Monday, November 30, 2009

SEMINGGU YANG EVENTFULL-PART 1

hehe, sori for the long absent, budak cuti aku pun terus rasa cam mode cuti aje, suma routine harian put on halt, no concrete reasons or so whatever, tpi tuh le, mcm hibernate (dlm ertikata sbenar, esei tido, kehkehkeh)

maka citer akan bermula dri wikens lepas, hari ahad 2 minggu lepas, mendapat kunjungan si ita , fabulous crossing, si mother to be bersama suaminya.
okay, kitorang adalah rakan maya, hehe, but she's so warm and peramah, it's translated to real life relation, best kan best kan, hehehe, sumpah best.
lakinya juga rawk, maka tea itu hari adalah sronot borak2 dan tukar cerita sambil makan2..

ole2 from US, ataih skali fridge magnet,

APOLLO 13 CALLING HOUSTAN, CALLING HOUSTAN

ahaks, betul kan tempat NASA? alah, main redah, hehe

lepas itu coklat bar yg sangat cute itu tak sampai hati nak makan sampai ni hari, gegegege, aku makan sehari before expire le, hahaha

last but not least, perfume, wihiiii, sgt hepi, okay, sodap bau eh, rasa mcm bau new car, tipu, lagi sedap, hahahahahaha

oleh itu, saya nak mengucapkan terima kasih tak terhingga di atas baik budi ita dan suami, achewah, macam ucapan penerimaan oscar, hahaha..

okay, ni hari korang kena redha kerna aku akan membuat limpahan new entri,

tak nak baca sudah
nama kau saodah,

*_*

Friday, November 20, 2009

AIR BUAH PURE

Masih bawah topik makan sihat, mari kita minum juice pure, no sugar added, no water added lagi.. *--*
korang pilih le buah apa nak kasik juicing, kalau nak beli cawan kecik, cuma boleh pilih two types of buah/sayur, kalau nak cawan besar, bolehlah pilih 3 buah/sayur. cawan kecik rm3++, kalau cawan besar rm6.90, saya tu hari minum starfruit+carrot+guava
feeling2 'what's up doc' kejab, hahaha.. tiba2 takut gigi menjadi besar dan rambut bertukar carrot top,

TIDAAAAK

-guava barang suku buah, starfruit 2 biji, carrot sebiji setengah kot-

Jaya Jusco AEON Bukit Tinggi,
supermarket,
sama booth yg jual buah berangan dan keledek bakar

Thursday, November 19, 2009

SALMON STEAMED WITH MIXED VEGGIES

help, i'm in a dire need to put off weight, hehe, serious, all this cooking and eating sgt menempel lemaks dibadan taw, kadang2 jeles amat tengok kawan2 yg slim mlim, hehe

tapi asik jeles takde tindakan mana boleh kan, tu hari jon diari kurus, lepas tuh dpt put off almost 3 kilos, tapi kemudiannya lutut sakit kerana asik senam sakat buat all the lunges tanpa beringat, brenti dan tunggu lutut baik, lepas tuh trus lupa all the good eating habit and the excersize routines, trus naik berat badan lagi tinggi dri sepatutnya, kwang kwang kwang.

so, i have to start somewhere sbelum berat ini akan naik lagi, aku harap akunya main priority untuk mendapatkan berat badan unggul, bukan nak jadi kurus, that might be a long way to go..


steamed salmon with ginger, patutnya letak lemon, tapi kerana aku malas nak carik dan lapar, so, lemon dilupakan, letak garam dan black pepper juga.
sedap ke?.. well, i'm grew to like the salmon's taste, hehe, and makan pun ngan sos, maka yes i enjoy it, but it might be an acquired taste.. :)

D'ARAB, SEKSYEN 7, SHAH ALAM

okay, aku tak well verse sangat makan arab macam KOG, hihi.. tapi here goes dari kacamata seorang yang sangat jarang makan arab yahabibi..

portion makanan kat sini bosa humanggai, huge nak fengsan, serious tak tipu

roti ada sedikit karas ye puan tuan semua, aku tak tahu nak kabo mmg gitu ke kekdahnya, manalah tahu gigi pak arab memang mampan..
lamb aukdah makan dengan roti arab kat ataih tuh.. rasa okay saja cumanya nasi kat bawah itu lagi sodap .. rm9 bersama roti

aku rasa ini namanya lamb kabsah, betulkan? sodap neh yg ini, hubby dude dpt tang rib yg sangat juicy what la wei, amaaaat heaven



gambar sama posisi yg lain, rm12


kalau nak pi, sila check it here..


