Tuesday, December 29, 2009

smelly rotten me

i am laaaaazing in my bedroom watching past years movies..

it's been days
days like this saya akan malas buat pelbagai
mungkin akan bergerak sedikit angkat bontot cuma untuk masakkan anak2 telur goreng,
jalim bukan
err comparing the usual fares kalau rajin
min been asking spageti meatball
????? what?
malaaaaaaaaaaaaaas
:(

tapi movie watching best
well depends on movie
i can be depress just by watching a dark one
felt like my soul snatched by the story line
try to keep myself of depressing movie menu,
only watch a really good one if i need too

little miss sunshine, taking woodstock, the adventures of shark kid and lava girl, the producers, watchmen, episodes of supernatural....

coming with inglorious basterds , darjeeling limited, lock stock and 2 smoking barrels, choke, be kind rewind..

okay.......
i am definately rotting
remind me to sms hubby dude to kuit i pakai kaki kalau i tak gerak2 bila dia pulang kerja nanti
just in case.

Monday, December 28, 2009

the A,B,C of hantumakan. part 2

okay, bersiaran kembali dalam aktiviti entri buang masa, hehe, mata ngantuk la sbenarnya, tpi takpelah, idea karut perlu diteruskan, kalau tidak adalah sia-sia memulakan something, chewah, macam moto baru nampak.

F - fridaylah, best apa, mcm thank GOD it's friday, sebab sabtu dah wiken, boleh beraktiviti sekeluarga. boleh projek masak2, boleh jalan2, balik kpg, window shopping, waaa, sgt heaven. Family jugak, hehe, che che che, buat2 lupa lak kat three lovely doters and hubby dude yg rock and sex symbol, hahahaha, weh, mistilah kalau kau kawin ngan seseorang dia sex symbol kau, takkan brad pitt kot, lagipun muka brad pitt too manja, i geli, hahaha, oh lagi satu fahrin ahmad sebab kalau tengok muka dia aku teringat kat adik lelaki aku yg one and only, kalau tengok dia acting pun sama, sure aku asyik ternampak perangai kasanova buaya gigi masam adik aku dalam diri fahrin ahmad, serious tak tipu. muka, perangai dan persona mereka adalah sama, hehe

G -gurkha yg jaga gate umah aku nih, ari tuh aku tertinggal kad entrance yg kau letak kat laser beam, tuh penahan terbukak, aku cuba nak cakap yg aku tertinggal kad, muka mcm melayu, punyalah panjang aku buat ayat, rupanya sepatah haram pun dia tak paham, rupa2nya gurkha, tibet, ches, oh lagi satu, i am Godiva-virgin, tolong, tolonglah sesiapa unvirgin kan i, ops, that didnt come out right, hehe, pesanan khas untuk kezen dan adik ipar yg selalu kerja obersea, hahaha, tolong, tolong belikan i godivaaaaaaaaa.

H - hantumakan, nama i yg melambangkan kegembiraan dlm hidup i, hahaha, sudah pasti masak lepas tu makan, jalan2 lepas tuh makan, keluar hanya untuk memburu makanan, waaaaaa, mcm mana nak diet?.. kau cakap sikit, mungkin aku perlu tukar nama blogging le, sebab orang kata nama itu doa, mungkin aku harus adopt nama hantu diet untuk kurus, mungkin nama itu akan brush off sikit hikmatnya kat aku, not?

I-ingat-ingat lupa, kalau pun tak lupa langsung, kalau sesiapa yg nampak aku dijalanan pernah bersekolah sesama jaman dulu2 kalau aku mcm blur lagi blank, maapkan saja sebab aku punya ingatan mmg banyak black hole, kalau aku ingat, aku akan ingat gila, kalau aku lupa, aku adalah lupa langsung, sooori.. :)

J-Jawa Johor lah, batu pahat tuh rata2 orang jawa, kalau pi skolah dulu, siap try cakap 'kok' 'kok' tapi mak telah marah tahap gaban sampai terkujat dan tak berani lagi cakap 'kok', hahaha. kawan2 sekolah rendah juga semua jawa hardcore yg goreng cakap jawa tak ingat kau sepatah haram tak paham sebab selalu lepak dgn famili mak side yg banjar. tapi masakan jawa mmg sedap lagi nikmat, serious. lagipun orang jawa mesra alam. best tu.

K-kenwood, kenwood , kenwood, sapa nak buat charity nak belikan aku mixer kuih kenwood kalau pun bukan kitchen aid, tolonglah, tolonglah saya orang susah, hahahahahaha, susah sebab tak mampu nak beli mixer harga seribu lebih, hahahaha.

L-Laundry, okay, hari ni kena habis basuh baju, walau aku suka basuh baju, tapi aku suka kumpul baju kononnya untuk jimatkan air dan tenaga, hahahahahahahahahahaha, okay, aku serious. tak tipu. Lipas jugak, sebab aku adalah anti lipas sejak tahun 2000 selepas mak mentua aku membuat ayat penyata menyayat hati berkenaan lipas di rumah aku, malas nak flashback tapi sejak itu sgt revenge dgn kewujudan lipas di rumah, tidak kira telur, juvenile atau lipas dewasa, semua akan diburu hukum bunuh tak kira mengedar 'crack' atau tidak, u come to my country, u'll die. okay, itu kira racist ke?

sekian sahaja bersiaran dalam siaran buang masa, skang waktu tido, see u later alligator.

