Sunday, December 5, 2010

revisiting penggaram- MAWAR

last balik kampung masa hari raya,
rindu oooo, rindu gila..
tak berkesempatan lagilah balik kampung,
rindu gila...

tisk, tsk -layan shahdu kejab-

bersempena dgn itu,
kita akan membuat entry berkenaan kedai makan di kampung halaman,
saya nak torture diri sindri, hingga malam ini akan nightmare rindukan kampung,



lokasi sdikit brutal kelihatannya..
dahulu, sebenarnya kedai ini di hadapan sebuah bangunan kayu terbiar.
bangunan kayu itu previously adalah bangunan MAWAR ( Majlis Wanita Johor),
hence nama yg kitorang bagi pada kedai ini,
nama betul tak tahulah,

namun skarang, bangunan kayu dah runtuh,

kedai makan itu pushed a little further back,

port sbelah dewan badminton (sesungguhnya diceruk dalam itu ada dewan badminton tertutup ye, sila percaya)




kedai ini sentiasa ramai...
ramailah,
kalau lambat tak dapat makan roti naan dgn tandoori serta kima kambing ke apa namanya....
jika LAMBAT MACAM KAMI..




specialty lain kedai ini adalah bubur ayam

datang bersama telur asin dan bumbu bumbu lain

mi goreng, rupa sedap, tapi ada yg lebih sedap, heheee

teh dan teh tarik..
masa duduk makan disini, nampak cikgu skolah rendah saya yg dah pencen balik main badminton, wah, sgt hidup gaya sihatlah cikgu saya itu.. :







Monday, November 29, 2010

JUALAN GEDANG, eh bukan, jualan gudang.. :)

dulu kan masa mula2 kawin kan,
suka gila pi jualan gudang..
SUKA?.. sebenarnya kan... taksub..
hehe

skang dah anak 3, kudrat pun takde,
adalah malas malas ayam nak pi,

tapi tu hari, on 13th november, akak dan habidud..
berpoyo-poyo le mnuju ke jualan gedang electrolux..
kerna kitchen hob kita dah semput semput ayam aje apinya..
nyampoh..
tpi dulu pun beli kat jualan gudang jugak mende tuh..
kira okeh le siap ngan cooker hood dan kitchen hob baru 5oorm..
tpi brand fagor le..
ni hari lepas 3 tahun umoq dia..
kena upgrade pada kitchen hob yg apinya bosa kobar2 boleh buat bakar lemak di badan~tipu gila cerita~


warehouse sale start at 9am. but when we arrived at 8.30, crowds built up infront of the building oredi.. untuk pengetahuan semua, most of the crowds comprises of chineses.. well, they are sure looking for bargain.. :)

lepas tunggu kat bawah barang 10minit, rupanya bahagian kitchen kat ataih, yg bawah hanya petiais, washer and dryer. maka gigih lagi naik ataih pula, depan lift aje orang dah banyak cenggini... maka memang nyata kegigihan dan preserverence perlu ye tuan puan jika hendak membeli di jualan gudang (oh boy, the crowd masa clarks warehouse sale 2 tahun lepas lebih insane dari ini, percayalah..


lambakan ovens yg kilat2 gitu, most of the items released were either display units, defected items (hencot, kemik, calar dll), discontinued models ataupun model kurang laku. juga ada cooker hood, vacuum, blender, kitchen hob, air cond, alemak, ahkak lupalah apa lagi, tpi barangan electrolux le, sebab tu hari ada yg tanya takde jual tv ke.. sori ye kak long, electrolux tak buat tv..



harga slashed down, the pink one is the sale price, kalau mata super bionic boleh baca the original price warna itam kecik kemeot itew.. namun jika anda lebih gigih dan nak well prepared, always do a research about the brand's models before going, check of the price dan features kerana takde orang yg akan entertained anda nak tanya jela-jela, seperti oven ini berapa cooking method, ada spit turn over ke, mana dulang ilang satu, bukan ada 8 ke (ngada lah tuh, slalu ada 2 kan) dan perkara2 gedik senama dengannya.





more items yg letak longgok2.. cara nak beli, sila book awal2 kertas warna pink itew.. tulis nama dan koyak the lower half portion, jika item dah takde lower half portion, meaning the items had been booked, dan sila nganga hingga langau masuk dan bertelur.. JANGAN.. items akan selamat hanya untuk 1 jam, jika anda tidak settle bayar within 1 hour, item akan open for sale kembali..

sesungguhnya orang macam gila ambik kertas pink itu banyak2.. mungkin mereka kerja jual barangan terpakai ke apa ntah, kawan adik yg datang pukul 11 telah pulang dgn hati kuciwa kerana most items sold oredi. and the sale suppose sampai petang at 5 pm. untuk itu hari, sale hanya berlaku for just one day berbeza dari slalu yg selalunya dri hari jumaat hinggalah ahad.


dan ini adalah kitchen hob baru kami punya kertas pink (apakah, orang nak tengok gambar baranglah) okay kitchen hob belum gilap kilat2 malu nak tayang di blog, hehehe... harga asal rm999 dan kitorang dpt half of the price , yeah yeah.. and api dia superb dek, kalau dekat2 mahu singe akunya bulu kat taik lalat, hehe.. skian, laporan saya mengenai jualan gedang, eh, gudang.

Sunday, November 21, 2010

si tenggeng

well, tu hari pergi ke hari kecemerlangan sekolah yassmine and soraya..
ada persembahan lakonan dek budak budak..
cerita twisted si tanggang menjadi tenggeng la pulok
best gila lagi lawak, hehe..

here is the first part of the story.
the rest, boleh lah pi carik dekat utube, there's four parts of it..


Wednesday, November 10, 2010

S.O.S - save our seafood

smalam dapat this little phamplet about jenis2 ikan yg kita patut kurang makan untuk mengelakkan mereka dari pupus.

menurutnya, jika kita stick with the way kita consume seafood seperti skarang, in 40 years we might lost it altogether, seafoodlah i mean, heheee

there are 3 catogories,

1-recommended
2-think twice
3-avoid

so, hari ni kita tengok dululah yg kita shud avoid..



list to AVOID seperti di bawah

BAWAL PUTIH
BAWAL HITAM
PARI
KERISI
PARANG (tihtihtih, sedap tu buat asam podeh)
IKAN SEBELAH
BULUS
SOTONG BIASA
SOTONG KATAK
UDANG KARANG
UDANG LOBAK
MAMENG (bukan ameng spring itu)
UDANG LIPAN
KEREPOH
KUNYIT-KUNYIT


dan beberapa jenis kerapu seperti di bawah

SIXBAR GROUPER



MALABAR GROUPER

DUSKYTAIL GROPER


ORANGE-SPOTTED GROUPER


so, marilah kita bersama-sama menjayakannya.

TWILIGHT

ye saya tahu saya seorang yang pemalas..
lately macam2 yg saya malaskan.. heheheee..
saya juga malas masak.. elleh, slalu malas juga, buat ayat penyata seolah sangat rajin saja masak..

saya bela seekor kucing..
namanya corky dan anak bungsu saya panggil dia cork'iah'..
dimelayukan kan kan..
bulu dia gugur disebelah one side of her flank..
mungkinkah dia berkurap disitu..
bahana..

saya baca keempat-empat buku twilight secara terus menerus..
saya tidak beli buku2 tersebut, saya pinjam,
boleh dikatakan saya dibawah spell twilight dan sekarang saya tidak pasti apakah saya sukakan/tidak sukakan citer pontianak yg glitter ini..
tapi hari ini mungkin selepas hampir 24jam saya habis membaca buku itu, saya hampir2 detox the spell from my system dan mula terpikir bella itu seorang yg too needy.

at one point saya hendak tengok movie yg digembar gemburkan dek peminat twilight itew..
tapi entahlah..

BUT,
seriously, ceritanya tidaklah that bad if u gave some chance and proceed reading it.. :)
ceritanyaaa citer romantiklah gitu..
cuma ada mystical creatures and ghost and alikes..
(mungkin selepas harry potter si ahli sihir, dan percy jackson si anak zeus tuhan greek, semua plot cerita pretty much acceptable... wow..)

oh, hari ini saya pergi tengok magika bersama keluarga.
SAYA KETINGGALAN tapi saya pergi tengok juga.
:)..

till later..
selamat hari raya aidil adha..

Thursday, October 28, 2010

three weeks..? unbelievable!