Wednesday, November 18, 2009

BETWEEN GOOD AND EVIL

aku rasa aku seorang yang grey,
bukan warna kulit,
tapi akunya inner battle between good and evil..

tapi aku rasa memang itu lahiriah kejadian manusia
kalau dulu masa kecik dan rumaja,
kalau terkalah inner battle dan memilih pilihan yang dark/degil/nakal/tak wajar
akan rasa

a) teruja gila sebab rasa mcm bagus dapat beat the system
b) rasa macam quasidomo yang cacat lagi huduh dan hunchback,
c) rasa macam looser kalau pun tak heroic secara bongok
d) kadangkala semua feelings roll into one, boleh apa, kan manusia a baggage of emotion..

dulu aku berpandangan straight dari kacamata, bijimata kepala sendiri
sekarang kadang kala dapat berpikir secara out of body experience..
hahaha, poyo tapi sort of begitulah rasanya

dulu tengok 'star wars' tak berapa paham luke and darth vader punya konflik,
skarang bila sedikit matang aku rasa it's pretty much battle we deal everyday..
the simple choices of life..

okay
buang sampah merata-rata - evil
lemparkan senyuman pada strangers - good
beriadah maka badan sihat untuk beribadah - good
sepak kucing tak tentu pasal - evil

benda simple,
tapi kiranya kita berhadapan dgn pilihan kecil yang membawa kepada dosa dan pahala.
bukan kira kau bunuh orang atau kau songlap atau rompak uwang orang lain.. itu dah clear cut membuat dosa, mungking kau seorang pyschopath, bukan lagi grey, itu kau sudah jadi seorang jet black dark person, AKU BUKAN CAKAP PASAL WARNA RAMBUT *--*

agaknya watak aku dalam 'star wars' adalah luke vader, hahahaha, cute jugak nama aku sambil pakai light saber, hehe

moral takde dri entri ini kerana i'm still learning from trials and mistakes in life
peace.

SAVOURY FRENCH TOAST

aku kan tu hari tengok rancangan 'RACHEL RAY'. dia buat la french toast ini tapi dia letak maple syrup and brown sugar kat bacon strip dia nih (okay, aku tak guna bacon strip, dia saja, hehe) .. aku rasa macam tokleh trima aje kan daging kita letak mende memanis, aku pun buat version aku saja.. aku letak olive oil dan garam, lepas tuh aku bake dlm oven sampai krispie rangup krup krap
okay, mende ni dah berkuboq dalam petiais/esbok lama gila, ingat tu hari nak buat 'saltimboca', tapi kemalasan memuncak tahap mega, aku biar saja mende ni punya lama..
lepas dah bake, dia jadi begini.. :) .. rangup, what la wei...

letak ataih roti, letak beef strip itew, aku letak satu sebab tak cukup, nampak macam sedey ajekan filling dia, hahaha.. kalau korang beli banyak, korang letak barang 2,3 keping pun buleh.. lepas tuh letak le grated cheese.. letak lagi satu keping roti di atasnya, pas tuh celup dlm teloq yg dah diletak garam dan black pepper, masaklah dalam non-stick pan dengan barang setitik dua percikan olive oli, hehehe, masaklah sampai garing/telur itu set.


makan tengahari tadi, hehe budak2 suka tapi katanya beef strip itu rasa ikan bilis, hahahahaha, aku pun rasa, taste dia macam ikan bilis. jgn lupa sos ye pemakan diluar sana, tak rawk le tak letak sos, hahaha

Tuesday, November 17, 2009

MAKARONI BAKAR

Lya colors masak makaroni.. sangat tergoda tau tengok.. and dalam dua tiga hari lepas laki kita pun dok buat ayat

'dah lama tak makan western'

waa, adakah itu satu order makanan?.. okaylah, aku sedar dah lama entri makanan tak menunjukkan taring kat blog nih (perlukah taring?), maka ini hari saya masak makaroni bakar with salad and mushroom soup fresh from tin, hehe

aah salad ni kali kan sangat rangup krup krap, nikmat tiba2 lagak gaya makan rumput macam kambing, hehe, eh tolong ya, ini adalah gaya hidup sihat..
*--*


bon appetit..
till next time peeps,
gudnite and gudbai


ps- by the way lya, mmg sedap makaroni bakar resepi u.. hubby dude juga memuji kerana sodap