The A, B, C of hantumakan

okay, okay, aku takde kerja, hehe, dgn ini aku akan menghabiskan masa petang aku dgn buat kerja tak dapat gaji untuk mencari A, B, C of hantumakan.



A- appa, amma,standard le, sapa tak sayang parents, hehe. walau aku ni adalah pernah dalam kategori rumaja rebel (retiba prasan james dean, rebel without a cause, hahaha), deep inside, hendak memuaskan hati ibubapa matters big time



B-buku, buku, buku,aku takdelah rajin sgt membaca, lelagi sejak ada blog and fb, mnempel saja muka dri bangun tido dengan air liur basi depan skrin (okay, takyah bayang, sumpah hodoh), tpi tidak juga malas sgt sampai tak pernah baca buku, tpi yg feliknya masa blajar buku skolah/blajar sumpah bersawang tak pernah baca. skang seperti diketahui umum (tokleh blah, prasan kau ni) aku suka kumpul buku masakan, and fool proof novels pasti sedap, tpi blum pernah baca sophie kinsella, best ke?. lupalak .B for blog too. okay, saya suka blog saya, blog saya adalah extention diriku, achewah, macam tag barangan kecantikan wanita lak.

C-cuti-cuti Malaysia, sumpah sebab musabab utama adalah tak punya uwang nak barukan passport untuk keluar negara. mahal seh sampai 5ratus, masuk anak2, baik duit tuh buat jalan2 pi negeri bersebelahan. best apa pi wakaf che weh, port dickson, cherating (asalkan kau tak ikut party under the moon tuh), bagan lalang, sri gading (kampung aku adalah historical place okay), haahahhaaa, telok panglima garang, nama town aje dah intriguing... hahahaha

D-dang, dem %&*^#seperti yang aku kata, aku tak againts profanities, sebab kalau kau marah dpt carut sikit2, sedikit sebanyak dapat menyejukkan hati kau, hehe, tapi aku benci la pulak kalau tengok orang kalau bercakap selang 2 perkataan cakap 'p*%i', selang 3 perkataan cakap c*&%$i', okay, itu sungguh tak cool sebab kau dah salah guna profanities, bukan untuk tujuan menyejukkan hati, tapi untuk tujuan menjahanamkan bahasa. achewah, tetiba feeling polis bahasa, padahal tatabahasa berterabur masuk longkang.


E-eh, alamak, aku nak tido,esok ajelah aku sambung, laki aku pun nak guna comp, mata aku pun dah mengantuk.

adios peeps, till later alligator,

ps-ita, aku berjaya mengkotakan janji untuk update, hehe, dah, okay, even.

"_", okay, awat mata aku dua titik rapat, tak make sense okay

Sunday, December 27, 2009

soraya dah 7 tahun

soraya baru saja sambut 7th bevday, seriously, lagi seminggu nak naik skolah, dia pun baru la terhegeh nak umur 7 tahun, since aku slalu cerita sejarah nama dorang tatkala entri bevday mereka, ni kali pun tak boleh tukar arah.. :)

Soraya Dean anak number 2 saya. Nama dia bersempena Soraya Dean model/pelakun iklan/pelakun sesekali tv dan movie, hehe, saya dok google gambar dia tapi takde..

saya mulanya nak nama soraya saja, sedap, tapi hubby dude nak the whole she-bang, soraya dean rudin, kan berirama, hahahaha

lagipun dia sdikit obsessed dgn soraya dean si model tadi, hahaha

maksud soraya/saraya adalah yang cantik.. maka saya berharap soraya aka membesar menjadi seorang yang cantik inside out, esp hatinya.

dia mudah ketawa, mudah menangis.
dia mudah rapat, tapi dia tak pernah hog or command and paksa rela orang lain untuk layan dia.. :)
dia suka cengkelat kalau orang mintak tolong, serious, the girl with all the alasan she could find
dia sangat prihatin, and the one who likely to point something usual, unusual and slalu come with a witty remark

dia juga sangat manipulatif, kalau she think she had better hand on the situation, jgn terperanjat if she plays all her right cards,
tapi dia juga mudah menjiwai, watak empathynya agak tinggi

saya slalu takutkan dia, kalau compare to yassmine, yang i have more keyakinan in things she choose to do, tapi kalau soraya, saya slalu minta yassmine jagakan her for me, macam masa dia nak masuk darjah satu early this year, but you know what?. she is just fine, all giggle and carefree going to school, so, kerisauan saya sudah tiada.

itulah kisah anak saya.

soraya and auntie lina menyambut bevday mereka. lina lahir on the 25th, soraya lak the day after.. so, only fitting mereka menyambutnya bersama, kan kan kan
the chocolate mud cheesecake I made for her. okay, mashmallow itu adalah sgt sedih berkumpul kat 1 sudut, hahaha, tapi that's the only flowery mashmallow yg ada dlm tub, bagero, takpe, next time, I'll adorn kliling the cake, biar nampak bunga2. hahaha

spotong ready to be ngap.


