Wednesday, November 4, 2009

aku akan pulaukan giant buat sementara waktu

Aku adalah pelanggan tetap giant. Aku beli beras, cairan pembersih pinggan mangkuk, lampin pakai buang, sabun basuh, sabun mandi dan pelbagai barangan rumah dan dapur lain di sana. Aku sentiasa kata yang Tesco bukanlah tempat yang serasi untuk kami sekeluarga membeli belah. Mainly kerana aku tidak suka cara mereka meletak barang-barang di isles mereka, menyebabkan aku separa sesat tatkala mencari barang-barang. Jaya Jusco pula adalah lebih kepada tempat aku membeli barangan frills, barangan tatkala aku hendak memasak benda-benda pelik kerana it comes with territory, when they supply you with frivolities, you somehow will foot their effort kerana tidak semua orang akan membeli barangan tersebut. meaning most of the time you will pay more.

Tetapi, trip terakhir aku untuk bulan ini, ketika menambah, check and balance supply pantry di rumah, aku rasa sedikit cheated dengan GIANT.

  • aku membeli lampu energy saving jenama Philips di GIANT, berharga rm19.90, lampu rumah terbakar ada 2 dari 3, maka aku beli dua.. semalam lampu ketiga turut terbakar, hubby dude mebeli jenama yang sama di kedai DIY, he paid for mere rm13.80. okay, giant telah cheat aku in a broad day light sebanyak rm6x2, bangsat gilaaaaaaaaa
  • aku belikan Soraya vitamin appeton kerana dia kurus mcm jerangkung, boleh mintak part jika ada watak dalam mana2 cerita haloween, berharga rm30+, itu hari aku check harga vitamin yang sama di 99speedmart dan mendapati ia berharga rm20+, okay, hati aku luka lagi.
  • Last weekend balik kampung dan meronda di Billion sambil checking harga barangan, Aku telah membeli vanish liquid gel berharga rm16+, di Billion it only cost me rm13+

okay, itu yang tertangkap difference harga, yang aku tak jumpa macamana pula kan? aku rasa sangat tertipu kerana selama ini aku blindly percaya yang giant menawarkan harga yang fair lagi seksama.. 3 barang itu sahaja aku rasa aku telah kerugian hampir rm30+-.. malas kira kerana nanti aku akan lebih mendidih.

oleh itu, aku berikrar akan memulaukan giant dan akan membeli belah barangan di tesco dan lebih kepada 99speedmart. mungkin pilihan akan menjadi kurang esp kalau di 99speedmart, but lebih pilihan membawa erti kedai itu modal lagi besar dan kita juga akan foot the modal yang mereka keluarkan. So, mari kita excersize hak kita sebagai pengguna, seorang pengguna equal satu act, kalau kita tak act anything, maka kita akan dikotak katikkan.

p/s-aku kan kalau dah bengang mmg propaganda kan, hehehe, sharing is caring apa.

12 comments:

Tijah said...

ok. noted. aku check brg econsave plak hari ni. sabtu aku check kefo. kita buat comparison orait...

leha said...

bagus bagus.. nanti wat feedback kat sini yer.. selama nih aku pon main ambik je barang.. kompiden giant punya harga ok..

kucingorengemok said...

aku beli barang kat pasar segar budak acheh kat bawah pangsa aku je, hehe

Che La said...

selalu pergi giant sebab parking senang, nanti la tengok tpt lain

hantumakan said...

tijah - bagus, bagus, aku akan check harga tesco lak.. :)..

leha - kan leha, takpe, kita akan saling informing..

kog - hahaha, misti budak acheh itu sayang kat kau, idup berdua mmg way simpler le, kalau dah 5 and macam aku lak, takde mende lain nak poning, mende2 macam ni le jadi main agenda, hahaha

che la - ha'ah, giant parking senang, dan kita rasa skali singgah boleh settle everything, tapi kalau dia mark up begini banyak, sgt sakit hati memikirkannya.

ct sarah said...

salam...

saya beli barang kat tesco dan jusco.vanish liquid kat jusco rm11++.tapi kat tesco takda vanish.kat tesco lampu philip rm13++.

Neny said...

pd sy Giant mmg lg mahal compare ngan Tesco. Selalu dulu sy mmg shopping kat Tesco tp Tesco kalau weekend, lambat pegi aje sesak sgt ngan org, so ada sekali tu sy malas nak bersesak, sy pi jugak la Giant.

Nilai brg yg sama selalu sy beli kat Tesco dgn Giant adalah berbeza dlm RM50. How´s that?

INTAN said...

byk beza tu dalia..aku shoppin kat care4 midvalley..sbb utama gi sitew sbb dekt ngan umah..heheh..slu jugak comparekan harga..customer rights kan..lagi2 zmn2 mcm nih..kenalah wat pilihan yg bijak..mcm iklan pulaks..

hantumakan said...

ct sarah - mm, banyaknya beza, nampaknya azam lebih kuat le nih nak tukar hypermarket.

neny - ntah le nape setia sgt ngan giant saya nih, takpe neny, lepas ni mmg nak tukar pi tesco saja.. geram betul rasanya, bukan cakap pasal 2, 3rm nih, in yer case, rm50, banyak betul things boleh buat ngan duit tu

Intan - yup, mesti excersize customer rights, takpe, iklan yg benar amat dibenarkan, hehe

MK said...

kakak2 & puan2 - sila surf http://www.smartpengguna.my/

semua pasaraya glamer ade kat sana..just put in the things that u would like to buy..harga akan automatically di-comparekan.

jom!!

hantumakan said...

waa, tengs mk, sgt membantu, dah buat pun tadi

mamarempit said...

kami dok kt kampong...kalo gi giant...cuma tgk2 je...sbb kt mini market...brg lagi murah....