WOW..
baru kagum dgn kegigihan tidak update blog for 3 weeks.. lama tu,

well..
as for updates, jawapan teka teki si afendi arif adalah tepat gitew..
maka sila jgn bawa buah durian kepada orang jepun,
padahlah jawabnya.
(cakap pasal jepun, trus teringat nampak vcd suster keramas di tesco, ada pelakon 'jepang' katanya, hahahaa, jepang jebeng, apa2lah)

selain dari itu,
ada big changes coming my way next year..
sdikit terkujat, tetapi disambut dgn gembira nonetheless..
(tetiba rasa macam baca zodiac disisipan tepi akhbar pula..)

i just noticed my sister due date was at 30th october..
sgtlah kan melahirkan anak tatkala halloween.. hihiiiiiiiii.
okay, mungkin lebih skeri jika lahir malam jum'at keliwon..
(i did a reserach during my uni years yg mungkinkah kita lebih affected pada hantu lore of kita punya origin, seperti kita takutkan pontianak rather than dracula.. in a way u just untouchable by foreign hantu ke gitu.. and ternyata dari hasil interview guinea pigs, mereka cakap begitu juga)

okay, updating at 2.08 am in the morning isnt helping out much with my creative juice..

computer saya rosak ditumpahi oleh anak bungsu dgn pulpy minute maid ke apa nama brand air itu.
bagaimana hendak membuang masa update computer kerana itu blog tidak update selama 3 minggu..
tisk tisk..
aktiviti kebun juga tergendala maka tidak mampu mengusahakan spa lagi maka kulit menjadi kusam (tipuuulah, ini cuma spa di dalam farmville)

sekian updates yg sgt rambang
berjumpa lagi dalam 3 minggu.
BAI

Saturday, October 2, 2010

tekateki, tekatekok

esok ada famili day di sunway lagoon.. (boleh feeling2 mila jovovich/brooke shield kat blue lagoon, muahahaaa)
anak aku yg dua tua tuh dah mimpi2 dah nak pi...
cuma aku ni yg penakut, gayat dan tak adventurous aje yg rasa mcm tak sudah aje aktiviti cobaan pumping in adrenalin itew..
esok mungkin cuma ambil peran mak pacak tengok people having fun..
(wow, adakah aku mengaku yg aku ini tak fun orangnya?)

malam ini terasa macam otak aku pikir sesuatu yg bijak..
bijak seriyes beb, bijak nih (this is time of moment yg kau rasa seolah kau philosophical of some sort, haha)


eh, tak jadilah,
tetiba malas nak type, lain kali mungkin..

oleh itu acara ini digantikan dengan acara teka teki..
meh jom kita jawab teka teki..

pada zaman penjajahan jopun dulu2..
seperti yg kita tahu orang jepun memang jalim.
tak tunduk, tampar.
salah buat sikit, sepak.
salah banyak, dibenetnya kau tang perut.. kalau perut cuma isi angin dan perut besar, boleh gak pancit spare tayar anda itu.

nak dijadikan citer,
suatu hari komandan jepun yg paling power teringin makan buah-buahan malaysia yg enak2.
sebab kat negara dia cuma ada buah sakura (ada ke buah sakura, hahaha, sukasuki kau aje kan)
maka dia pun memanggil semua ketua kampun yg ada kat malaya tika itu untuk berkumpul

'hait ketua kampung san ..... ini hari saya mahuuuuuu...anooooo(ini exclamation style jepun okeh, bukan mencarut tau).. makaaan ituuu buah malaya..

sapa ..anoooooo.... boleh bagi buah sedap sama kapitan san, kapitan san bagi itu duit pokok pisang.. anooooo... kalau tidak sadap.. anoooooo.... kapitan san kasi denda ..'

maka dijadikan kisah di antara mereka itu ada 3 ketua kampung pelbagai kaum, melayu, india dan cina (awww, one malaysia sgt citer i ni)

OKAY, PAY ATTENTION CITER AKAK NI KALAU TAK KAU TAK PAS PEKSA OKEH!!!!!!

esoknya ketua kampung india pun dgn penuh cekal membawa bungkusan buah g dipilihnya untuk bertemu dgn kapten jepun tuh (kejap kapten, kejap kapitan.. tak apa, tak kisah le jawatan dia nih)

dia bawa BUAH KELAPA dek.. tapi yakin ni, malaysia buleh katanya.

sampai aje kat perkarangan opis si jepun tadi dia nampak ketua kampung cina nak kena denda.. meraung raung dek mamat tuh. dia pun tanyalah dgn prebet jepun sorang

'bos, apasal tuh, mau potong kapara ke?'

'bagero!.. bukan.. anoooo, mahu kasi itu buah yg dia bawa masuk bontot juga, anoooooo.. kapitan kata tara sadap. itu buah LIMAU'

maka tertelanlah air liur ketua kampung india itu. dia terdengar suara ketua kampung cina itu menjerit jerit kesakitan. ITU BARU LIMAU DEK. dia pikir kalau kapitan tak suka buah kelapa, matilaaaaaah aku.

dgn penuh ketaq, dia pun persembahkan buah kelapanya kepada kapitan japang itu tadi. si jepun tadi pun kluarkanlah pedang samurainya dan....... ZAS, terpotonglah kelapa itu tadi.
bila jepun tu tadi minum air kelapa tu tadi, mukanya berkerut.

AYAQ KELAPA TUUU MASAM DEK

maka tertulis sudah nasib si ketua kampung india itu tadi.
diseretlah dia oleh prebet2 jepun tadi ke lapangan siksa.

tiba-tiba india itu ketawa dgn kuat.
prebet2 pun peliklah.
tapi denda tetap denda.
mereka pun masukkanlah kelapa itu tadi ke tempat yg sepatutnya...
makin kuat pula si ketua kpg india itu ketawa....

MENGAPAKAH SILALAH JAWAB.

Thursday, September 30, 2010

ENTERTAINING - SIRI LIMO (songo tuh lima juga ke in jawa?)

kesimpulannya, entertaining is an interesting activity..
macam buat kerja kat opis jugak tau..
u need some planning, and schedule jugak..
and u need to be creative at the same time,
macam buat event jugak..

i love when the crowd yg dtg itu around 6-10 people,
the presentation wud be seragam of some sort, (haha, okeh, i suka beli pinggan reject 1/2 dozen, hence the statement)
and it wud be a great way of laying back and have some chat and gossip for grown ups..
meaning it wud be greater if kids are allowed to stay back home having activities of their own, (believe me, they didn't appreciate much of us grown-ups socializing involving them)
and their palate of taste are so much different comparing us the grown ups.

but when kids do come, (saya juga tiada maid and paham kids and parents flock together)
i try my best to let them have a place of their group separated from grown ups,
just to let them have a feel of mingling between themselves rather kena paksa dengar para ibu menceceh between them, hahahaaa
but most of the time..
campoq sajalah, hahahaaa

SEKIAN TERIMA KASIH
-crash course officially habis.. :)-

Wednesday, September 29, 2010

ENTERTAINING - BAHAGIAN OMPEK

berbalik kepada topik tetamu boleh menjadi papua new guinea pigs itew..
saya tetap ada hati hendak membuat recipes baru..
kekdahnya ahkak tak kira akak nak gak, kalau tak akak meroyan..

tetapi bulehlah digunakan short cut kekdahnya.
seperti pada hari tersebut, saya masak spag ball ..
di masa yg sama saya buat juga mini meat ball
KERANA
saya gatai nak buat savoury cake iaitu WALNUT RAISIN CHEESE CAKE

oleh itu i kawinkan mereka berdua untuk menjadi appertizers/tapas/amuse-bouche/hors d'oeuvre/mezze/antipasto

MAKA JADILAH

bukan bukan, hahahahahaa



Mini meatball

savoury cake with mini ball

cucuklah dgn tooth pick, lepas kau telan meatball itu, jika terselit, bolehlah cungkil gigi, hihihiiii



Tuesday, September 28, 2010

ENTERTAINING - STORY 3

wokeh, mari kita sambung lagi citer pasal makan makan makan

mari kita tackle issue makanan pula.

in my case, slalunya kononnya suka nak jadikan tetamu guinea pigs ..
inilah masanya nak masak makanan baru sebab kalau makan sama family aje,
kengkadang mcm tak syok,
lagi ramai lagi meriah la kan.

but kengkadang kita boleh buat approach lain juga.
seperti the updated version of the ol'recipes.



ini the newest version of auntie lina's chicken mushroom bread pie

sila tengok link untuk ol'version

stakat ini sudah mencuba dgn roti gardinia, roti hotdog, juga baguatte..

yg di atas itu guna roti bamboo charcoal ash ke apoko, akak dah lupo..

and in future gonna eye hendak guna croissant, roti carrot and a log bread i saw in LAVENDER..

i loike new version roti terjual di kedai,

sgt hebatlah.

:D..

ENTERTAINING - PART 2

kursus bersambung kembali.. chechecheh


jika keciwa dgn bunga yg layu serta terlentuk seperti entry sbelum ini,

sila hampiri aci yg jual bunga di pinggir jalan dan minta kudup kudup bunga melur.

jika aci buat muka felik 'kenapakah melayu ini gila mahu bunga melur, nak buat sanggulkah?
anda buat rilek dan minta diskaun.

kenapa diskaun? kerna harga satu plastik taugeh singgit itu adalah sepuluh hengget ye puan puan bunga melur ini

selepas itu aci suruh saya beli bunga dari supplier yg naik motor kapchai sambil peluk sepelastik bosa bunga melur dan dapatlah 8 hengget. (masih terasa kemahalannya, bunga melur duduk di peti sejuk berenak-enak.. tisk tisk)

so, the back up plan is jadikan bunga melur penyeri vase dan pewangi semula jadi meja makan.

vavavaaaaaas (tetiba feeling aci)

Monday, September 27, 2010

ENTERTAINING

hari ini mari kita berkursus mengenai perkara yg buleh berlaku jika entertain orang di rumah.. :)

PICTURE 1 - bunga yg dibeli sangat segar bugar geram melihatnya, akak loike.
PICTURE 2 - wah, sangatlah kan, even batang bunga juga utuh lagi sgt berseri, telah dinasihatkan oleh florist tidak potong end of flowers kerana bunga cepat busuk, sebab itu vase kecik, bunga melempai hampir sampai ceiling rumah... hahaha..