Monday, November 16, 2009

JOGATHON


Hari Ahad itu, saya suami isteri telah mencemar duli -achewah, baru pergi galeri, prasan royalty la kan, haha- untuk turut serta dalam acara jogathon sekolah anak, hehe, i dari awal masuk memang tak mengharapkan hadiah, tapi laki i dari awal dah gila kuasa nak jadik topten, hehe
tak ramai pun yang daftar, tapi atas semangat supportive dan soccer mom yang sporting, i turut serta juga walau anak i dah survey dan berkata dengan nada simpati


'ma, jgn frust ye kalau mak orang lain takde, sebab min dah tanya, ma aje yg nak masuk dri kelas min,'


cheh, semangat i tetap mantap nak pergi juga, hehe



itu dia rupa si gila kuasa, hahahaha, ambil hadiah, dia kata dia dapat nombor tujuh..


tpi tang dpt hadiah, dia dapat nombor 5.. blagak la kan, blagak la kan kat i..

waa i kagum okay dgn hadiah, seumur idup i tak pernah terasa terhingin nak beli luminarc yg overprice ini, i hanya akan beli pinggan di kilang reject kat ayer itam, hehe


by the way, i dapat nombor berapa?.. i memanglah kat belakang, bila dah sampai ada hati lagi nak melapur kat meja urusetia, terhingin tahu nombor berapa?.. dah kena rebuff siap kata, nombor sudah penuh, dengan cikgu sikh, tak perlu berkasar dgn i, i sedar diri, hehe.. i dah kata,

I MASUK BUKAN NAK MENANG!


tpi tatkala nama dipanggil untuk amik hadiah, i dapat the sacred number 10, rasa nak pitam i taw, hahahaha and dapatlah hadiah voucher JJ RM10, sapa nak bagi kan tak tentu pasal, tengs sekolah, i lap u, next year i trained untuk dapat tempat err 9 ke atas kay, hahahaha



Sunday, November 15, 2009

Galeri Diraja

OKAY,
aku dok Klang, so?.. hehe
most of the time aku join aje orang kutuk Klang,
sebab aku tahu Klang macam punya trademark yg tak semenga..
gagaklah, really ol'creaky townlah, hehe
tapi sbenarnya aku dah jatuh cinta juga ngan town ini..
so walau aku join kutuk,
deep inside aku sayang saja town aku nih,
aku menjunjung saja langit tempat aku dok nih.. :)

okay, last Saturday aku pi Galeri Diraja, sederetan ngan Chong Kok Kopitiam dan Pejabat Pos Klang, dekat Little India, tepi Sungai Klang, hehe, kalau sesat gak tak tahu la aku nak cakapkan apo..

kat dalam galeri ni, ada all the kerabat diraja personal belongings, mostly milik ayahanda raja Selangor yg sekarang ini.. ada juga history of raja selangor from the first one, sampailah yg sekarang, pictures inside of the galeri seperti biasa not permitted kan.. but best juga, ada tongkat milik super nenda mereka, ada beskal, ada miniature ol'castle yg pernah jadiasrama dan sudah dirobohkan, ada cap mohor, ada ol'costume, ada all the branded watches and pens..

MACAM MACAM ADA

galeri ada 2 tingkat, yg bawah, mainly all bout the earlier kings, and yg kat atas almost dedicated to ayahanda sultan skarang, the one yg mangkat tatkala masih lagi agung, remember, with his consort Permaisuri Aisyah, the 1st permaisuri with head scarf..


the central court of the galeri, aku tak sure dulu ini bulding apa?.. tpi mmg building kerajaan, it has this colonial feel thru out the kawasan.. aku kan dari dulu berangan punya rumah landed yg punya laman sebegini, kau bayang saja ia stingkat dan comel, bukan bosa mcm ni, lepas tuh luar tingkap ada water feature yg keliling rumah dan cetek dan tenang, lepas tuh dok tenggek pasu kawah itu tanam water lily, what la wei, sgt suka.. oh, lepas tuh ada path way yg ala2 batu dlm sungai yg kau step jauh2 itu.. tokleh bayang?.. takpelah, nanti umah siap aku tunjuklah, haha, jaman bila korang tunggu ajelah hehe
another feature of my dream house, adalah pokok kemboja yang sudah bosa seperti ini.. :)

singa dari marmar, pemberian alemak, aku lupalah, but this singa ada sepasang, stand guarding istana di Shah Alam sebelum ini


yup, famili picture adalah penting



Brochure. Gambar mahkota Sultan Selangor.
it turn out an outing yg menyeronokkan, serious, tak sempat nak really belek and baca all the details sebab dah kena halau dah dekat pukul 5 petang, min minta dibawa lagi ke sini, wokeh, no hal, nanti kay

Friday, November 13, 2009

Anak Kucing Dah .....

