Sunday, December 20, 2009

AYAM BESENGEK

Lama betul tak bersiaran dalam agenda masak masak di rumah kan, hehe, so, ini hari resepi sudah kembali, opoyo, macam ada yg masak la kan ikut resepi aku, haha

Okay, sbelum itu tolong le jgn gelakkan nama masakan ayam nih, aku tahu nama dia luar biasa, aku amik resepi ini dri buku masakan Indonesia, maka bahan2nya tak de lah bahan yg pelik2 benar, rasanya pon rasa yg familiar.. lemak lemak rempah ratus gitew


AYAM BESENGEK

Ayam 1 ekor - untuk dipanggang/goreng
Garam 2 sudu teh
minyak sayuran 3 sudu besar
bawang besar/onion 2 biji yg sederhana, kupas dan cincang halus
bawang putih 2 ulas, kupas dan cincang halus
cili merah 2 tangkai, ditumbuk
ketumbar serbuk 1 sudu teh
jintan putih/halus serbuk secubit
lengkuas 1 sudu teh, tumbuk/kisar
buah keras 2, diparut
belacan 1/2 sudu teh
kelapa parut 2 sudu besar
santan 500ml/2 cawan
gula perang 1 sudu teh
air asam jawa 1 sudu besar



  1. Mula2 basuh ayam le. kasi bersih sikit dek. barulah halal dan toiyibah. Lumur garam tadi pada ayam itu okay. Slepas itu bolehlah digoreng/panggang hingga separa masak.
  2. Onion dan garlic cincang tadi ditumis sehingga onion keperangan.
  3. Tambah cili tumbuk serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan lengkuas. Tumis lagi lebih kurang 1 minit.
  4. Masukkan buah keras dan gaulkan. Kemudian masukkan belacan dan kelapa parut tadi. Gaul dan tumis lagi selama 1 minit.
  5. Masukkan ayam yg sudah bergoreng/panggang tadi. Gaul rata bersama bumbu. Tuangkan santan dan gula perang. Renih di atas api kecil selama kira-kira 30 minit lagi. Akhir sekali masukkan air asam jawa. Sila rasa untuk garam dan gula.

Dah siap pun. rasa dia lemak lemak, sapa suka pedas kau masukkan le lebih cili ke cili api kot. sukatilah labu.. :).

oh, lupa credit hasil akhir join venture ngan hubby dude, hehe, saya tak masak sorang ni kali..

10 comments:

Tijah said...

nama x sedap takpe..janji rasa adalah berperisa.

Lya Colours said...

sekali tgk macam ayam percik style2 kelantan

nama die mcm seswatu la
hehehe

Ita Shadila said...

mula baca sekali imbas "ayam bengkek"

Daun Bidara said...

macam ayam percik tapi ada belacan ni

hantumakan said...

tijah - aku setuju ngan kau jah..

lya - aku dah agak dah sure tang nama itew mwnjadi kontrobesi

ita - hahahaha, nasib baik bukan ayam brengsek

daun bidara - :).. rasa malu pulak tak pernah masak ayam percik.. harus cari resepi slepas ni..

kucingorengemok said...

oh ini sesuai dijadikan kata ganti untuk bongek! ;)

ibusinga said...

camna tonasinya ni...
:)
be-sengek
beseng-ek
bese-ngek

hantumakan said...

kog - hahaha, and here we are at the most gila ideas, besengek equal dgn apa, hehe

ibusinga - kitorang pun dok figure.. my hub come with BESEN-GEK, and pikir juga *E* bunyik yg mana satu.. musykil kan.. :), last2 makan je trus without caring bunyik dia mcm mana.. haha

julie said...

sekali imbas tadi aku ingat kan ayam brengsek.... haha..

hantumakan said...

hahaha, susah betul nama masakan nih.. tak komersil gamaknya