PICTURE 3 - pagi2 esoknya, bunga sudah mula buang tebiat, buat perangai seperti orang yg dah tak panjang umur.. hati sedikit kuciwa.



PICTURE 4 - hari makin petang, bunga makin tunduk.. baaaad sign.


PICUTRE 5 - orang pun dah balik, meja pun dah sepah.. bunga lagilah.. tisk tisk..
itulah dia kursusnya ya tuan puan..
belilah bunga harum sundal malam, rumah jadi harum err cuma takut lak kak ponti pun datang bertandang nak pi rumah terbuka sambil mintak semangkuk darah.. tidaaaaak.




Wednesday, September 22, 2010

ledi gaga

sapa tak kenal ledi gaga kan..
alah, penyanyi pokerfes tuh..
bed romens..
:)

lagu terbaru dia,
alejandro yg slalu kluar corong radio tu munyik dia mcm tak best kan..

pas tuh laki aku kata dia dpt email circulation yg mengatakan
yg videoclip lagu alejandro banyak hidden messeges..
gotto do ngan konspirasi illuminatilah (pminat dan brown, sila duduk tegak2)..
and ledi gaga sindri mengaku yg lagu itu tribute untuk rakan2 gaynya..

pas tuh aku pi la tengok kan
(seperti biasa, ai mmg suka kes2 kontroversi ini)
ledi gaga memakai pakaian nun red latex sambil menelan rosary..
penari lelaki memakai hi-waisted brief..
ledi gaga memakai bustier yg ada mesingun kirikanan (kalah bustier connical madonna or femmebot dalam citer austin power 'yeah bebi')
macam macam adaaaaaa. (when i wrote this, meaning i refuse to divulge more..)

maka,
accidentally lagu ini breathe new something tatkala aku mendengarnya.
fakkit..
ledi gaga, sgt memesongkanlah awak ini.

Tuesday, September 21, 2010

terHANGET....

aku kan, kan kan..
terpaksa mengaku..
aku dah ketagihan fb kembali... hahahaaaa

once a game geek, always a game geek...
(geek la sgt, geek yg ini tak mampu bikin wang macam bill gates.. *sigh*)

tapi hari ini,
i telah termasuk fb najib tub razak..
not that i care much bout his doing before..
ini semua kerana dorang kecoh yg fb najib dah kena serang dgn indons..

serious dek..
dorang carutkan najib..
carut gilalah,

yg aku pelik sgt nih,
kenapalah indon2 ni semua bengang sgt dgn malaysia nih?
macam le najib tuh ter'rule' dorang skali..

dia kata kita jilat pant*t inggris le..
kita jeles ngan dorang le,,
kita jajah sabah sarawak le
and more beyond that..

setahu aku..
tiap kali aku bangun tido, kemas rumah, sidai baju, makan epok-epok..
korek idung, tengok tv, 'termenung'..dan segala aktiviti harian aku le..
aku takde masa langsung nak pikir pasal negara indonesia, pemimpinnya atau pun rakyatnya..

paling menggugat otak pikiran aku pun,
pasal kes peter porn and luna goddes maya tu hari je, (hahahahaaa)
tak pun the skimpinest of aktress indon dressing dalam citer indon yg kluar pagi petang kat tv tu haaa..
pas tuh posing opoyo semayang kat tikar mintak hidayah lepas tayang lurah dada..
tak pun tunjuk peha.. (cinta dan anugerah, tv9, 5.30-sadly ada ashraf sinclair act in it.. what a waste)

dorang marah macam angelic sgt..

tetiba terus teringat citer ita shadila dan maid kakaknya yg 'maryam' sgt,
mengandung tetiba ..(she's an indon)

or maid kakak ipar aku yg lari entah berapa kali..

siap sorang gambar profile fb dia a smiling pig pegang bendera kita..

dorang ni biar benar..
aku tak de masa nak carutkan bambang udiyono yokoono,
aku pun tak sure nama presiden dia apalah..

for the record,
aku tetap menjulang langit yg buminya kupijak..
dan patriotism aku terbakar gak bila indon ni sumer kutuk macam ni skali..
tak patutlah.. tak patut gilaaaaa

Monday, September 6, 2010

hapdet terkini..

untuk menjawab soklan dr singa, bukan, ini bukan computer baru, comp dah baik only that i am too lazy to hapdet..

untuk yg komen, juga sori tak menjawab..
masih jawapannya dalam kategori pemalas.. hehe..


sebulan puasa, berat badan tak turun pun,
mungkin kerana ia diisi dengan barangan di bawah ini..

white chocolate cheesecake,

made and stamped by habidud..

rasa manis tapi SEDAP

dia kata dia buat untuk ai,, (blushing)

soto buatan sindri, minus kacang dan su'un goreng..

everything else is there.

kuah clear ikut emak buat...so sapa suka rasa rempah ratus, bukan soto yg ini.. ngehehe

rojak singaaaaaaaaaaaapura (akak doktor singa, ia tidak kena mengena dgn kamu, hehe)
homemade, maka all the trimmings adalah sgt mewah, paru, sotong katak bosa godang, cuma tak de ketam goreng dan udang goreng,
takde stock.



last but not least,
mi rebus import dari priuk ibu di kampung..
anakanda tak dapat pulang,
tapi ibu titipkan kuah mi rebus..
nikmat oooo
untuk semua,
selamat hari raya,
jika ada yg tersalah cakap, or ter'type'
mahapkan saya,
saya menusia biasa











Tuesday, August 24, 2010

anas zubedy

this blog is by anas zubedy..
i think the blog's name itself speaks volume..

erk..
ttetiba sakit perut.. bye,
nak masuk bilik termenung..
happy reading

mengular..... slithering ME

eh, tetiba feeling serious.. hahaha..

first of all, i think for this year, i fueled enough on fiksyen books..
maka, untuk baki bulan yg ada, saya akan cuba untuk menukar bahan bacaan..
i think i wanna indulge on philosophies, history and politics..
only that it might cost more since the less people reading it,
the more u gotta fork out money
apo namo eh? economy, demand, price.. yadda yadda..

over the weekend,
saya menghabiskan bacaan on one book,
dia seorang tahanan ISA di hujung 80-an berbangsa china,
-after thinking, i reserved my opinion to myself-

for now, i am eyeing one book by anas zubedy..
sebagai pembaca curi (while browsing di POPULAR)
one chapter particularly about his late christian friend,
it's so cute and lawak..
only that bila chapter itu ended,
baru it hit me his good friend dah takde..
shyte..
padahal from the beginning,
he's been using 'was' when mentioning bout his friend.

and i think i wanna buy a book bout 'pope history'
sgt banyak politic, treachery, ke tak senonohan bout their early history-seperti pope romen dan berbunuhan for the post-..
well, i guess human doesnt escape being human despite the higher ranking u held even berpangkat tinggi dlm agama..
ANY religion tak escape ini okeh.
only that the book cost u a bomb.
TAHIK OKEH..

yesterday adalah terlebih bekerja keras maintaining the house.. cooking dan menjahit, maka saya declare hari ini hari bermalas.. akan mengular ..tehehe..

kepala kerja keras berpikir..
bagaimanakah mengular yg best.. mmmmmm

yello..

tak sangka kan, lama gila tak update..

memula computer kena virus..

lepas tuh bila dah kena virus, pi cari hobi baru...

baca buku2 yg blum habis,

pikir resepi berbuka tiap hari...

pas tuh buat baju raya budak, addictivelah menjahit..

kita berjaya buat nasi dagang dan gulainya skali..
(biar saya pat my own back, haha)

-okay, this is the lousiest update, terasa janggal stelah lama tak update.. :)-

Sunday, July 25, 2010

he had me at......(part two)

okay,
dikeranakan esok takde computer,
maka akak buat gaya ober hapdate twice pernight..

mari kita kembali pada kisah percintaan babe doyah dan dude botak....

selain dari kisah 'uk uk ' di tepian pantai itu..
ada lagi beberapa kisah
-ada satu kisah telah tidak mendapat kelulusan pihak penapis/kopirait encik dude botak, maka rancangan untuk menerbitkan entri itu pun terpaksalah dibatalkan. penat dah aku pujuk, dude botak tetap tak kasik, kalau babe doyah dia on aje citer mana pun, hahahahaaaa-

ketika bade doyah dan dude botak menjadi pelajar IPTA,
mereka selalu kluar berpacaran ke Subang Parade.
yelah, paling dekat kat shah alam kan..
kat shah alam tu mana ada entertainment jaman dorang blajar dulu,
balik2 lepak kat kompleks PKNS tuh,
boleh bleeding hidung bosan..
korang tak caya?
cuba kau cuba lepak terpacak kat kompleks PKNS..
tak de apa dek, balik2 people watching..
tu pun kalau kau lucky dapat lah tengok ziana zain lalu nak pi buat rambut kat one salon kat situ,
itu pun kalau kau lucky.

okay, berbalik pada kisah subang parade tadi, hehe
pada suatu bulan puasa,
dude botak pun mengajak babe doyah ke subang parade,
window shopping barang raya kekdahnya..
cekitdout baju raya lah ..

masa itu babe doyah tak posa kerana dapat cuti..
tapi babe doyah takde lah kisah sgt pasal nak makan ke minum kan,
slama ini pun sesejak dok asrama,
babe doyah bantai aje pose..
tak koser jadi kera sumbang dok pulun makan depan orang..
tak syiok ah,
makan time buka ngan orang lain lagi best..

awak posa ke ni hari? tanya dude botak

'tak, kita cuti, yeah yeah...' kata babe doyah.