Anak aku yang kecik dah mula petah cakap, cute okay dapat borak ngan budak2 nih.. sebab they will say the darnest thing..

cumanya dlm minggu nih favorite phrase dia is

'Anak kucing dah mati.'

tapi dia cakap dgn muka dan nada yang cute.
agaknya dia terdengar dlm 2 minggu lepas aku cakap ada kitten yang mati sakit kat bawah rumah.
i dunno.
should i me alarmed?
ke dia pun tak paham apa yang dia cakap.
alaaa, dia baru 3 tahun lebih..
bukan dia paham kot,
kematian=darkness, sadness, taboo, misery..

tpi itu intrepretation orang dewasa..

budak have unlimited imagination sampailah kita yang dewasa ini bagi mereka ideas..

maka kesimpulannya aku akan biarkan sajalah sampailah dia bosan cakap begitu.

Pat My Back Please

wow, tak sangka aku mampu menukar skin blog aku, hehe, aku tahu orang lain senang aje nak buat benda ni, tapi aku ni tak terror mana, so, kira achievement gak le nih. Dari pagi ke malam menggodeh, nak mendapatkan kembali intipati blog aku nih, hehe..

ada gak few things aku dah malas nak letak bali mcm kamus banjar.. takde bertambah pun dari tuh hari, kamus apakebendanya, hehe..

Else than that, yup, pretty much the same ol'beloved blog..

Thursday, November 12, 2009

alkisah

aku tengok ramai jugak yg berblogging yg sgt secretive, tpi ada gak yg all out, slamba aje citer berkenaan kisah diri mereka.. dedua aku tak kisah, sebab aku pun kategori tetengah.. aku tepek gambar aku, famili, aktiviti keluarga, tpi aku idak le citer berapa sen aku ada dlm bank kat org.. or brapa cawan aku minum teh sehari.. (cop, biaq aku pikir, aku rasa takde)

aku tengok ramai gak orang yg berilmu tinggi berblogging, cakap benda bernas lagi terkini, cakap things well thought dgn language yg perfect, flawless.. kalau bahasa melayu, pulun melayu habis, and kalau in english, english habis, aku rasa aku neither.. language dah la pasaq, asal boleh aje, baru tadi aku figure yg kehidupan aku seharian mmg bahsa pasar habis, kengkadang nak habiskan cerita (ni kes kalau cakap pakai mulut le, bukan medium typing and blog, or on paper) mmg aku akan peppered here and there ngan mana2 bahasa yg dapat sampaikan niat hati aku yg hakiki, kalau middle sentence aku rasa aku perlu sambung bahasa melayu, aku sambung saja walau beginning sentence aku cakap bahsa omputeh.. dah kalau menaip lagilah, ikut suka teman saja mengejanya.. in facrt, kalau aku monolog pun aku begitu..

aku rasa mcm apa-apa yg aku buat dlm hal2 harian aku adalah extention diri aku juga.. aku tak mampulah nak punya alter ego, or watak sampingan yang aku boleh guna pakai bila aku dah penat jadi diri sendiri, aku rasa act tu pun take lots of my energy in the first place.. maka aku rasa blog aku mirrors lots of me.. mungkin tak semua, tapi ya, mostly almost,

apa gist yg kita boleh dapat dari cerita di atas?

aku sbenarny dah terdelete gambar kedai makan dan makanan yg aku nak review, hehehe, maka aku terus jadi macam nih..

tapi for extending my first niat, jika ke Kuala Selangor, ada kedai di belah kiri just before jambatan besar kedai paling 1st dari deretan kedai, bernama ANIS SUP UTARA, kedai itulah aku nak review. dia jual pelbagai sup, sedap?.. bolehlah. kedainya mcm ok, nampak mcm cantik, makanan pun bolehlah, 6.3/10, hehe, makanlah sup utara di pantai barat semenanjung

itu sahaja, (dah tak boleh pakai sekian terima kasih, kak gerau dah gelakkan, kenalah tukaq stail)

Wednesday, November 11, 2009

Dinner last nite.