the only kezen from my side of family for the time being, pia and uncle midon yg muka sgt menyeringai..


oh, by the way, dlm dress pia ada belon, and uncle midon buat lawak ER yg pia nak beranak, and she's all giggle sgt lawak.


itulah kisah soraya menyambut 7th bday and lina's 14th bevday, hahaha, okay, aku tipu, adik aku dah ancient.


adios laslabos, aku dah ngantuk menaip at 2.30 in the morning.
till 2moro peeps, padahal skang dah malas update entri, main poyo see you 2moro.




lust caution, berahi berjaga-jaga

okay, akhirnya aku dah tengok 'lust, caution' citer ang lee yg shooting kat malaysia tuh.

walaupun sebab musabab awainya aku nak tengok citer ni adalah kerana scenes 'dewasa'~kalau aku cakap aku tipu, ada sapa nak cayakah.. :P~, tpi lepas tengok citer ini aku adalah paham cerita ini mengenai apa..tiba2 rasa diri suka tengok cerita genre perang asia pulak sebab itu hari tengok cerita perang korea pasal adik-beradik juga hati tersentuh.

aku merasa yg watak wanita utama adalah sgt menyentuh.. the length she went for her country. but the sad thing is aku nampak adalah segala pengorbadanannya adalah sia2~okay, badan di dalam ayat itu adalah disengajakan~, itulah subtle message yg aku dpt dri cerita ini.

tiba2 aku merasakan adalah tidak perlu kita head on dalam semua perkara dalam hidup, the more we try to mend things and mistakes, we just make bigger mistakes and widen the crack in the problems, maybe sometimes the solution is just sit back and wait, sit back and tunggu..

tiba2 aku rasa aku manusia pasif, tih tih tih.

okay, sapa go getter, dipersilakan,
tak yah terpengaruh ngan entri ini
:D

oh, nanti jap akan donlod gamabr bday soraya.. :)

Thursday, December 24, 2009

bila bosan, kita resort untuk type sindri sebab orang lain pun tak nak buat entri, haha

aku masih dalam state mudah bosan,
dah baik sikit tapi bosan masih lagi rule 3/5 of my mood..
okay apa bila tak 100%..kata-kata memujuk hati, hehe

aku dok tengok blog regulars, tak de sapa yg update sgt, keciwa okay
sebab bila bosan, nak tumpang gelak lawak dlm blog orang lain. tapi misi tak jaya.

ajak laki tengok cerita donlod,
laki juga tidur kerana penat,
keciwa lagi, tak keciwa sgt sebab cuba nak jadi bini memahami,
tapi buat2 merajuk tapi skang dah terjadi merajuk betul2,
tak best lak nak buat mcm tak merajuk..
hahaha, enigma of a women, biasa apa women buat cenggitu, ke aku aje yg kata.

pas tuh merayau pi blog orang lain yg link ngan blog orang lain..
few of the blog aku pernah link sindri kat blog aku,
tapi since aku terasa yg mereka merasa aku tak 'in their group'
aku pun malas nak link balik,
yg bestnya mereka link me'link',
so bila aku bosan, bolehlah aku terjah saja blog dorang.. haha
padan muka, konon aku tak 'in yer group'
ada aku kisah.
aku tetap tak malu nak baca..

lusa bday soraya,

perangkaan ~masak choc mud cheesecake, laksa johor and any kind of simple pasta

execution ~ erk, mampukah, hahahaha

Wednesday, December 23, 2009

mambo jumbo

bila kita fikirkan,
meaning semua benda dalam hidup keep on changing..
kalau dulu happiness means lain, sekarang dah jadi lain, in future mungkin juga lain.

hatred, geram, kelakar, seriousness, semualah, konteks akan shifted ikut keadaan,
ikut maturity, ikut hati, ikut sapa yg buat dajai kat kita, kalau kita sayang orang itu, kita akan bakal jadi more forgiving, kalau kita tak suka, maka akan jadi more punishing untuk orang itu.

as much we tried to be our best,
despite kita cuba perbaiki flaws and weaknesses,
kenyataannya we are just not perfect.

the more I think about it,
aku rasa kita tak patut judgemental,
who's being better person, human
itu kerja tuhan..
BUT
kalau semua orang berpikiran begitu sapa pulak nak jadi compass or pillar of society?
tapi meyampah pulak bila tengok orang yang cuba betulkan orang lain itu juga tidak sepertimana (okay, ini ciri judgemental, hehe)..

mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm,
so how?

aku dok pikir kisah mamat yg makeup artist yg pi UK and jadi pompuan seksi dan kawin ngan mat saleh and said don't judge him coz his still a muslim yg menjalankan semua kerja wajib (aku read as sembahyang) but laki dia still kristian... kata dia biar tuhan saja judge dia..

mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm,

adakah jiran yg memulau kerana tak suka kita itu a better person sebab seriously kalau orang pulau kau mestilah something wrong kan, hehe .. sgt flimsy.
come on! semua orang tahu itu tak betul sebab kadang2 makcik2 yg herot2 mulut mengumpat itu lagi commanding viewnya sebab dia mingle, kalau kau tak mingle, kau takde kawan, so how?

the more i think, nampak sangat aku takde darah leadership, sebab pilihan aku adalah sit back and lantakkan orang nak mengumpat, nak memulau, muncung2 juih mengata, aku juga tak akan backing tapi tak kuasa nak join, as long my path is free of conflict.
aku rasa kalau aku diumpat pun, aku tak berapa nak care. there was time aku akan rasa sgt sakit hati dan tak paham bilamana benda seperti ini terjadi, tapi not now.

aku conflict free person,
aku hanya care bout my family happiness,
and that make me a selfish person..
flaws, flaws, flaws

:)..

Tuesday, December 22, 2009

musim tak produktif

well, i spent my weeks doing nothing,
cuma baca buku harry potter dah 2 hari,
okay dah baca masuk 4 kali at least.. (perangai suka membaca berulang, sebab kalau lepas tengok movie banyak gaping hole nak kena isi sebab rarely remember all the small details sometime big even)
last weekends spent watching movie donlod, HP and the half blood prince, ice age 3 and zombieland.

zombileland was a pure entertainment and laugh, lama benar tak tengok woody in his element, sgt sronok but the stori as usual no substance but what the heck.

HP yg ini more loyal to its book version compared to the last one yg sgt laju dan sgt banyak tinggalkan details, but it moves in such a slow pace 2 jam setengah sgt pening kapla..

ice age 3, ice age 2 was way better, just felt that way.

and the rest, aku rasa sgt tak inspired to do more than just do nothing,
i abandon most things i would love to do and should have do..
mmph

kesimpulan = aku yang tak produktif
HAMPEH

Sunday, December 20, 2009

AYAM BESENGEK

Lama betul tak bersiaran dalam agenda masak masak di rumah kan, hehe, so, ini hari resepi sudah kembali, opoyo, macam ada yg masak la kan ikut resepi aku, haha

Okay, sbelum itu tolong le jgn gelakkan nama masakan ayam nih, aku tahu nama dia luar biasa, aku amik resepi ini dri buku masakan Indonesia, maka bahan2nya tak de lah bahan yg pelik2 benar, rasanya pon rasa yg familiar.. lemak lemak rempah ratus gitew


AYAM BESENGEK

Ayam 1 ekor - untuk dipanggang/goreng
Garam 2 sudu teh
minyak sayuran 3 sudu besar
bawang besar/onion 2 biji yg sederhana, kupas dan cincang halus
bawang putih 2 ulas, kupas dan cincang halus
cili merah 2 tangkai, ditumbuk
ketumbar serbuk 1 sudu teh
jintan putih/halus serbuk secubit
lengkuas 1 sudu teh, tumbuk/kisar
buah keras 2, diparut
belacan 1/2 sudu teh
kelapa parut 2 sudu besar
santan 500ml/2 cawan
gula perang 1 sudu teh
air asam jawa 1 sudu besar



  1. Mula2 basuh ayam le. kasi bersih sikit dek. barulah halal dan toiyibah. Lumur garam tadi pada ayam itu okay. Slepas itu bolehlah digoreng/panggang hingga separa masak.
  2. Onion dan garlic cincang tadi ditumis sehingga onion keperangan.
  3. Tambah cili tumbuk serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan lengkuas. Tumis lagi lebih kurang 1 minit.
  4. Masukkan buah keras dan gaulkan. Kemudian masukkan belacan dan kelapa parut tadi. Gaul dan tumis lagi selama 1 minit.
  5. Masukkan ayam yg sudah bergoreng/panggang tadi. Gaul rata bersama bumbu. Tuangkan santan dan gula perang. Renih di atas api kecil selama kira-kira 30 minit lagi. Akhir sekali masukkan air asam jawa. Sila rasa untuk garam dan gula.

Dah siap pun. rasa dia lemak lemak, sapa suka pedas kau masukkan le lebih cili ke cili api kot. sukatilah labu.. :).

oh, lupa credit hasil akhir join venture ngan hubby dude, hehe, saya tak masak sorang ni kali..

Thursday, December 17, 2009

Saya terkinja untuk...

okay , malam ini tahun baru, ibu mertua saya kata berdoa malam ini akan makbul, InsyaAllah, tapi hidup bukan untuk berdoa saja.. usaha pun kena juga.. :)

saya sangat terkinja nak tengok zombieland and sherlock holmes.. saya sangat peminat kepada kedua peran utama lelakinya, hehe.. woodie harrelson and robert downey junior.. okay, takkan seusia i masih nak minat anak ikan yg jambu, tak seswei, i lagi seswei nak minat pada watak penyangak yg hero, hahahahaha.. i loike baad boy..

dalam keter tadi anak saya asik buat bising bergurau hingga tahap kalau kat konsert, telinga kau letak tepi speaker, okay, dah paham?