'dah makan ke?' tanya dude botak lagi.

'alaa, takyah.. makan nanti le time buka.' sambung babe doyah, slamber aje.

dude botak berkerut. muka macam tak puas hati. perlukah?

tetiba dude botak ajak pergi supermarket parkson. dia ajak beli air kotak dan food.
kemudian dude botak ajak lepak kat tangga yg ada pintu penghadang api itu.
dia temankan babe doyah makan.

'awak, cepatlah makan. nanti awak sakit ke apa.' minta dude botak.

'hahaaa, mana ada lak sakit.' kata babe doyah

'habis tuh, kalau tak de apa, napa Allah bagi cuti. makanlah, saya teman, saya tak kisah.'

babe doyah pun cucuk straw pada air kotak. meneguk air pemberian dude botak.
tisk tisk.
babe doyah slalu kena layan macam bukan seorang girly girl.
tak pernah rasa diri frail.
but sesekali bila ada orang yg kisah dan concern,
it strikes hard on places she didnt know she had.
how sweet was that?

dude botak had babe doyah pada suatu bulan puasa.......

passing and lost

Assalamualaikum,

Saya sbenarnya amat sedih membaca mengenai passing of love ones, orang yg berjuang untuk hidup dan lost of sumthing yg amat berharga..

namun, saya tak tahu bagaimana nak menyentuh mengenainya dan menulis mengenainya..
lebih lebih lagi saya pasti perkara ini adalah amat heaving kepada mereka yg dekat dan rapat..

kepada doktor singa,
saya harap akak banyak bersabar..
( i think i am choking and didnt know how to write bout allahyarham ayah kakak and yer lost,
but mainly because saya tak sanggup menyarung kasut akak dan bayangkan saya yg kehilangan ayah..saya benar-benar berharap akak tabah)
saya doakan ayah akak ditempatkan bersama orang yg beriman,
Al-fatihah.

kepada nenny,
thanks memperkenalkan blog onebreastbouncing,
maybe i was kinda late knowing allahyarhamah,
but as she wished,
one more soul is touched by her strength,
saya mungkin tidak akan setabah akak raden jika saya yg sakit..
but if ever i did, she is a hero that i wud emulate myself to be.
jadi separuh sepertinya pun jadilah
semoga dia juga ditempatkan disamping mereka yg beriman,
dan i was really hoping her kids will be as strong as their mom..

lastly but not least,
kepada tijah..
atuk awak memang atuk yg best..
bila aku baca cerita pasal dia layan kau masa kecik2..
hopefully dia akan tabah....

Saya,
tidak pernah lagi kehilangan orang yg tersayang..
ibu ayah adik beradik semua masih ada..
atuk saya meninggal tatkala saya kecil..
tabahkan saya bila harinya sampai..
tak terbayang rasa kehilangan akak singa..
pasti meruntun.

atau..
mungkin saya yg pergi dahulu dari mereka..
tingalkan ibu ayah adik beradik, suami dan anak-anak...
saya harap,
saya bukan makhluk yg sia sia..
saya harap purpose saya di dunia ini selesai..
but it's a God's plan, aint it..
my plan is secondary..
terima kasih kak galoh for the lessons.

dan saya,
tidak cantik drop dead gorgeous,
but bersyukur i am whole,
cukup sifat dan limbs..
tak terbayang bagaimana atuk tijah akan cope..
but what we aint got, we'll double on the effort..
yg baik baik saja untuk atuk tijah..

rasa kerdil bila baca entri mereka..

Saturday, July 24, 2010

he had me at......

bulan July adalah bulan reminiscing.
bulan July adalah bulan dimana aku akan mengimbau hari hari yg lepas sebelum aku dan habidud diijabkabul..

he didn't had me at hello (jerry maguire-tom cruise and renee zellweger)..

maka mari kita bercerita mengenai 'he had me at'..

HE HAD ME AT...
walau secara exteriornya babe doyah seorang yg buragas, tampak tomboi dan suka main sukan, dia mencari cinta yg 'moving'
cinta yg hatinya akan tahu 'that's what i call love'..
When she said that, she meant that yer heart and yer jasad just know that love is love that can be feel rather than being uttered and being pegang dan cenggitulah kekdahnya.

bila jumpa cinta,
yer head was facing the other way,
but yer lips were smiling secretly,
coz yer heart just burst with undescribable happiness.
it just doesnt matter bila yer other half tak perasan,
walau u're secretly longing being caught doing so.

bila hati ada cinta,
out of sight means every little second is burgeoning with longing..
rasa nak gila,
you try to buff up only to learn that you're no buffy (the vampire slayer-fine, reference tak seswei)..
your heart will just collapse ..
tidur tak akan lena,
mandi tak akan puas,
makan tak akan sedap.

bila fikir cinta itu pinjaman..
aku akan sedar yg aku memang seorang hamba yg perlu banyak belajar.
i live too dependant on the high it been giving me..

babe doyah belajar rasa begini setelah dia berkawan dengan dude botak.
ada beberapa insiden jua yg menyebabkan babe doyah menjadi head over heels pada dude botak ini.

seperti, suatu ketika, dude botak datang bertamu ke hometown babe doyah.
ayah babe doyah membawa sekawanan budak skolah ke kem motivasi di tepian pantai, maka ayah babe doyah pun extend invitation kepada dude botak untuk turut serta.

maka babe doyah dan dude botak pun ikutlah ke pantai.
bila ayah babe doyah sebok men'drill' murid2 hendak periksa-motivasi kekdahnya,
babe doyah dan dude botak itu pun bercanda di pasiran pantai (ahaks, trus ingat pada ziela jalil)

tiba2 perut babe doyah meragam..
perut babe doyah ini jenis meragam yg most of the time tak kena tempat, tidak boleh tidak, perlu relieve masa itu juga, tokleh tunggu-tunggu.
yg trus rasa macam sikit pnya anginlah pusing2 dalam itu perut, mmg menciklah babe doyah kalau terkena sakit perut yg satu nih.

'awak, kita sakit perutlah' kata babe doyah.

'boleh tahan tak?' tanya dude botak.

'mestilah tak, kalau idak, tidak le kita bagitahu awak nih' kata babe doyah lagi dengan muka yg dah tak berapa berseri dah.

maka the hunt for 'rumah kecik/bilik termenung' pun berlaku.
ini bukan port dickson ye, yg bila ada duit barang 50sen boleh terus buat business dgn senang hati.
ini pantai yg babe doyah tak pernah jejakkan kaki ever and won't jejakkan kaki ever juer despite the believe yg jika anda pernah 'buang' di rumah yg anda kunjungi, anda akan kunjungi lagi tempat itu.

'macamana ni?' kata dude botak

'orang serious tokleh tahanlah' adu babe doyah.