mood smalam mood malas, hubby dude pun minggu ni minggu sebok, memula nak masak meggi aje, hahahaha sodap apa, letak telur, sayoq, what la wei, sgt sedap taw.. tapi ditch the idea after berfikir barang stengah jam sambil layan sudoku dan terasa bersalah sikit kat anak2 sebab tak bagi healthy diet, maka akak proceed ngan idea asal.. (aku tau dia orang mlonjak saja kalau menu meggi, cheh)

ayam masak black pepper

BAHAN-BAHAN

3 KETUL AYAM-potong kecil

2 BIJI BAWANG MERAH

1 BIJI GARLIC

SEDIKIT HALIA

BAWANG BESAR, CAPSICUM, CILI HIJAU, TOMATO, CARROT

SOS LADA HITAM DARI BOTOL SUDAH SAJORK

GARAM DAN SDIKIT GULA

tumis bawang putih dan bawang merah. bila garing masukkan halia. kemudian masukkan ayam dan sdikit air. apabila ayam sudah 'brown', masukkan sos lada hitam. biarkan barang 10minit, kemudian masukkan semua jenis sayur kecuali tomato. apabila sayur sudah nampak sdikit layu, barulah masukkan tomato. jgn lupa season dgn garam dan gula.

okay, satu lauk dah siap.. :)


terung masak sambal, resepi malas tulis, ikut buku kak hanieliza.

sekian terima kasih..

....


okay, parcel ini untuk sapa? scandalous aje poyo, hehe

Tuesday, November 10, 2009

Billie Holiday-I'm a fool to want you



aku tiba-tiba sangat jatuh hati mendengar lagu ini from advertisement chanel no 5..

aaaaaaa, sangat sedih sbenarnya lagu ini..

Monday, November 9, 2009

Jalan2 cari makan di brinchang,tanah rata@Cameron Highland

Okay, kita akan buat jumble up review saja pasal makan2lah ye
honey di pasar malam brinchang, beli honey dalam botol, u will get the honey comb skali.. hehe, value ke tidak for money saya tak tahu, but rm15 for a medium tub with 2rows of honeycomb, it looks cute okay
Raju's strawberry farm. waffle with all the frills (strawberry compote, chocolate sauce and whipped cream) rm6, a bit mahal kan, korang tak tengok lagi rege a teapot of tea with 2 scones, rm12, terus aku meracau nak buat scone balik rumah, tpi bila dah sampai rumah terus malas, hahaha

apollo tea, harga lupa but kedainya just tepi jalan masa mendaki cameron highlands dari simpang pulai, just at yer left side waktu mendaki, maybe the second kedai kot.. but if u missed it, boleh ke strawberry moment di brinchang, it still the same kedai.. :) .. (kedai yg dibelah kiri itu ada jual pelbagai strawberry by-products, and ada nursery/taman/hydroponic tanaman juga. Got a big giant tortuise(kura2) juga kat kawasan makan dia.


ice lollies, kiri passion fruit, kanan strawberry, satu singgit. like the passion fruit way better.



marble cheesecake, not bad, just okay




blueberry cheseecake, just okay juga
okay, ada beberapa kedai tak featuring kerana aku tertinggal sd kad, hehe, kami bersarapan di kedai zainab sam di tanah rata, deretan kedai makan ala2 benteng kat belah kiri jika dari brinchang.. sarapan yg sedap. ada roti canai, nasi lemak dan pelbagai malay breakfast fare..
aku singgah di T's caffee untuk nak makan scone strawberry tapi malangnya kedai dia renovate, disini sepasang scone berharga rm2.80 with all the frills, butter, cream and jam. so, ya, value for money, tapi aku tak dapat nak makan..
itu saja kisah makan2 di cameron.





cerpen-cintan cintun di Parit waterfall

Hari cukup cerah untuk Cameron Highlands yang bercuaca lembab basah .

'so, trekking on ke ni?' tanya Mat Botak

'bolehle, bukan senang nak cuaca best camni ye tak?' kata Babe Doyah


Sambil trekking Babe Doyah pun memungut bunga kecil di kiri kanan trek. Dalam kepalanya sudah terlintas suatu projek best.
Dalam 15minit perjalanan, ait terjun pun kelihatan. Suasana pun segar nyaman.

'aah, this is life' kata Mat Botak

Babe Doyah gelak-gelak melihat kerenah Mat Botak.

