Monday, December 28, 2009

the A,B,C of hantumakan. part 2

okay, bersiaran kembali dalam aktiviti entri buang masa, hehe, mata ngantuk la sbenarnya, tpi takpelah, idea karut perlu diteruskan, kalau tidak adalah sia-sia memulakan something, chewah, macam moto baru nampak.

F - fridaylah, best apa, mcm thank GOD it's friday, sebab sabtu dah wiken, boleh beraktiviti sekeluarga. boleh projek masak2, boleh jalan2, balik kpg, window shopping, waaa, sgt heaven. Family jugak, hehe, che che che, buat2 lupa lak kat three lovely doters and hubby dude yg rock and sex symbol, hahahaha, weh, mistilah kalau kau kawin ngan seseorang dia sex symbol kau, takkan brad pitt kot, lagipun muka brad pitt too manja, i geli, hahaha, oh lagi satu fahrin ahmad sebab kalau tengok muka dia aku teringat kat adik lelaki aku yg one and only, kalau tengok dia acting pun sama, sure aku asyik ternampak perangai kasanova buaya gigi masam adik aku dalam diri fahrin ahmad, serious tak tipu. muka, perangai dan persona mereka adalah sama, hehe

G -gurkha yg jaga gate umah aku nih, ari tuh aku tertinggal kad entrance yg kau letak kat laser beam, tuh penahan terbukak, aku cuba nak cakap yg aku tertinggal kad, muka mcm melayu, punyalah panjang aku buat ayat, rupanya sepatah haram pun dia tak paham, rupa2nya gurkha, tibet, ches, oh lagi satu, i am Godiva-virgin, tolong, tolonglah sesiapa unvirgin kan i, ops, that didnt come out right, hehe, pesanan khas untuk kezen dan adik ipar yg selalu kerja obersea, hahaha, tolong, tolong belikan i godivaaaaaaaaa.

H - hantumakan, nama i yg melambangkan kegembiraan dlm hidup i, hahaha, sudah pasti masak lepas tu makan, jalan2 lepas tuh makan, keluar hanya untuk memburu makanan, waaaaaa, mcm mana nak diet?.. kau cakap sikit, mungkin aku perlu tukar nama blogging le, sebab orang kata nama itu doa, mungkin aku harus adopt nama hantu diet untuk kurus, mungkin nama itu akan brush off sikit hikmatnya kat aku, not?

I-ingat-ingat lupa, kalau pun tak lupa langsung, kalau sesiapa yg nampak aku dijalanan pernah bersekolah sesama jaman dulu2 kalau aku mcm blur lagi blank, maapkan saja sebab aku punya ingatan mmg banyak black hole, kalau aku ingat, aku akan ingat gila, kalau aku lupa, aku adalah lupa langsung, sooori.. :)

J-Jawa Johor lah, batu pahat tuh rata2 orang jawa, kalau pi skolah dulu, siap try cakap 'kok' 'kok' tapi mak telah marah tahap gaban sampai terkujat dan tak berani lagi cakap 'kok', hahaha. kawan2 sekolah rendah juga semua jawa hardcore yg goreng cakap jawa tak ingat kau sepatah haram tak paham sebab selalu lepak dgn famili mak side yg banjar. tapi masakan jawa mmg sedap lagi nikmat, serious. lagipun orang jawa mesra alam. best tu.

K-kenwood, kenwood , kenwood, sapa nak buat charity nak belikan aku mixer kuih kenwood kalau pun bukan kitchen aid, tolonglah, tolonglah saya orang susah, hahahahahaha, susah sebab tak mampu nak beli mixer harga seribu lebih, hahahaha.

L-Laundry, okay, hari ni kena habis basuh baju, walau aku suka basuh baju, tapi aku suka kumpul baju kononnya untuk jimatkan air dan tenaga, hahahahahahahahahahaha, okay, aku serious. tak tipu. Lipas jugak, sebab aku adalah anti lipas sejak tahun 2000 selepas mak mentua aku membuat ayat penyata menyayat hati berkenaan lipas di rumah aku, malas nak flashback tapi sejak itu sgt revenge dgn kewujudan lipas di rumah, tidak kira telur, juvenile atau lipas dewasa, semua akan diburu hukum bunuh tak kira mengedar 'crack' atau tidak, u come to my country, u'll die. okay, itu kira racist ke?

sekian sahaja bersiaran dalam siaran buang masa, skang waktu tido, see u later alligator.

3 comments:

ibusinga said...

kita vote fevret kita..
J
and
L

kucingorengemok said...

aku juga racist terhadap lipas

eh, ada kena vote² ke?

hantumakan said...

ibusinga - haha, bai de way, kita pun anak cikgu, mak bapak lagi. :)

kog - i miss u, long time no hear, cuti sakan ek?

tak yah vote pun tak pe, ibusinga rajin.. :)