mamahantu - kids, boleh senyap sikit tak? kepala mama rasa macam nak pecah tau serious, bising sangat.

min, anak 1 - 'POP'

BOLEH? she is actually buatkan soundtrack bunyik kapla i pechah

mungkin malam ini i harus berdoa supaya anak2 i jadi anak2 yg mendengar cakap, dipermudahkan hidup mereka dunia dan akhirat, dan sentiasa menyejukkan hati ibu bapa..

amin.. :)

Friday, December 11, 2009

SHIHLIN, Taiwan Street Snacks

Shihlin, Taiwan Street Snacks,
AEON Bkt Tinggi,
Klang
Crispy Floss Egg Roll - RM 5.50
sedikit keras
6.5/10


XXL Crispy Chicken - RM6.00
hubby dude kata sedap, rangup pun rangup
9/10





Menu tak banyak
air pun ada satu jenis saja, air soya saja







Thursday, December 10, 2009

UP and all the little things tingly

Aku mmg jarang berpikiran jauh kalau dengar music, aku bukan musik inclined, musik tak memberi aku jiwa, aku tak beri jiwa pada musik..

tapi in the other hand, kalau pilem, cerita bersiri, aku mmg digged habis. aku senang dipengaruh visually. hehe, dari kecik sampai la besar, kalau dulu aku rasa aku blajar language mostly from cartoon, serious, skang life lesson pun aku rasa kalau tengok movie make more sense, sebagai contoh, kalau kau nak blajar dri orang, kesalahan yg orang itu buat dimasa mudanya, akan take forever kau tunggu nak tengok resultsnya later in life.. kalau tengok movie, it's like in fast forward mode, make-up boleh ubah muka orang jadi tua, and making things believeable.. :)

okay, penat okay nak tulis buah pikiran itu, tak sure korang give some shit reading it, hahahaha

aku baru saja tengok cerita ini, bestlah, best, aku tahu ita shadilla dah tengok, awat hang tak habaq citer ni best, hang cuma habaq ada burung nama kevin, hehehe (cop, kalau u ada tulis jgn marah, sebab the kevin pictures stuck in my memory, hehe)

aku secretly berharap hubby dude get yg aku sgt terkinja nak jadi couple tua dlm movie tuh, haha, smalam poyo hint suruh dia tengok but i think the message just dont come across that well.. mm, tapi takpe, dia suka baca blog aku, so, this is smack in yer face hint, hehehe.. boleh ka abang?

aku tak suka life aku bored. aku tak suka life aku restrain... aku suka living dreams, sebab feeling dia best gila.. :) .. serious, best.. susah nak cakap, melainkan best, hahaha... aku suka yg kadang2 life too kind.. kau akan rasa sgt lucky.. tpi aku juga paham bila things gone bad, kau hanya perlu sit and rethink, aint bad, just reapproached things,


(gambar curi2 ambil di east india, AEON bdr bkt tinggi klang)
little dreams.... K.N, these are the lamps I said bout when u nak pi india tu hari, hehehe, but yesterday, nampak mende nih tersadai kat lantai british india SACC, gonna check tomorrow.. hehe, owh, table lamp ke yg aku kirim tu hari? made of brass?.. hehe, itu pun ada smalam, selling at 40%off, but masih mahai, perlukah nyorok dlm chest kat british india, kluar malam2 and bawak lari, hahahaha


the framed pictures of kids, malas betul nak drill dinding and gantung, dok kat sideboard juga crafty.. kata akulah, hehe..

~tonite, rasa hati seakan sesuatu, korang boleh beza tak kalau minds bugged or hati feels.. tak sama.. :)~


MAKAN PASAR MALAM JUGAK BEST

ada tak korang rasa, makan pasar malam jugak yg value for money, yg rasanya authentic, sedap tak dapat di'replicate' dek kedai2 berhawa dingin, kedai lawa pakai lampu IKEA, aku slalu rasa mcm tuh.. :)

dulu masa aku jadik supir hantar amik laki tiap hari, kalau hari selasa, slalu carik gerai acik ni kat pekan Telok Panglima Garang, pecel dia pedas berapi tpi sgt sedap, ketagihan bak kata orang gitew.. last week buat request kat hubby dude suruh beli, minggu ni beli lagi, nampaknya ketagihan ni akan berlarutan ke?

kerabu - rm1.00

pecal - rm1.00, serious tersedap, pedas tapi sedap

ketiwol, haaa amik kau - rm1.00
makanan manis, kata makcik tuh buat dri ubi, tepung ubi, ke ubi kayu parut ke aku tak sure, merah tu from gula melaka kot, and letak kelapa parut some more, tpi kali ni rasa dia ada felik sikit, pahit2 gitu, agaknya ubi kayunya something tak kena kot.


nasi ambang - rm4, sedaaap, pertama kali makan nasi ambang di selangor yg mengimbas kenangan nasi ambang di parit raja, batu pahat :), ngehehe



nasi ambang gerai lain - rm4, pun sedap, last week ayam kicap, this week ayam goreng rempah pulak, lagi sedap last week


oh lagi satu bergedil - rm1.00 dpt 4 waaa, murah tuu




kesimpulannya, dengan hanya tak sampai rm20, perut akan jadi boroi, hahaha, beat burger king at any day kan