Tiba-tiba trek dihadapan seakan terputus, Tiada lagi jalan bersimen, terhenti begitu sahaja. air terjun sudah kelihatan tapi jalan dah tiada. Hanya jalan mendaki bukit yang sangat curam, dihalang akar-akar kayu dan tunggul besar.

'weh, betul ke jalan ni!' kata Babe Doyah.

'Betul le, boleh lalu la lereng nih.' kata Mat Botak.

Lereng itu sangat curam. Di suatu kawasan hanya ada tempat untuk meletak 3/4 tapak kaki sahaja. Babe Doyah dah menggeletar kerana dia adalah seorang yang gayat. Harap sahaja gaya ganas, Babe Doyah tidak ganas sebenarnya.

Mat Botak kata, 'boleh le, I pegang tangan you.'

Babe Doyah masih tak berani, malahan tertutup mata nak mencari kekuatan menyeberang ke tanah yang cukup luas menampung tapak kakinya.

'beg meh pas kat i,' kata Mat Botak.

'bunga tu buang le dulu,' katanya lagi.

'No,' kata Babe Doyah, separa nak menarik diri dari ekspidisi trekking.

'Apsal?' tanya Mat Botak

'It's for you. Orang nak bagi kat waterfall.' kata Babe Doyah

Mat Botak terus ambil bunga di tangan Babe Doyah dan menarik Babe Doyah keseberang. BERJAYA



okay, gambar ni sgt cantik-bukan sebahagian dari cerita pendek.


Gambar mereka yang berjaya buat 'Camel Trophy' trekking menyeberang kawasan curam bertunggul akar besar gaban.



Watak penting dalam cerpen. Mat Botak dah tinggalkan bunga Babe Doyah pungut kat pondok atas stream. Lepas tuh dia pungut lagi banyak dan beri kepada Babe Doyah pula. Kat tangan tuh, nampak tak?..
hahaha, sekian cerita pendek saya.




Restoran Ferm Nyonya, Tanah Rata

Ferm Nyonya Restaurant
same row dgn Maybank
Selepas kami sampai di Cameron, kami singgah di Brinchang dahulu check in hotel, mandi mandakan kids kemudian bersiap CARI MAKAN, hehe, agenda utama jalan2 kami, yippie. Hati memang sudah nekad nak makaan di Ferm Nyonya, kerana review yang di baca di dalam buku food guide juga dari blog orang lain di internet, cari di Brinchang, rupanya restaurant sudah berpindah. Nasib baik hubby dude came across alamatnya di Tanah Rata waktu googling and all, maka kitorang pun berdesup menghala ke Tanah Rata.
Mula-mula sampai, restoran agak penuh. Kami dapat meja dan mula meng'order'. sedang menunggu makanan, satu satu meja pun kosong, rupanya kami datang lepas peak hour, wokeh, better.

Butter Prawn

walaupun saya boleh berkata saya rajin cuba makan2, saya dengan segan terpaksa mengaku this is my first time makan butter prawn, hahaha, kerana saya cheapskate, most of the time, i'll stear clear from ordering udang kerana tak sampai hati nak bayar harganya, haha, but this one, untuk orang yang makan first time, memenuhi citarasa, i like the little crumbly thingy itu.
7/10

Ikan Kerapu Assam
agak manis, ikan agak hanyir (kata hubby dude takde pun..) not the best assam fish aku pernah cuba, tapi takde that bad either.. maybe 5.5/10 kalau skala kesedapan lidah aku


Asparagus Daging

okay, mm, not bad but would be better kalau rasa halia dikurangkan, but the meat is tender but asparagus sedikit pahit..
7/10




Stawberry Juice

sedap ooooo, tidak sickly sweet.. i loike
8.9/10

udah habis buk makanannya

Sincerely, aku tak syorkan kepada pemakan tegar yang cerewet untuk singgah makanan disini, jika diambil kira value for money, kesedapan tahap masakan, dan susun atur kedai, kedai ini cuma score mmmmm 5.9/10.. our bill came around rm70-rm80, tak ingat exactly, so ya, not that worthy.. hehe