'jom cari semaklah. nanti saya tolong 'jaga' untuk awak.' kata dude botak dengan muka yg tak de sengih, takde mockery juer takde ciri geli dan sebagainya hanya ciri serious berpikir untuk selesaikan masalah babe doyah itu.

babe doyah adalah dalam keadaan terjepit waktu itu. you know if u gotta one wish from a genie, this is one kind of situation yg kau akan guna hajat itu untuk selesaikan masalah ini rather than mintak jadi kaya raya. perut babe doyah pula sakit yg seakan jika dia buat buat buang masa pikir lagi, letupan kecil bakal berlaku dan ia takkan meletup blank ammo okeh, sure ada isi punya.


maka ------ okeh, aku choose untuk omit this part of the story, nanti babe doyah malu ah -----

dude botak raise to the occasion dan masalah babe doyah pun selesai. setelah selesai, dude botak slamber aje takde pun buat lawak mengenainya.. hehehe.

at that time, babe doyak knew she had her back covered, if anything happened, back disini adalah bilamana situasi vulnerable atau terjepit okeh, bukan babe doyah's 'back' okeh.

dude botak had babe doyah at 'jaga'....

sekian. T_T

Friday, July 23, 2010

THE PLAN

kembali, kembali, kembaliiiiiiiii
hahahaaa, seperti biasa perlu cakap gema untuk dapat perhatian..

okeh, sudah sbulan from the last time saya mempita ukur ukuran badan saya,
untuk sesi ukur bulan ini saya berjaya lagi mengurangkan sebanyak 20.7 cm (yeah yeah)
namun percayalah, jika dilihat secara black copy, 20.7 cm tuh ciput saja..
tapi sebagai sejenis orang yg suka juga nak berpesta atas kejayaan diri, saya tetap terlonjak-lonjak kegembiraan, hahahaaa
cm yg paling banyak berkurangan adalah pinggang (4.6cm) dituruti oleh dada (3.5cm)
dan yg hampeh tak nak berganjak adalah ukur lilitan peha dan lengan,
bila le peha nak comel nih,

okeh, kita tinggalkan topik ukuran badan,
bulan ini i start with a plan, (padahal dah dekat gila dgn bulan puasa, obvious sgt yg plan ini akan terganggu, chait)


i compiled the cardio that i could do untuk mengelakkan kebosanan asik berbasikal hingga tongkeng panas berapi lagi rasa seperti patah..
else that cardio, i compiled juga all the resistance move yg best, stretching badan/yoga pose dan recipes enak low calorie hi nutrisi, fibre dan vitamin..



and this is habidud's plan,
he's starting on protein shake kononnya mahu bina otot,
dia nak bribe saya juga,
tapi saya khuatir akan menjadi she-hulk,
akak tak rela nok



ini journal fitness saya,
cukup dgn misspelled word and all, hahahaaa
di dalamnya tertera nilai calories jaya bakar..
ukuran badan bulan ke bulan
dan simple weekly plan.
namun tak sanggup nak start food journal kerana tahu makan hi calories food sokmo..
NAMUN kapasiti makanan telah berjaya dikurangkan..

i am sure saya tak mahu ke arah makan bercatu,
kerana saya associate food dgn good life experience.. :)
so when i crave for delicious food,
might as well saya makan dari saya rebel dan stuff myself silly, hehe

oh by the way, it's a conformation i lost almost 1.5kg since i started my new fitness journay..
what's bugging me is, how am i gonna cope bila ramadhan dan syawal menjelang,
knowing me, i hate stopping at a bump, the odd of me stopping altogether are pretty high...
but saya berharap i'm steel enough to sondol through lah

Monday, July 12, 2010

sebagai ratu realiti tv...


saya sukaaaaaaaaaaaa dgn realiti tv..
hahaaaa, well not so sure is it because of the drama ke hapa ntah..
NAMUN season baru kluar di 8tv project runaway terabai sebab kluar hari khamis, hari tuisyen,
lepas tuisyen terus rasa waktu rehat and no tv , hahahaa
TETAPI
bersempena finale SHOWDOWN 2010,
saya akan menyokong floor fever dan giller battle crew.
sebab saya sukakan underdog,
wakaka crew dah banyak penyokong walau hail from kampung sindri (muar johor, tipu juga sebab cuma 2 orang aje dari johor, yg lain dri negeri lain)
-lagha kan saya, maafkan saya, mungkin kerna diri sendiri tiada bakat menari, perlu tengok orang lain menari and buat-buat rasa kalau goyang punggung, i can execute the same routines easy peasy.

Sunday, July 11, 2010

Target heart rate zone

hello kawan-kawan,
kembali kita pada topik fitness dan cobaan hidup sihat, hihiiii
mencoba itu penting okeh..
harap-harap dituruti dengan amalan berpanjangan.

baiklah,
kerana saya dah bebel panjang sgt,
berbalik kita kepada tajuk topik iaitu TARGET HEART RATE ZONE.

Saya pernah menyuarakan soalan kepada para doktor (akak singa dan leha) mengenai ini.
rupanya chart about target heart rate zone(THRZ) ini ada tergantung di gym, hahahaa..
oleh itu mari kita berkongsi pengetahuan.

sebelum itew,
mengapakah THRZ ini penting,
kepada siapa yg waswas mari saya terangkan.. achecheh, mcm real aje
ia penting kerana for the amount of time and effort yg anda gunakan untuk eksesaiz,
THRZ ini akan menentukan berapa banyaknya calories yg terbakar itu.

jika anda bercardiovascular selama sejam
dgn maintain THRZ anda, anda akan bakar lebih calorie,
jika tidak, pembakaran calorie itu akan kurang.
fahem sudah?
lebih mudahnya, ia adalah kekdah untuk membakar secara maksimum dan efektif.

okay, ke subtopik seterusnya.
THRZ adalah berbeda mengikut tahap keaktifan dan usia sedari semua.
THRZ untuk orang yg berusia lebih muda adalah lebih rendah berbanding kepada yg berusia
lebih tua.
meaning it's easier for younger people to reached their THRZ sebagai contoh awal doplohan=120
dan usia saya=130

nanti aku cilok formula pengiraan yg simple dari chart kat gym.
tetapi formula Karvonen yg dilink disini adalah lebih accurate sebab korang kena kira korangnya heart beat perminute masa bangun tido pagi (provided korang tak terbangun terkujat, atau kena sergah atau dapat mimpi ngeri mahupun wet dreams)..
kenapa bangun tido?
kerana waktu itu jantung korang berdegup dgn resting pace gitu kot (dr singa dan leha, kalau ada intrepretation saya yg salah sila betulkan)

okay apa lagi yg perlu dikupas ni ye?

oh, mengapa perlu bina otot..
kita perlu bina otot SUPAYA otot kita dapat guna pakai segala tenaga yg kita consume itu.
jika tidak kena consume, waktu itulah ianya akan menjadi reserved tenaga iaitu lemak.

hendak bina otot kenalah weight training, juga dikenali sebagai strength training juga resistance training.
pada waktu itu, aktiviti paksa guna pakai otot dgn kejam angkat segala besi bagai yg berat itu akan membuatkan tisu otot kita tear .
untuk baik pulih dirinya, dia akan bina tisu otot yg lebih besar dan bulkier.
kerana itu jika anda buat weight training, target muscle perlu diubah setiap hari,
sebagai contoh, chest=sunday, leg=monday, biceps and triceps=tuesday dan seterusnya.
ini adalah untuk membolehkan otot anda membaik pulih.
lagipun lepas angkat berat especially for the first timer, otot anda akan sengal, lenguh dan sakit barang 2, 3 hari.

badan yg berat dgn lemak adalah kurang membakar lemak.
badan yg berat yg sama tapi lebih otot akan consume more energy ending up the need to tap from the reserved energy iaitu lemak yg tersimpan di dalam badan kita.
MAKA
perlu bina otot to make sure more calories terbakar.

okey
itu saja tutor pasal fitness ni hari, hahahaa.
saya masih belum jaya buat jadual yg mantap,
tapi saya ke gym sekurang-kurangnya 3 times a week,
and spending skurang-kurangnya sejam per session.
jika diukur pada kiraan bakar kalori pada display stationary basikal itu,
untuk minggu lepas, average, saya membakar 450 kalori sehari.
and i hit new high pembakaran kalori iaitu 710+ per hour.
so, that's my achievement selepas 2 bulan cobaan untuk beriadhah ini.

my failure so far?
saya malas weight training since i am able to do an hour cardiovascular session tanpa henti.
but i hope i can psych myself into doing it religiosly just i did my cardiovascular session.

akhir sekali, disclaimer.
saya bukan pengamal perubatan bertauliah mahupun pakar fitness.
jika ingin lebih klarifikasi, sila berjumpa mereka yg mahir,
apa yg tertulis disini adalah merely my intrepetation.

Friday, July 9, 2010

madcon-beggin'



madcon-beggin,
lagu ini sedap, so sila layan

makan bersama keluarga semua lebih nikmat

tajuk berbunyi lebih lebih aje kan, hahaha

ini adalah seolah sama dengan chocolate volcanoes, cumanya lebih mudah nak buat, dan kurang lemak digunakan
namanya chocolate cobblers dan ada yg claimed namanya chocolate pudding,
kawan saya bernama azareena yg search the recipe, and here i am, trying it out, :)

recipe di sini

by the way, rasa wise, it sort of lebih manis, macam ada kekurangan sesuatu yg i cant place my hand on.. but averall it is a success in terms of presentation, simplicity, bahan yg lebih sikit, so it made up for what's lacking i must say.

cubaan kedua mac and cheese yg tak berapa sedap, rasa seperti getah terbakar, mungkin terlalu teruja letak pelbagai jenis cheese membawa kepada downfall rasanya

stret from the jar sauce yg diwarwar sedap untuk buat pasta bakar.. juga biasa biasa saja despite rupa yg macam sedap dan pine nuts yg bertaburan..
itu saja frens.. till then peeps


Monday, July 5, 2010

ibu saya seorang cyborg

sabtu lepas, ibu saya telipon saya..

ring ring - trus gossip gossip..

tipu, tipu.. ibu saya cuma bercerita. dia mana pandai gossip..

dia kata, adik bungsu saya patah hati..
kesian..

trus ibu bercerita dari 'a' sampai mm 'x' kot, sebab tak sampai 'z' perbualan kena potong pendek..
masing masing ada komitmen..

