Monday, November 9, 2009

Restoran Ferm Nyonya, Tanah Rata

Ferm Nyonya Restaurant
same row dgn Maybank
Selepas kami sampai di Cameron, kami singgah di Brinchang dahulu check in hotel, mandi mandakan kids kemudian bersiap CARI MAKAN, hehe, agenda utama jalan2 kami, yippie. Hati memang sudah nekad nak makaan di Ferm Nyonya, kerana review yang di baca di dalam buku food guide juga dari blog orang lain di internet, cari di Brinchang, rupanya restaurant sudah berpindah. Nasib baik hubby dude came across alamatnya di Tanah Rata waktu googling and all, maka kitorang pun berdesup menghala ke Tanah Rata.
Mula-mula sampai, restoran agak penuh. Kami dapat meja dan mula meng'order'. sedang menunggu makanan, satu satu meja pun kosong, rupanya kami datang lepas peak hour, wokeh, better.

Butter Prawn

walaupun saya boleh berkata saya rajin cuba makan2, saya dengan segan terpaksa mengaku this is my first time makan butter prawn, hahaha, kerana saya cheapskate, most of the time, i'll stear clear from ordering udang kerana tak sampai hati nak bayar harganya, haha, but this one, untuk orang yang makan first time, memenuhi citarasa, i like the little crumbly thingy itu.
7/10

Ikan Kerapu Assam
agak manis, ikan agak hanyir (kata hubby dude takde pun..) not the best assam fish aku pernah cuba, tapi takde that bad either.. maybe 5.5/10 kalau skala kesedapan lidah aku


Asparagus Daging

okay, mm, not bad but would be better kalau rasa halia dikurangkan, but the meat is tender but asparagus sedikit pahit..
7/10




Stawberry Juice

sedap ooooo, tidak sickly sweet.. i loike
8.9/10

udah habis buk makanannya

Sincerely, aku tak syorkan kepada pemakan tegar yang cerewet untuk singgah makanan disini, jika diambil kira value for money, kesedapan tahap masakan, dan susun atur kedai, kedai ini cuma score mmmmm 5.9/10.. our bill came around rm70-rm80, tak ingat exactly, so ya, not that worthy.. hehe

itu sajaaaaaaaaaaaaaa

6 comments:

kucingorengemok said...

cheh, baru aku ingat nak try kalau tiba sana...5.9 agak menyedihkan, mediocre saja

hantumakan said...

takyah try, mmg biasanya saja,i guess kat situ highlands, so kedai yg jual seafood jadi biggie.. tpi kalau kita think of it, mistilah bukan specialty tempat tu kan..
it should be all sayur and stuffs like that, hehe

mcm prt jawa-assam pedas ikan, make sense sebab tepi laut

afendi ariff said...

5.9?kalu g situ aku nk try air strawberi je la kalu camtu...

hantumakan said...

weh kalau kau nak minum strawberi jus, banyak gak kedai lain jual, yg kat kedai tuh jual rm4, kedai lain ada rm3 and rm2, tpi rasanya aku tak tahu, hehe, but it doesn't hurt to try kan, kat ferm tuh ada steamboat juga, katanya sup tomyamnya sedap tpi aku tak rasa..

geraugebang said...

bestnyeer lauk-lauk dia. Nampaknyeer la. Awat score ciput sangat. Terbantut nafsu kak gerau.

hantumakan said...

akak, nampak mm sedap, tpi saya rasa, rasanya biasa saja, lagipon harga agak mahal, nanti orang rasa tertipu lak kalau pi mkn sedap gitu aje.. :), hehe