itu sajaaaaaaaaaaaaaa

Saturday, November 7, 2009

iklan oh advertisement

okay, laki den dan anak2 suma dah masuk tido.. aku bored, layan cerekarama poligami nih, sodap la pulak kan citer nih, ni baru potrayal yg betul, the hardship of accepting kongsi laki, kawin pun calonnya bukan sebab rupa seksi lagi muda, malahan bini 1st lagi younger, walau redha tapi hati tetap ada small doubts, and tunjuk orang lelaki yang benar2 layak dan mampu kawin dua, dan menunjukkan juga still not an easy job to do walau dah siap rumah bagai.. but they still keep on trying.. baru betul sumer pointsnya, betul tak..? kawin bukan sebab kau main2 mata kat opis, kena tangkap basah lepas tu kau bantai kawin kat thai, pas tuh kau expect bini kau terima nih blessing dri Allah.. senyum hati gumbira sebab laki kau and bini baru dia bagi kau pluang buat pahala... wa, banyak cantik, kau dah buat deretan dosa, pas tuh kau kata 'poligami halal, terima ajelah, bukan buat menda dosa pun, sunnah nabi nih..' jawapannya adalah, bini itu juga akan terpanggil untuk mendosakan dirinya, kerana semuanya adalah event yg tidak adil.. lumrah manusia jika dizalimi akan melawan..

aku taknak carut, sebab aku tahu ada aje org lelaki akan siap ammo nak mempertahankan hak mereka yang satu nih, hehe, lagipon ni bukan the real entry aku punya idea, aku terbawa2 ngan feeling aje, hahahaha

aku nak cerita pasal iklan tv, ye, iklan kat tv ni ha..

aku tengok iklan satu, cerita immunofortis dlm susu untuk anak2, apa kejadah immunofortis nih?.. bahan extra ke dlm susu itu..? bukan ke ia perkataan kawin2 dari immune dan fort, as in 'tahan sakit' dan 'pertahanan/tembok'?.. aku rasa diorang nak warwarkan yg susu dorang boleh perkuat system immune anak2 sekuat fort kot.. maka terciptalah immunofortis.. perkataan untuk idea itu.

lepas itu aku tengok lak iklan lampin pakai buang bayi, dia kata ada 2/3 lapisan lampin itu, and the 1st layer can break the urine particle into smaller one than the 2nd layer can better absorb and lock in the moisture. (ikut kepahaman aku le, kalau aku salah tafsir and lead korang, korang maafkan ye).. setahu aku any moisture/ayaq dan apaapalah cairan kau nak pecah2kan, ia bukan batu, kalau kau nak pecahkan ia lebih kecil lagi bukan kau perlu makmal dan alatan yg aku rasa lampin pakai buang tak punya, macam nak asingkan H2O.. dri cairan bernama air kepada gas, air cant be any simpler than being gas kan, mana boleh kau pecahkan air jadi simpler air?.. betul tak budak science diluar sana? aku rasa mereka cuma nak kata yg lampin pakai buang mereka punya more layer maka boleh menyerap jumpah amount cecair yg lebih, betul tak?

dulu masa aku blajar, cikgu aku cakap ini mmg adalah salah satu approach periklanan.

cnth dia masa tu adalah uncang teh yg bulat tuh, yg norazah aziz jadi model and 'wow' gila tuan rumah pakai teh itu hidang tetamu, yg kononnya kalau pakai uncang bulat yg kau unceremoniusly dump in teko, rasa teh itu akan keluar dri semua arah uncang bulat itu, kerana dia bulat, it's roundness able the uncang to do so.. bukan ke sbenarnya uncang celup2 itu juga will the the same thing bila uncang contact dgn air panas, it's all about the amount of serbuk teh dlm uncang itu sindri rather than the way uncang itu di'fashion'kan. get what i mean?

my point is, para pengilang di luar sana need some edge pada product mereka, apa yg lebih pada barangan jualan mereka dan mengapa kita perlu pilih mereka. maka mereka akan mencipta satu bayangan yg barangan mereka lebih bagus. presentation product itulah.. tpi adakah kita ini sedar apa yg kita perlu dri barangan yg kita bakal beli?

are we paying more because we buy better product, atau kita foot the advertising fee as well.. mmmmmmmmmm..

'make believe', harap2 we know the purpose, things we're buying, hehehe

Thursday, November 5, 2009

womaniser



aku suka lagu ni sebab dia mock britney spears, hahaha

Wednesday, November 4, 2009

aku akan pulaukan giant buat sementara waktu

Aku adalah pelanggan tetap giant. Aku beli beras, cairan pembersih pinggan mangkuk, lampin pakai buang, sabun basuh, sabun mandi dan pelbagai barangan rumah dan dapur lain di sana. Aku sentiasa kata yang Tesco bukanlah tempat yang serasi untuk kami sekeluarga membeli belah. Mainly kerana aku tidak suka cara mereka meletak barang-barang di isles mereka, menyebabkan aku separa sesat tatkala mencari barang-barang. Jaya Jusco pula adalah lebih kepada tempat aku membeli barangan frills, barangan tatkala aku hendak memasak benda-benda pelik kerana it comes with territory, when they supply you with frivolities, you somehow will foot their effort kerana tidak semua orang akan membeli barangan tersebut. meaning most of the time you will pay more.

