Thursday, November 12, 2009

alkisah

aku tengok ramai jugak yg berblogging yg sgt secretive, tpi ada gak yg all out, slamba aje citer berkenaan kisah diri mereka.. dedua aku tak kisah, sebab aku pun kategori tetengah.. aku tepek gambar aku, famili, aktiviti keluarga, tpi aku idak le citer berapa sen aku ada dlm bank kat org.. or brapa cawan aku minum teh sehari.. (cop, biaq aku pikir, aku rasa takde)

aku tengok ramai gak orang yg berilmu tinggi berblogging, cakap benda bernas lagi terkini, cakap things well thought dgn language yg perfect, flawless.. kalau bahasa melayu, pulun melayu habis, and kalau in english, english habis, aku rasa aku neither.. language dah la pasaq, asal boleh aje, baru tadi aku figure yg kehidupan aku seharian mmg bahsa pasar habis, kengkadang nak habiskan cerita (ni kes kalau cakap pakai mulut le, bukan medium typing and blog, or on paper) mmg aku akan peppered here and there ngan mana2 bahasa yg dapat sampaikan niat hati aku yg hakiki, kalau middle sentence aku rasa aku perlu sambung bahasa melayu, aku sambung saja walau beginning sentence aku cakap bahsa omputeh.. dah kalau menaip lagilah, ikut suka teman saja mengejanya.. in facrt, kalau aku monolog pun aku begitu..

aku rasa mcm apa-apa yg aku buat dlm hal2 harian aku adalah extention diri aku juga.. aku tak mampulah nak punya alter ego, or watak sampingan yang aku boleh guna pakai bila aku dah penat jadi diri sendiri, aku rasa act tu pun take lots of my energy in the first place.. maka aku rasa blog aku mirrors lots of me.. mungkin tak semua, tapi ya, mostly almost,

apa gist yg kita boleh dapat dari cerita di atas?

aku sbenarny dah terdelete gambar kedai makan dan makanan yg aku nak review, hehehe, maka aku terus jadi macam nih..

tapi for extending my first niat, jika ke Kuala Selangor, ada kedai di belah kiri just before jambatan besar kedai paling 1st dari deretan kedai, bernama ANIS SUP UTARA, kedai itulah aku nak review. dia jual pelbagai sup, sedap?.. bolehlah. kedainya mcm ok, nampak mcm cantik, makanan pun bolehlah, 6.3/10, hehe, makanlah sup utara di pantai barat semenanjung

itu sahaja, (dah tak boleh pakai sekian terima kasih, kak gerau dah gelakkan, kenalah tukaq stail)

15 comments:

Tijah said...

apolak 6.3 jer? yg 10/10 punya takdo ko?

hantumakan said...

jah, aku jujur tpi ikut tekak akulah, hehe, tpi kalau 5 above tu, bulehlah singgah tpi tak superb manalah, kalau aku bagi below 5, malas de aku nak review, betul tak.. hehe..

kucingorengemok said...

dari terdelete gambar jadi ucaptama persidangan parti? kreatip betul, hehe...

yang kat bangi ni anis ke ani sup utara aku tak perasan (adakah sama branch?), tapi kami agak longlai nak menerai sbb rasa dalam hati - boleh ke korang beat sup sitam kaskas kat jalan rahmat tu? (ye, sungguh kenegerian)

hantumakan said...

alemak, tetiba aku terasa kedai itu was like 'ani', hahahaha, mana-manalah, nanti aku recheck bila balik kpg..

hahaha, kenegerian habis.. but it is suppose to be different kan?.. sup utara masam sikit dan cair, sup sitam penuh rempahan, jintan, ketumbar and all, pekat pun pekat

afendi ariff said...

ani sup utara?heh....dh byk cwgn dh dia bukak...but bg aku (yg pure utaqa ni) takat buleh ja la....nak kata sedap menjilat mangkuk tu dak la...5/10 ja la kot.

kog:sup jawa len woi..tak sama ngan utaqa..heh!

hantumakan said...

la, idak ku tahu yg dah banyak caw. sebab tak pernah nampak la pulak kat tempat lain(merefer klang, shah alam, batu pahat, hehe)

but agree, slalunya org yg specifically dtg dri tempat asal makanan akan lebih critical jika orang tuh claim dia masak makanan itu sodap, macam kalau laksa penang sure org penang akan kata tak up to standard.. :)

Lya Colours said...

wah tantek nya layout baru dieee
cari kat mane ni kak

hantumakan said...

lya, tang bawah skalik itu ada final sense, picit saja situ, sila pilih sampai poning yo.. :)

Daun Bidara said...

ada kelas layout ni

hantumakan said...

tengs che la

Ita Shadila said...

*pose perempuan gila* --> leh jadi watak alter ego x?

geraugebang said...

he he he. Ani sup utara laaa. Tak tau la pulak bila dah banyak dia jadi plural Ani's Sup utara. he he he.

hantumakan said...

ita - see, my point proven, alter ego pompuan gila=energy yg sgt banyak, baik saja jadi ita si budak preggy yang peramah lagi baik hati, hehe

kak gerau - haha, kita tak tahu sbenarnya dia banyak caw. hehe,

afendi ariff said...

rasanya kat kl ni kalu sup utara yg best pun cuma kat pasar chow kit..bihun sup pak ngah!

hantumakan said...

wah, gila tinggi kualiti kontrol kau, cuma satu aje menepati citarasa, :)