Tuesday, October 27, 2009

Kisah Serem.....


Ini cerita saya dan hahahahahaHANTU... alaa, tak lama lagi kan 31October, halloween gitu.. walau aku tak sebegitu mangkuk untuk menyambutnya, tapi cukup mangkuk untuk teringat cerita spooky ini.. JANGAN BIAR HIDUP DISELUBUNGI MISTERIIIIIIIII..
(prasan ala aripin misteri nusantara pulok)

aku masa form four aku dok dorm nama anggerik. Nombor maktab aku 188, nombor bilik aku lak nombor 8, chantek kan.. tak chantek sbenarnya.. sebab err katil aku itew banyak kisah.. brrrrr

KISAH 1
Dorm kitorang masa tuh koridor paaaaaanjaaaang, pas tuh kiri kanan ada bilik2 kecil partition dinding yg tinggi, satu bilik kecil 2 orang yg duduk, junior and senior, begitulah kekdahnya. sbelah bilik aku adalah dinding mate aku, aku panggil dia mate saja, roomate dia suka study hingga malam, akak itu pasti seorang yg berjaya skarang ini.. :)

suatu malam tatkala dia hendak masuk tido (seingat aku la) dia telah pun memadamkan lampu study dia..

TIBA-TIBA di partition bilik pembahagi bilik dia dan aku dia telah terpandang si pocong terlompat lompat dengan girang di atas itu..

TIDAAAAAAAAAAAAAAK..

aku tatkala mereka bercerita pada aku keesokan harinya asyik terbayang macamana agaknya kalau pocong itu terbabas lompat, lepas tuh terjelepuk terjatuh atas aku...

TIDAAAAAAAAAAAAK.. nasib baik aku tidor mati sepanjang kejadian itu, walaupun bukan aku si mati hantu pocong..

PHEW..



KISAH2
malam lain, hari lain kakak lain, katil sama, aku juga watak yg sama..

aku tiap malam pun tidor lena, hehe.. ontah le..

tapi roomate aku malam tu terjaga di malam buta..

dia terdengar bunyik

'thud'...'thud'...'thud'...

dia dah mula rasa smacam..

tiba2 dipintu bilik kitorang itu dia ternampak benda slubung putih..

benda itu telah bongkok dan menoleh and stare ME right in the face..(boleh panggil stare ke kalau dia err slubung muka)

kemudian dia pun

'thud'..'thud'..'thud'...

aku esok pagi baru tahu..

waktu itu aku sangat mensyukuri lahiriah aku sebagai seorang penidor yg lena.. terima kasih tuhan, kau yg Maha tahu aku seorang yg super penakut.. hehe

dan mereka, para senior berkata bilik aku pernah ada lilin apakebenda ntah kalau balik dri cuti suatu waktu dulu.. aku dah tune out most of mende yg dia story, aku mencik la seekers apakejadah ni, aku tak pernah suka movie genre citer serem...

itulah makna Halloween untuk aku..

10 comments:

Tijah said...

wahhh! melur pun "happening" gak beb! tapi bukan pocong. dia spisis hantu fab buku. lokasi adalah di bilik air. aku mmg sanggup tahan pundi kencing sampai nak pecah dr pegi toilet sorang2 mlm2.

eh! ko tau tak dorm boys ada hantu sore sebijik cam pramlee?

hantumakan said...

hahaaa, hantu fab buku, pasti hantu melur pembersih kan..

n hantu dorm boys sgt lomantik, tengah study tiba2

'getaran jiwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa'

hahahahaaa

kucingorengemok said...

oi! hahaha, aku tak tahan la baca komen tijah. HANTU FAB BUKU?! hahaha.

dalia, tadi aku dah nak tak caya la baca tajuk ko ni kan, ingatkan spesis cite "hantu tolak meja keluor balkoni" tu, hahhaa

Intan said...

nasib baik le titun mati, kalau dibuat terjaga masa benda alah tu tgh stare apakah reaksi anda??tatut ooo..mak cik fengsan dulu..hahah..
Kalau nyanyi getaran jiwa versi seram tak sanggup nak dengar oii..

hantumakan said...

KOG - tak le, ini hantu benar, hish, skewiiiiiiiiii

intan - tu laa, dibuatnya nyamuk gigit batang idung ke, terjaga pas tuh nampak wajah tak berwajah di depanku.. matilamak histerikal..

Neny said...

masa kak dalia dulu, asrama bangunan lama ke baru?

Tp betul la, sy dulu mlm2 nak tido je mesti serabut nak2 bila mata x mo pejam. Dok terbayang je tah hapa2 yg seram.

Sy pon ada sikit2 pengalaman seram kat maktab dulu. Nanti la citer.

hantumakan said...

masa form 4 asrama lama, form 5 asrama baru, hehe, so merasa le dedua.. yippie

hantumakan said...

masa form 4 asrama lama, form 5 asrama baru, hehe, so merasa le dedua.. yippie

afendi ariff said...

bgs jgk kan jd penidur mati nih..heh!

hantumakan said...

afendi - hahaha, ha'ah, nasib baik..