trus saya teringat hubungan saya bersama ibu sedari kecit..

saya dan ibu punya kisah yang panjang..
maklumlah saya anak sulung, kisah ini panjang lebih berbentuk pengalaman dari jangka waktu..

saya dan ibu kurang hubungan yang organik.
mcm cium cium busyuk busyuk sayang mama.. hahaha
sebab saya brutal dari kecit, misti ibu pun malas nak busyuk busyukkan saya,
namun ibu tak pernah juga busyuk busyuk anak yg lain.

ibu saya sangat suka menyendiri.
dia suka duduk sorang sorang dan diam diam,
ibu slalu kelihatan 'spaced out',
kadangkala kami adik beradik biarkan ibu termenung sendiri..
tak tahulah kenapa kitorang begitu,
prangai ini bawa ke tua..
kami pandai buat dek tahap dewa walaupun kejadian hebat berlaku disekeliling kami.. sumpah tak tipu.
tak caya cuba kau kentut busuk gila tepi aku, sure aku boleh buat muka sposen, sebab tak mahu jatuhkan air muka si pengentut. (kluar tajuk, aku tahu)

selain dari itu,
ibu saya juga seorang pessimist tahap dewa.
masa saya depan ke sekolah mrsm,
ibu berkata, yg saya harus blajar lebih rajin kerana bukan saya yg paling pandai di sekolah itu nanti, hahahahaaaa.. betul tak saya kata dia pessimist. but she was darn true..and truthfull.
tapi sebab saya degil, saya tak dek aje nasihatnya, dan trus malas belajar, hihiii,

kalau sakit pun,
ibu saya bukan seorang yg akan lap kan tuala basah ke dahi,
atau checked delapan kali semalam..
saya semput tahap kaput mengah mengah macam ikan di luar tangki air jua ibu slamba,
mungkin kerana ibu tahu saya seorang survivor, haha
kalau stakat chicken pox, ibu juga bukan seorang yg akan mengamalkan pemakanan berjaga,
sebotol bosa kicap aku bantai masa tuh, tak de pun ibu kata 'jgn jgn nehi nehi, nanti parut,'
saya juga pernah terkoyak di antara jari ketika bermain handball di skolah,
balik ibu tak de belek pun jari kita,
sebab pagi tu sbelum pegi skolah, gaduh dgn ibu sebab tak dpt pakai sluar yg cantik untuk main handball.. T-T
by the way ibu, i got 3 stitches for that.

ibu pernah hantar kad 'good luck' masa saya form 2,
saya siap tak percaya langsung itu yg dia hantar.

ibu slalu jadi 'bad cop',
ayah pula slalu picked 'cool cop'.
ada masa rasa ibu langsung tak cool,

NAMUN

ibu saya seorang cyborg,
saya tahu ibu cyborg a little too late.
bila saya meniti usia antara lewat remaja ke dewasa..

bila saya silap pilih,
ibu was there,
temankan saya,
suluh jalan pulang,
ibu suluh tak pakai lampu picit,
ibu suluh guna tenaga cyborgnya.

bila saya gaduh ngan my 'then' boipren now habidud,
boipren itu slalu hush hush geng geng sama ibu,
mengadu jiwanya kacau di porak peranda dek anak sulungnya ini.

bila kita bantai pi called UK,
merendek gatai2 lap u lap u,
ngan then boipren now habidud,
dan bill telipon cecah 2 ribu,
ibu sabar saja, beri leeway.

banyak lagi kisah cyborg ibu sbenarnya..
tak terpikir dlm masa mnulis nih.

it takes me being a mom,
to understand ibu cyborg saya.

mama,
i wouldn't have u any other way,
maybe me understanding u,
is kinda belated gift or something.
but,
it's great between us now..
:)

and you're great beyond words,
just being yerself
kalau saya masuk syurga,
saya harap mama sudi payungi saya dgn tapak kaki mama.

Tuesday, June 29, 2010

fitness me silly

okay,
tajuk bertajuk sedemikian kononnya nak ikut all the 'dummy' version punya bukulah.. haha

i nak hapdate perkembangan fitness i disini,
walau mungkin sorang pun tak amik port, haha..
tapi i akan buat juga.

i start ke gym pada 2 may lepas kan..
skang sudah ujung bulan june..
stakat ini,
i berjaya hanya menguruskan 1 kilogram, (dlm bahasa banjarnya kelo, haha, accent jgn lupa beb)
memang sikit ajekan, itu pun mcm segan2 aje nak senget ke kiri tau jarum penimbang itew..

TAPI
secara keseluruhannya,
i berjaya, bilamana ukur lilitan bahagian2 tertentu badan i di ukur,
MENGURANGKAN
11 CM jumlah keseluruhannya .. hihiiii
pinggang paling banyak kurang iaitu sebanyak 3 cm, chechecheh, warwar habis.
alaa
masa i ukur first time tuh,
i tengah bloated,
nak period..
i ukur next timenya, i pastikan i dah period siap2
tpi tak kisah le, nak gak ngaku gitu.

selain dri itu,
i juga rasa pakaian menjadi semakin loose fitting..
:)..
dan stamina bertambah.
skang kalau stakat nak kayuh beskal dgn resistance tinggi, up and down..
satu jam itew kacang saja dong..
kalau nak lagi hebat, i nak kata kacang nganyin saja (hahaha, lawak bosan ah kau ni)

mungkin antara penyebab,
lelemaks i tidak meltdown dgn gaya cairan glasier atau snowcap di gunung fuji,
bilamana suhu dunia semakin tinggi ini (okay, fine, tak kena mengena)
adalah kerana gaya pemakanan i yg tidak berapa berjaga..
i tibai saja all the masak lemak, deep fried bagai..
mungkin restraining power i sdikit lemah disitu..
BUT
i dah jarang mentekedarah dah..
sebab bila pikir sejam beskal bakar 600+calorie saja..
adus, letih betul

tapi bila pikir yg lemak ini terkumpul dalam masa 10 tahun,
i rasa i perlu lebih sabar,
lagipun i tak dpt masuk pun biggest looser and tak dpt trainer yg body 'taut' nak jerit2 kat i
bangun! angkat bontot! kayuh beskal! jgn makan muffin!
:), theheheee..

tapi yg pentingnya,
saya berharap dpt menjalani kehidupan sihat ini berpanjangan..
for many years to come..
kalau tercapai cita2 utk dpt berat badan ideal sekali pun,
moga saya akan tetap rajin pergi gym juga.

ps - habidud crank all the weights, kurang cardio
saya lak bercinta ngan stationary bike but kurang buat weight training,
dia dah turun 4kg.. guys and their muscle, disadvantage for women..
oh, biceps and triceps habidud smakin prominent. jeles.

Friday, June 25, 2010

SO BATAK

Dulu kan masa skolah,
sure semua orang terlibat dgn bahasa 'slanga'
mcm kalau zaman aku, adalah cool kalau dpt uttered


'taik!'




nak ke mana?
ke laut..







korang paham la kot,

kalau macam budak skang




wtf!





begitulah kekdahnya.







si Hidayah budak tuisyen tuh suka cakap

so batak..

maksudnya mcm nak kata kampung gila, mendenya, itu pun tak rereti... paham maksud penggunaannya?


hari ni hari terbuka skolah yassmine dan soraya.

aku pakai baju kurung raya, colorfull gila...

kemudian pakai stokin belang2 dan pakai kasut wallabies warna dusky pink,
kenapa jgn tanya, mungkin malas nak kluarkan kasut lain, nampak kasut tepi pintu main sarung saja.

tanya dgn soraya, OKAY TAK?

dia jawab sambil mengeja S . O . B . A . T . A . K

boleh?

tsk tsk.

p/s - kepada semua, maafkan jika tidak menjawab komen. withdrawal computer skarang ini. weaned off game in fb, melihat komputer juga malas. but all comments appreciated. and everybody is love, always.. matilah mak buat konfesyon jiwang.

Tuesday, June 22, 2010

yassmine

ini cerita yassmine.
anak dara sulung saya yang berusia 9 tahun tuh..

CERITA 1
hari peksa semester 2 yg lepas.
saya berlegar di sekolah kerana soraya (anak no 2) sakit perut,
nasib baik berlegar-legar tunggu.
dia muntah kat atas meja.
kesian.

saya tunggu di luar kelas.
duduk tepi koridor sambil baca buku.
waktu rehat dah nak habis,
loceng dah bunyi, budak pun dah beratur.

nampak 2 orang pengawas lalu..
seorang bertudung, seorang tidak..
tetiba datang lalu dekat kita.

pengawas bertudung - acik, acik ni ibu yassmine ye?

kita - ha'ah (sambil senyum)

pengawas bertudung - acik, yassmine tu baik, tapi kan........DIA SUKA MINTAK MAKANAN SAYA..

kita - ha?.. ye ke?.. (dlm hati tergelak-gelak).. nanti acik tegur dia, ni sapa nama?

pengawas bertudung - edrin..

hahahahaaaaaa.. kelakau..