BURGER KING

Burger King,
ESSO Bdr Bkt Tinggi, Klang
sapa ntah bagi dia lesen main ngaku dia king dalam buat burger, hehe , tpi beb, serious, sedap la burger dia, hehe

Hershey's sundae pie, sedap, sedap, sedap la jugak, harga aku lupa, rm4+- kot

mmmmmm
burger king's take on prosperity burger i think, sgt sedap, better than McD yg over price, makin lama makin mahai nak mamposh.


saya telah memakan swiss mushroom burger, gitu le kot kekdah namanya, lupalah, serious



okay, hasil buangan selepas makan burger king, ada tak kemungkinan jadi kingkong lagi sbulan 2, hehe
wassalam





Tuesday, December 8, 2009

NOODLE STATION

harini 'day out with nadrah'.. :)

Noodle Station,
SACC Mall,
Shah Alam

ropa paras kedai makan ini, cozy, i loike, only counter nak bayar agak messy sebab skali station buat air.. mmm

8/10

okay, tanda halal - checked, katanya mi disini adalah homemade, maka texturenya tersendiri, owner kedai ni berguru sana sini blajar nak buat mi, eg-taiwan, china dan sana sini le

condiment for yer mi, sapa suka lada jeruk, kicap, serbuk cili, alemak, lagi satu dah lupa hapa kebendanya.. :), nak tahu, pi check sindri kay.. :)


air nad, sgt comel, sori for pic kualitas, hanya guna kamera henpon..
I love you Lemonade - rm3.50
9/10
most air adalah sgt mahal, this adalah few yg murah, yet cantik, i loike, botol kecik saja, jgn tertipu dgn picture, rasa pun sodap, the floaty thingy adalah passion fruit thingy.



teh tarik hazelnut, too milky but well cant complain much can I?
Iced teh tarik hazelnut - rm4
7/10
juga few air yg murah, most air rm6-rm9




should be the specialty of the kedai, sebab makan nad yg ajak, and sindri tak berapa lapar, maka membeli mi berperisa kicap, okay, kalau mi kari ke mungkin sedap, tapi ini only fair scoring kat tekak aku, but nad like it..
W.Noodle + fried chicken dumpling - rm6.50
(okay, aku tak tahu 'w' ini stand for what, dah lupa)
it comes with a bowl of peppery soup, not bad the soup.
8/10
to mild for my liking, but not bad either, sesekali tukar hangin. okay juga.





me and nad having a blast together = priceless
perasan iklan kredit kad la kan, hahahahaha
okay, itu saja, oh, total cost of food rm15.40 termasuk ngan 10%service charge, and the service was good, prompt drinks and food, takyah la kau tunggu sampai uban ala2 panjang..
aku sure nak dtg lagi with the rest of the family.. harga agak patut sebab tempat makan pun selesa, no pest or so what ever.. so, iya, best
whole experience - 9/10






Thursday, December 3, 2009

MASIH DI KLUANG

Lepas makan2 di kluang rail coffee, kitorang pun ber'lagha' ke shopping complex kat kluang, hehe, pi Kluang Mall, not bad, banyak jugak kedai yg sempoi, i loike.. jalan2 lagi masuk popular, tiba-tiba mak kita buat stunt, apa stunt itew?
dia dah jumpa buku masak2 yg best2, serious, tpi buku masak2 biasa jelah kan, slalu mahal kan.. rupanya yg stunt itu adalah harganya, hahaha
haa tengok tuh, serious, siap tanya kat kaunter.. ada buku chef wan, ada azrah ada banyak le, yg aku beli tuh yg kat ataih tuh, aku beli 3, mak aku beli 5 and adik aku lak beli 4, lepas balik ala2 frust nak pi beli lagi, pas tuh balik klang, pi lak popular klang, TIDAK, dia berharga asal disini.. the cheapest rm39.90.. jeles kat mak and adik yg ada 4, 5 copy.. tapi masih kira untung kan, hehe
*--*, manusia tamakkan, dah dapat nak lebih, hehe~saya cakap pasal sajalah~

KLUANG STATION

KLUANG RAIL COFEE
Kluang Railway Station


okay, this is the real deal, bukan yg ada kat One Utama or yg ada kat IKANO, but must agree they replicate the place dgn sangat sama kan?





kopi ais yg boleh tahan, kalau saikee 8/10, and chong kok almost to perfection 9.5/10, yg ini adalah 9/10 sebab pahiiiit dri chong kok. saikee terpahit antara 3.



roti bakar, sedap, sedap sedap sedap.. 8/10






okay, kitorang datang 6pm, kedai tutup 6pm, hehehe, MAKA most food dah habis, telur tuh pun orang sbelum kitorang yg tinggalkan, ingatkan telur separuh masak, rupanya telur rebus kenduri kot, hahahahahaha, sebab kitorang order telur sparuh masak pun dah habis, tention kan kan kan, haha
rasa mcm nak pergi lagi lain kali, ni kali akan dtg awal sikit, so that boleh sample more of kluang rail coffe.. *--*