Tetapi, trip terakhir aku untuk bulan ini, ketika menambah, check and balance supply pantry di rumah, aku rasa sedikit cheated dengan GIANT.

  • aku membeli lampu energy saving jenama Philips di GIANT, berharga rm19.90, lampu rumah terbakar ada 2 dari 3, maka aku beli dua.. semalam lampu ketiga turut terbakar, hubby dude mebeli jenama yang sama di kedai DIY, he paid for mere rm13.80. okay, giant telah cheat aku in a broad day light sebanyak rm6x2, bangsat gilaaaaaaaaa
  • aku belikan Soraya vitamin appeton kerana dia kurus mcm jerangkung, boleh mintak part jika ada watak dalam mana2 cerita haloween, berharga rm30+, itu hari aku check harga vitamin yang sama di 99speedmart dan mendapati ia berharga rm20+, okay, hati aku luka lagi.
  • Last weekend balik kampung dan meronda di Billion sambil checking harga barangan, Aku telah membeli vanish liquid gel berharga rm16+, di Billion it only cost me rm13+

okay, itu yang tertangkap difference harga, yang aku tak jumpa macamana pula kan? aku rasa sangat tertipu kerana selama ini aku blindly percaya yang giant menawarkan harga yang fair lagi seksama.. 3 barang itu sahaja aku rasa aku telah kerugian hampir rm30+-.. malas kira kerana nanti aku akan lebih mendidih.

oleh itu, aku berikrar akan memulaukan giant dan akan membeli belah barangan di tesco dan lebih kepada 99speedmart. mungkin pilihan akan menjadi kurang esp kalau di 99speedmart, but lebih pilihan membawa erti kedai itu modal lagi besar dan kita juga akan foot the modal yang mereka keluarkan. So, mari kita excersize hak kita sebagai pengguna, seorang pengguna equal satu act, kalau kita tak act anything, maka kita akan dikotak katikkan.

p/s-aku kan kalau dah bengang mmg propaganda kan, hehehe, sharing is caring apa.

Chong Kok Kopitiam, Klang

okay, aku pmalas gila nak review kedai makan, hehe, walaupun sbenarnya kitorang slalu gak makan luar, off lately aku ada makan kat lontong klang, nasi king, warisan asli, ntah hapa2 ntah nama kedai, aku ada amik gambar kedai dan food, tapi aku malaaas gila nak hapdate,

tapi,

ni kali aku terpanggil nak hapdate.

chong kok kopitiam, berdekatan yang amat dengan pejabat pos klang, di little india.
marble cheesecake, sedap okay, tiada dry dan tiada pretentious, simple and delivered.

roti bun bakar okay, kat sini roti bakar pakai butter tatura, bukan butter tin setong itu.


kopi ais yg sangaat heaven, and i'm not even a coffe drinker, aku balun 2 cawan, and lepas itu perut aku memulas, hubby dude dah warned tapi orang degil, but berbaloi-baloi, okay




teloq ayam kampung, see, warna kulit teloq tidak tan, hehe, 2 biji rm1.60, amacam, murah bukan?



aaahhhhh, sodap tu.. sjibik hubby dude, sjibik kita yang makan..
bill?..
kopi ais 2 rm3
barli ais 1 rm1.2
pisang goreng + kledek goreng rm1
bayam goreng (yg jadik kopok tuh, celup tepung) rm0.50
roti bun bakar 1 set rm1.60
telur ayam kpg 2 biji, rm1.60
marble cheesecake rm2.60
total - RM11.50
okay, surreaal gila kan jaman skarang dpt makan murah mcm nih.. kalau pagi ada nasi lemak yg sungguh hotseller, blum pernah cuba, sebab aku pagi enjin lambat warm-up.. nak kemas rumah, nak main tenet jap (ahak) dan pelbagai..
p/s- korang prasan tak ada rebina mobile kat menu ayaq tuh, muahaha, ayaq apakah itu?