CERITA 2

cuti semester,
anak2 kita sebok nak pi tidur rumah acik lina.
rumah acik lina ada wii nintendo,
syiok oooo..

kita siap packed barang dorang.
pesan berbuih-buih
adab tumpang rumah orang
sambil tuh suruh kemas lemari baju dorang,
mcm sarang tikus, kena denda skali basuh pinggan slama sbulan -sebab lemari sepah le-..

hari jum'at tiba, kita pun hantar mereka tinggal over the weekend.
sampai rumah sindri rasa sedih lak
sunyi pulak rasa bebudak 2 ketul yg tua tu takde,
tinggal ngan nadrah saja..

bila malam pun telpon


kita - min, rindu tak?
min - rinduuuu
voice over suara midon laki lina - mana ada rindu, tipu!!
min - alamak ma, sbenarnya kan, kak min tak rasa apa pun, rasa biasa aje

ampeh, trus ilang rasa sedih and malas dah nak call sampai le dorang pulang hari ahad.


itu yassmine.
anak saya yang paling resemble saya dalam pelbagai segi.
tapi dia anak papa dia.
no wonder habidud can stand me, he even can stand miniature of me.
even i cant stand miniature of me, hahahahaaaa


but i die for my kids.... that's momsy love ..
walau bebel, jegil mata bagai..
sampai hati grounding mereka dan denda..
kengkadang cakap something i regretted (but i usually ask for forgiveness and give reason why i turned balistic)
i always turn softy at a point..
always...

Wednesday, June 9, 2010

my thinking hat..... is sucks

i was on ke'poyo'an
tiba2 mcm hendak cerita mengenai budaya hiphop..
dikeranakan tadi watched 'showdown'
alaa, rancangan breaking breaking b boys itew..
sronok weh..
sgt menyeronokkan..

teringat issue habidud at one time,
suatu senjakala lalu (once upon a time gaya aku la nih intro kononnya)
cerita pasal skinhead malaysian yg pi punggah makan dari tong sampah..
kononnya so into penghayatan skinhead original.

BUT

habidud kata there's a reason skinhead being such.
memang takde makanan nak makan la tuh.
mana ada orang saja makan from dumpster
kau nak ke bedah?

begitu juga being racist,
culturally mmg ada sesuatu di negeri mereka
yg menyebabkan mereka tidak menerima orang luar.
aku pun tak paham, aku bukan german nahupun german shepherd (hah, got u there)

so tetiba malam ni aku berpikir pasal budaya hiphop.
yg nyatanya budaya ini budaya african american.
the rythm, the lyrics,, secara asalnya menyatakan mengenai apa yg mereka rasa..
kehidupan susah, suppressed, depressed,
unsur dadah, jenayah, hope, angst..

mcm lyrics eminem (song - soldier)


Yo', never was a thug, just infatuated with guns,
never was a gangsta, 'til I graduated to one,
and got the rep of a villain, for weapon concealin',
took the image of a thug, kept shit appealin',
willin' to stick out my neck, for respect if it meant life or death,
never live to regret what I said,
when you're me, people just want to see,
if it's true, if it's you, what you say in your rap's, what you do,
so they feel, as part of your obligation to fulfill,
when they see you on the streets, face to face, are you for real,
in confrontation ain't no conversation, if you feel you're in violation,
any hesitation'll get you killed, if you feel it, kill it,
if you conceal it, reveal it, being reasonable will leave you full of bullets,
pull it, squeeze it, till it's empty, tempt me, push me, pussies,
I need a good reason to give this trigger a good squeeze


saya mungkin tak well verse dalam bahasa slanga,
saya pun bukan rapper,
and hanya occasional music lover
tapi secara kepahaman from stret forward wording of the lyrics,
lagu ini adalah ganas..
suka akan senjata api..
sgt pissed tunggu masa saja to be provoke..


saya tak kata salah jadi rapper..
sebagai contoh as a person..
saya suka akan personaliti joe flizzow..
he's a thinker cool different convicting menyakinkan kind of a person..
pada saya dia lebih hebat dri bebudak yg grad from school of AF..


and b boys pun..
it's cool to being able doing power moves..
lompat lompat pakai tangan sebelah..
mcm tangan tu kaki beb..
hebat sungguh.


hiphop, rap ini..
tertariknya kita kepadanya adakah kerna..
kita penuh dgn angst
atau
kita ikutan saja?
atau kita boleh saja kata
it's only a type of music for god sake..
hahahaaa.. kenapalah nak pikir lelebih..


by the way,
lagu too phat, joe flizzow bukan pasal keganasan pun..
aku aje tetiba terlebih pikir..

Tuesday, June 8, 2010

reviews

from the last time, saya review buku bacaan, saya baca lagi another 3, seperti di bawah.

finally, saya menghabiskan baca all three books, the last one sure is better than the second installment, and it's pretty sum up the whole story.

buku ini mengenai women in general. so, empowerment sort of. hero sdikit rosak akhlak, suka screw women (screw as in hanky panky, intimate thingy) but buku ini never try to pass itself as book of moral. buku ini cerita pasal lisbeth, she's different yet strong.. the kind of loner di skolah yg just dont fit..

saya sgt sukakan buku ini. it's thriller, labyrinthine, current, and culturally different.

buku ini better than the other book she authored (we are all made of glue). interesting, only that her style of writing not that the kind i am fancy of.

last but not least, buku ini adalah from the same vein as 'slumdog mliionaire'. so steep with indian cultures, way of thinking. mmg seolah-olah membaca their version of movie.
so, that's a wrap u guys.
and i think i breech the '15 books per year' yg pm mahukan rakyatnya membaca, heheee..
well , accolodates for me.. okay apa patting my own back
:)

i take these kind of viagra

Saya memang take some sort of stimulant in life..
kalau life tak de stimulant, mana best..
takde panache or some sort.
stimulant saya dtg dalam bentuk buku pelbagai tema,
mereka ini maha seksi, provoking, wanna tear them pages to pages..



saya nak beli buku ini, tolonglah, tolonglah


i like woman to be strong, and all knowing bila buat sesuatu, bila saya nak jadi macam dia?


saya nak buku ini juga, well, malaysia is so synonim with mahathir, like it or not.

saya baru menjinakkan diri dgn bidang menjahit, ada some cute stitches diajar didalamnya, menarik tau.


owhhhhh.. this is the sexiest of the bunch.. food, sex, food, sexy, nigella (tetiba, haha), jaime oliver, naked chef.. sgt taw, (nmpak tak betapa those vocab blend nicely, hihiii)



i own this now, but cant make my self starting to read it just yet. on other kind of mode, sebab baru lepas siap baca the last trilogy of lisbeth salander.. so mode kebajikan+politikus blum on lagi, hahaha



tiap bulan, my last month list of wanna-have-book keep on changing, sebab tergoda dgn buku2 lain pulak, :p

Sunday, June 6, 2010

Ini kisah benar

Dalam kita asyik rasa tidak berpuas hati the outcome of the society of today, and people of the world in general (refer to 'school of terror' and event that took place on ships in Israel -better says of lebanon- waters), i witnessed and experienced kebaikan orang pula smalam.

saya percaya things happened for a reason
saya percaya the first event is like the first rotating cog yg start a full scale motion of other events
ini adalah kisah 'series of fortunate events'


smalam, around 10.45pm saya baru perasan yang saya kehilangan wallet saya,
saya perasan kehilangannya di toll booth tatkala habidud meminta small change for paying the toll money.

i runsacked my non-designer bag (hah, mengakunya, haha), and there was no bayang of the wallet but hosts of other stuffs seperti helaian renyuk bill sudah berbayar, small booklet of menu from a pasta joint, perfume pemberian ita shadilla, make-up bag sponsored by drsinga (wah, terasa sepetti artist sponsored head-to-toe and on my duta-mode ke hapa, hahaha)

first instinct said i lost the wallet kat kenduri kawin,
u know the fabble of orang hilang pelbagai barang ketika sibuk menolong orang ketika kenduri,
but i never lost my sight of the bag walau ketika sedang bungkuskan nasi minyak untuk bontrot.

kemudian baru teringat yg saya singgah belikan air minum untuk keluarga kat imitation of 7 11 sbelum singgah di rumah adik di kota damansara selepas kenduri.
that was at 5pm or might be earlier.

asked bro in law to checked the kedai for us,
since kami takut kedai tutup sbelum kami sempat pusing and asked,
the kedai guy said no wallet left..
haiyaaah

after some discussion,
kami ambil keputusan pusing balik,
tanya the kedai runcit personally,
singgah rumah adik to checked one last time and kalau still takde terus buat report polis.

habidud said,
let's make a stop at pondok jaga and ask them first,
kerna i might tercicir while i opened the car's door waktu habidud dropped us near the entrance.

sepanjang perjalanan,
hati sangatlah restless..
leceh okeh ilang wallet.
masuk ini i lost count how many time i lost my ic..
mungkin 5 kali, seawal tingkatan 1 dah start ilang ic..
(ssaya tak pernah jual my ic to any PATI okeh, if u're wondering)

dekat pondok jaga habidud stopped his car
saya turun dan melangkah towards.

saya beri salam and a young jaga said
'dari muka akak ni saya macam kenal aje'

i said' aaa, adik ada jumpa tak wallet akak?'