Wednesday, December 2, 2009

BREKKIE TODAY

okay, bersempena dgn tema hidup sihat, hari ni bersarapan dgn white egg omelette.
sodap, sodap, cumanya i should letak sikit lea and perrins and kicap dlm telur before pukul, sure syioh ooo, oh, sayur sila letak sesedap rasa, saya letak tomato and onions.. :)

JINXED



okay,
kalau bad luck berpanjangan,
ada tak rasa mcm gargamel watak jahat dlm smurf yg kepala diiringi awan mendung hujan sambil dipetir.

ada tak rasa macam series of unfortunate event..
ada tak rasa macam kau dicoba ketahap maksima..
are men made to break at a point?

okay, aku jinx for two weeks ini,
aku rasa macam malas nak pikir,
but ya, the cycle just blum break lagi..
sebab malam ni aku dah memanjangkan bad luck famili nih
backing out my car nak amik hubby dude kat tempat kerja
aku telah melanggar bumper and plat number depan kereta laki aku..
bumper tak pecah but hood kena seget sikit..
tihtihtih.. ~nasib baik keter laki sindri, kalau keter orang, mahu aku kena pepah ngan parang, nehi nehi ~

Ya Allah, ampunkanlah dosaku,
Kuatkanlah imanku,
semoga aku ini sedar yang Kau memberi cobaan,
Kerana sesungguhnya aku mampu menghadapinya.
Just need a bit of soul searching and reflecting.
Amin ya Amin

Tuesday, December 1, 2009

SAIKEE@434-opposite bus stand bentayan muar

singgah di muar di pagi raya qurban , kononnya nak gerak awal pagi, tapi tak termampu nak menempuh perjalanan dalam keadaan mengantuk, bahaya seh, maka gerak dari Klang selepas subuh dan hari dah terang..*--*, my sis said that she'll add another 6 hour to the said Departure time for my family, hehe

okay, aku baru tahu adami adalah produk pure muar, aku mati2 ingat ada wannabe nak cuba buat pes mi bandung muar, and oleh itu aku beli and kasik kak kog terai sebab dia orang johor, hehe, so she'll have this standard of knowing cukup rasa or tidak.. :)
but kog kata machem ada sheshuatu yg kurang, hehe, aku la nak terai pes nya lepas nih

tujuan asal singgah di muar nak pi minum kopi di 434, and nak terai the coffee shop, marble cheese cake, sesuatu yg kurang, cant really pick what, maybe too dense for my liking
5/10


okay, masa ni ala2 rasa mcm best sebab bagi brown sugar .. okay, poyo kekdahnya, tak main white over-processed sugar, so masa ni mcm nak kata kedai kool


orange juice/mango juice that come straight from kotak, and it cost you rm3 per sa. overpriced, lelagi kat cawan yg slim mcm nih, mencik

3/10, for lacking originality and overpricing


roti bakar yg rudin kata kudukut kaya and butter, tpi rotinya rangup, itu according to aku, but i was never really a big roti bakar fan
5.9/10




kopi ais yg presentation menarik tapi sebab dah sakit hati dgn pricing dan performance food and ayaq yg lain sudah tidak berapa di appreciate dah, hehe, but rasanya a little bit too pahit than chong kok, so kalau ikut standard chong kok, rasanya tak sampai
8/10, more on rupa




the bill, a little bit at the steep side, sebab tak makan anything yg really heavy pun.
maka, ini adalah kali terakhir saya dan keluarga akan minum di saikee, oh, tapi kedai jualan barangan sebuk kopi agak menarik, tpi tak beli apa pun sebab dah rasa macam dilintahi tatkala minum kopi tadi. tpi saya beli adami laksa johor pes and mi bandung pes kat sini, juga uncang teh dilmah pelbagai perisa, jual satu uncang 60sen, tiba2 rasa mahal lagi, hehe





NINJA ASSASSINS

okay, confession 1 - aku dulu bukan minat pun kat rain, bila dia buat iklan 'my name is rain', aku gelak mcm nak mati, mcm haramjadah.. hahaha

confession 2 - aku tengok video clip dia pun aku gelak, sebab macam poyo apek korea ni nak jadi justin timberlake/rapper/maikel jeksen.. okay, tak tercapai dek akai ku..

okay, dah warwarkan yg aku tak rasa rain adalah sejenis heart throb, heart aku langsung tak throbing kalau tengok mamat sepet ini.. dah habis mengaku dah, dah habis, korang dah caya lum aku tak minat rain, hehehe..

~cop, memerut jap, sori laaa, tak tahan~

okay, last saturday, aku and hubby dude pi carik tiket wayang astro boy (kids been nagging to see it) kat bp, johor, okay, kat sana skang dah ada 3 cinemas, but tak de yg really show all the movies available, never a one-stop cinemas hub i guess, pi singgah bp mall dulu, check2 takde animation yg available, and min dah cakap taknak xmas carol jim carey, okay, mama noted that,

tapi aku prasan ada midnite for esok malam (hari carik was on friday malam sat) NINJA ASSASSINS, knowing hubby dude sure nak tengok citer adrenalin rush and reaping the moment boleh tengok midnite sebab mak boleh tolong tengokkan kids, aku pun beli tiket..