'saya jumpa, saya naik blok ketuk tiap pintu tanya ini kawan sesiapa ke.
saya cuma kluarkan ic akak sebab nak tunjuk gambar, saya ada saksi tak ambil apa yg lain'

saya tak terkata rasa berterima kasih. he is really a nice fellow, berhemah dan cakap penuh sopan santun.

saya tanya jumpa kat blok mana?
he said blok B.
i said saya turun di blok D.

duit saya hilang but sikit saja. :).
i guess the 'legs' yg broght my wallet to blok B had a jolly time makan eskrem with that money,
guessing from the amount, nothing much they/he/she can buy anyway.

i said thanks again, and my habidud bukak pintu and bellowed a sincere thanks from the car.

kemudian saya tak puas hati,
teringin give a little back than just a thank you,
asked habidud kata nak belikan KFC
( saya tahu it's nothing, but it was really sincere from bottom of my heart)
maka cari ATM to withdraw money, none working since it is 12.00midnite.

singgah juga KFC and asked to swipe for a paltry rm12.75 bill
and they said sure can why not.
BUT
turned out off line but my bill had been tendered..
dorang kata (with a real good manner to boot) I had to pay cash kalau tidak 'short' and dorang have to pay for it.
i said i really have no money ATM all down.

finally the minah yg incharged the cash register said,
takpelah akak, kalau panjang umur, akak dtang bayarlah kat saya
yg ini biarlah saya bayarkan dulu.

wonders of humanity..
sgt sgt tersentuh..

pusing balik to the guard house,
handed the kfc..
the nice young guard segan and he actually lari from taking the kfc himself
(by the way, his awek sedang hantarkan dia makanan kenduri sort off, from the look of it)

when i was about to walked away
dia tanya dari kejauhan

'akak datang sini pergi mana tadi, rumah kawan?'

'tak, rumah adik' i answered.

'insyaAllah jumpa lagi' he said.

how quaint. perfectly perfect moment.


MY LESSON.

  1. buat baik dibalas baik. saya tahu pemuda guard dan gadis di kfc akan dapat balasannya suatu hari nanti ketika mereka dirundung malang. Allah maha tahu, kalau saya tak bercerita, there is no other soul out there would know bout the story pun. but i believe there's a mechanism beyond us yg akan make this a perfect pictures. it's the work of God. Devine mechanism.


  2. Pada malam tadi juga, I saw again habidud as the person i felt in love. he was so collected, cool, no finger pointing and patiently assisting. i done this so many time, macam masa dating, saya hilangkan the whole stack of thermo dinamics notes yg dia been complaining susah gila, ketika turun naik commuter. we just boarded the commuter back to the place kitorang naik commuter just to check, but the notes hilang, but he never scolded me. aaaaa, i love u beb.


  3. oh, rupanya ketika habidud berhenti ketika saya haru biru selongkar beg untuk cari wallet, dia baru prasan yg just after the toll booth, ada jpj yg menunggu. sesiapa yg pernah baca blog saya sedari awal, they'll know how morbid my husband is to jpj, hahahaaa.. maka, the incident itself, the time taken for us to justify and take action, jpj dah blah pun dari temat menunggu itu, few for habidud.


  4. self-reflecting. dri pagi i made min's and ammo target just because she made a small clumsy mistake. lepas to heading to kenduri, meeting with saudara mara and masuk kereta balik, i was questioning some saudara's anak yg do something that i wouldn't let my kids doing. BUT, who the hell i was anyway. kenapa i see myself fit to argue. baru hilang wallet, i lost a rational bearing of things. kenapa saya made min denagr saya nag sedangkan saya juga cuia. kecuaian bukanlah satu act yg disengajakan. mungkin God tried to remind me of that.


  5. lastly, sesungguhnya setiap kejadian buruk, ada kejadian baik yg berlaku. kehidupan is a system of balance. let just not lost hope just yet. kalau within capacity kita untuk berbuat baik, let us be.

wah, panjangkah cerita kau ni pagi, panjang gilaaa.

:)

Thursday, June 3, 2010

diskusi fitness

baked turkey drumsticks with garlic, lemon and rosemary.


sedap dan mudah.
beli drumstick di jaya jusco, score some lobangs padanya.
tonyoh masuk crushed garlic dan rosemary merata-rata dalam lobang itew, kemudian perahkan lemon diatasnya, taboq garam dan blackpepper, perap dalam petiais barang sejam.
kemudian hiriskan russet potato tak tebal tak nipis,
masuk dalam oven pada suhu 190' ke 180'c
barang 25 minit atau garing atau ikut suka le korang.. asal tak mentah.
oh, berbalik kepada tajuk topik..

saya sedikit konpius lagi heran, mungkin perlu pendapat para doktor seperti leha dan akak singa.


  1. perlukah saya hit heart rate minimum 120 ketika eksesais untuk mencapai tahap bakar kalorie yg sempurna (mungkin salah guna ayat, saya maksudkan pembakaran calorie yg optimum untuk jangka masa dan usaha saya itu, so, nak panggil apa ayat itu?)


  2. apa perlu saya buat untuk capai heart rate 120, lebih resistance atau lebih laju ( i mean cardio activities), kerana kadang2 saya tengok resistance tinggi, heart rate saya mencapai 133 tapi kengkadang resistance rendah pun capai juga 130++, atau kelajuan dan resistance naik turun bagi lebih beban pada jantung=heart rate lebih tinggi, bagaimana?


  3. betulkah idea saya ini, yg heart rate yg melangkau 120 = usaha pembakaran calorie yg lebih bijak.. kerana kepahaman saya yg calorie yg terbakar dlm, let say 20 minit saya berkardio may varied.

jika sudi, tolonglah jawab pertanyaan saya ini.

Monday, May 31, 2010

3.05

kalau p ramlee ada sbelah aku nih (than it wud be hantu, tak mahu ah),
he'll be singing me song 'pukul 3 pagi'
aku tak boleh tidolah.
kerana hari ini tidor awal.
maka terjaga pagi buta.

hari ini hari yang memenatkan ( ke smalam sebab today, is in morning wud be esok,)
mengemas rumah tak ingat,
membasuh pinggan sesinki besar (sinki dapur saya memang besar, saiz besen panjang bebi mandi itu)
keluar bayar bill,
lunching di kedai yong tau foo kegemaran,
tutoring budak one on one session,
sending and fetching kids,
masak dinner mee goreng yg tak berapa jadi sedapnya (why? mencik)
dan menjadi moderator pergaduhan kecil anak2 sindri...

serious tak tipu penat gila.

dan 'outcome'nya saya ponteng gymming,
habidud pergi seorang diri.
frust.
rugi barang 400 calorie yg perlu dibakar (i am now officially can managed an hour-non stop- cycling on a stationary bicycle, yeah)

dan skarang pukul 3,
on blog crash
mengadap blog orang dan membacanya skali gus...
backdated entri dan kepala penuh informasi..

dan skarang pkul 3,
pikir pasal politik,
khir toyo dgn hidung kilatnya dan ruddy pink cheek(i suspected dia pi facial, geli ah)
sammy vellu dgn tindakan kuku besinya sacked orang suka suki..klakar gila bila baca dianya defense point of doing so
n facial expression anwar ibrahim yg i take full of hatred.. i still dont get his purpose else than venging the way he was ousted out of political scenes..

n pikir jua budget takde nak borong buku di popular,
kad diskaun juga dah expired, perlu seret min ke popular dan gunapakai nama dia untuk barukan kad kerna guna nama student, kad lebih murah dan jangka hayat kad lebih lama (2 tahun untuk rm10, haha, such a cheapo)
by the way, dem u popular
awal bulan aje, letak buku2 yg mengiurkan di meja hadapan,
buat tak tahan nak beli hingga terpikir perlukah guna duit plastik( credit card chettiar moden tuh)

n now actually typing in gelap,
hanya guna cahaya skrin untuk nampak keyboard,
typo banyak gila and asik perlu betulkan
dem...

alemak,
lapar pulak..
dem,
mee goreng ada lagi, makan tabur bawang goreng sedap gak..
dem..
n think of it, takdelah tak sedap sgt cuma boleh lagi sedap, pecah telur sbiji and godeh sure sodap gilas...
hahahahhaaaaaa.

acah je,
saya tak akan makan..

saya nak tido ah..
apa ubat tido paling mujarab?
hahahaaa, dont ask.. 18 sg..
dem
mcm takde harapan aje..

gudnite and farewell.

Sunday, May 30, 2010

cheesecake blueberry

this is my first cake ever sold.
jitters and nervous okeh membuatnya.
first batter, habidud yg tolong pukul, sgt sedap.
second batter buat sindri sdikit mishap happened.


aaaaah, sgtlah wiken lepas diet ke longkang, kekejab bukak peti ais,

makan cheesecake, patut dinamakan chis kau ni kek! (dgn tanda seruan kerna marah, hahaha)