OKAY, CITER NI DAH JADI TOO LONG, AKU PENDEKKAN LE TRUS.

RAIN ROCKS, seriously, sangat, banget, supa dupa..

cerita ini sangat best, serious sumpah tak tipu. rain can act, and mata sepet dia tak menjadi pemisah lagi antara kita, heh, yg itu karut..

plot wise, ceriter ini tak complicated, yet really far from being flimsy.suma watak ada purpose, suma gaduh ada reason, there's no loose ends macam citer action yg lain, yg mana kau gaduh for gaduh sake.

and the action was pure asian, when i say that, i mean i hate when western directors or actor yg akan memerlahankan martial art sehingga ilang edge tangkas dan fluidity dalam gerakan kungfu mende2 seperti itu, sebab itu 'the matrix' works, the freeze action tuh, sebab dia freeze bukan slow.. okay, aku dah start cakap urdu, sure orang dah menguap baca.

gist - ninja assassins best gila, a different class of action movie, rain rocks , his body rocks,

*--*, matilamak buat konfessi yg badan rain rocks, hahaha

ps-i'm in a midst of watching dexter season 4, dah settle criminal minds season 4 (hingga episode yg available i mean) and downloading supernatural newest season despite of ke'frust'san last season yg mcm mangkuk, tak habis pun tengok, hehe

ROAD BULLY

okay, aku sbenarnya ada gak sikit darah road buli mengalir dalam akunya pembuluh darah, dulu masa aku bawak keter tua aku pi blajar kat itm, aku suka aje nak buli keter yg lampu hi-lite kat blakang aku, aku akan bawak slow2, lepas dia potong keter aku, aku akan buru keter dia sambil hi-lite balik keter dia, serious, i did that, tapi tuh maybe 11 tahn lepas, bukan skang dah, skang pun drive malam pun jarang.

tapi malam tadi kluar makan malam yg simple telah berubah menjadi satu insiden yg sangat traumatise untuk aku.. mencik.

laki aku yg drive, keter dia losak maaa,
maka dia drive keter aku yg slow macam siput khinzir saja, yg takde hon, defect kelahiran, hehe
susur kluar kiri, nak masuk ke kanan, laki aku ambik the left lane, tapi still boleh masuk kanan, memanglah kan, (aku cakap pasal jalan ada 2 lane le nih)

tiba2, mamat honda city yg drive belah kanan hon laki aku kat corner
gaya nak amik terjah lane laki aku,
memanglah salah dia kan,
lepas tuh dia dok sbelah laki aku sambil marah maki2 kat traffic lite.
laki aku tunjuk middle finger (okay, aku tak againts profanities, aku rasa kengkadang perlu untuk pertahanan)

lepas itu aku rasa lagak laki aku itu telah incense kebulian mamat cina si pemandu itu,,
dia telah cilok keter dia depan laki aku dan berhenti smack in the middle of the road, okay, mereng tak?
keter kitorang pun berhenti le
pas tuh mamat cina tuh pun kluar le, muda aje pun bodaknya, early 20s i take his age is
laki aku tengok dia kluar, laki aku pun berdesup le blah amik side kiri,
dia kejar lagi, lepas korner, dia buru lagi keter kitorang
aku serious masa nih dah stiff dah badan aku
buntu seh tak tahu nak buat apa
sikit2 ada gak aku cakap
'i tak suka le, napa u layan, blablabla, '
i was not yelling, more like mumbling

pas tuh mamat gila ni amik side sbelah aku lak, sambil maki2, i can actually heard his voice but nothing dechiper or so what ever, spatah haram pun aku tak paham, sebab kapla aku agaknya tak mampu nak process sinaps2 yg masuk dri telinga aku tuh

last resort, sebab aku dah cuak sangat
i dialled 999,
aku tak kira le 999 ni macam 911 ke idak
aku tak kira le dorang nak saman aku ke lepas nih, sebab sesungguhnya that was a really distressed call.

suara pompuan hangkat,
aku cakap aku dikejar road bully,
dia cakap kat mana, location,
aku nak cakap aku kat mana pun aku was pausing sebab serious kepala aku lagging nak pikir.

tiba2 mamat tuh u-turn,
aku tarik napas lega and cakap kat minah tuh mamat gila tuh dah blah,
dia cakap aku should make a report,
i said i forgot to get the registration number of the car, (silly me, i know, co-pilot yg lemah, but everything was happening so fast)

she said it was up to me..

okay, aku loud the minah for being 999 person yg sangat berhemah, terima kasih for being a helpful soul for 30second frightening moments for me.

untuk mamat cina itu, i wish our car wont selisih ever in this life, kau sangat menakutkan, aku nak doakan kau yg dajal2 pun, aku tak rasa it will make any different in my life, enuff that aku tak yah deal ngan kau lagi, kau menakutkan.

kisah ini kisah benar tau, bukan scenes fast and furious or kl menjerit hapa ke jadah..