Sunday, January 10, 2010

the A,B,C of hantumakan. part 3

okay, mata i pedih2 lalat, sebab malam tadi tidak boleh tido bangun mcm biasa nak siapkan anak skolah. eh, baru aku prasan aku takde buat recaps pasal last year and shoutout akunya azam tahun baru, tak pikir lagilah, lagipun bukan dapat biasiswa pun kalau aku buat before dateline kan? MAKA aku delay ajelah ikut suka aku bila nak buat, hahahaha..

oleh kerana aku dah start, aku kenalah siapkan the A,B,C aku tuh walau azam aku suam2 kuku..

M - malas, dulu aku anak dara pemalas, atuk, mokcik and mak aku sangat tensen ngan aku, rakan bilik asrama juga, guru2 tak lupa, hehehe.. tapi aku rajin berkawan.. sgtlah terlebey.. skang? tahap malas aku dah kureng kerana laki aku rajin, maka malulah mak kan jadi surirumah goyang kaki, ngadala kan makan tanggung lepas tuh pemalas lak.. kang laki i yg setia beralih arah sambil pakat sebar cerca sana sini mak pemalas, sapa yg malu?.. i dan keluarga i jugak bakal malu.. oh, yg peliknya skang, i dah jadi pemalas nak berkawan, mungkin dulu hidup tiada hala tuju, maka kegembiraan mudah adalah bergebang dgn rakan2, skarang rakan2 juga sudah berfamili mana ada masa nak layan mak yg mulut murai yg dahagakan perhatian nih.. hahaha.. skang i kawan for kualitas, hanya mereka yg tahu mak berharga sahaja akan mak kawan, sapa yg budget2 mcm bagus tak nak kawan ngan mak, mak tak kisah.. i understand that if they cant find me valuable, maka mak tak valuablelah, buat apa buang karen dok mnepek tadah muka nak kawan, baik mak kawan dgn mereka yg tahu mak berharga.. hahahaha, panjangnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aku type.oh, juga untuk melancong dimana duit mampu membawaku, achewah.. hubby dude pernah pose question mahukah back-packing berduaan melancung sana sini?.. i sanggup, mungkin later in life le kerana mengenangkan skarang anak2 masih kecil, hubby dude juga sebok dgn kerjaya, maka mungkin bila dah 40+ baru nak terhegeh beli backpack dan packing nak jalan2, hhahahahaa.. masa tuh sakit pinggang, kahkahkah.. but serious.. looking forward.. kalau mampu ke angkor watt saja, kesanalah kitorang, or maybe chandi borrubodor.. tapi sgtlah ngada nak tepek muka ke greece nak tengok laut biru dalam citer 'the sisterhood of the travelling pants'.. but hey, it's not the place, it's the companion yg i crave for.. sebab tahu jln ngan hubby dude sure best, in fact pernah berangan perasan we make a good team untuk apa realiti tv yg kau travel sana sini for a hadiah tuh?..

N - nagini, cerita hindustan yg i ingat for now yg sri devi blakon sama apa nama kapoor clan tuh yg berlakon sangam tapi tak hensem.. okay, cerita ni sapa yg tak tahu best sebab minah tuh jelmaan ular.. okay, melayu term ular jadi-jadianlah kot, hahahaha.. okay, apa jadi kat sri devi dah lama gila tak berlakun tamil mahupun hindustan? mata dia besarlah, ular mata besar ke?

O - i seorang yg mudah obsess.. obses bunuh lipas, obses masak ikut resepi esp for the 1st time, obsess game dalam fb, hahaha, pelbagai obsesilah.. okay, kengkadang changinglah, ikut evolusi i.. takkan kalau dari kecik i obses tengok katun 'M.A.S.K' sampai besar i tengok lagi.. itu i mungkin ada masalah otak kan, hahaha, but pretty much i adalah creature of routine, walau pemikiran i unpredictable, but aktiviti and minat i sgtlah predictable, hehehe, obses tv, obses movie,

P - i seorang yg pelangut, dulu masa my ITM days, saya sgtlah suka termenung.. kalau tengah borak, if i felt like i need to stare at dinding for like 15second, i akan terbuat sambil lupa yg i tengah borak.. sgt 'paranormal' tau.. mcm body soulless ke hapa ntah.. tapi skarang adalah kurang kerana hubby dude juga kata begitu.. oh, poligami.. mlm tadi pillow talk adalah pasal poligami (eh, pillow talk apa yg kau borak atas pillow kan?.. bukan anything yg err kau cakap while.. err U-KNOW)i said if dia kawin 2, it's not about i'm againts poligami, but i dont get it 'why' since kitorang understands too much of each other.. and he said he will not get it either if dia kawin 2 pun since the 'why' issue will be too big.. then i said why org lelaki nak suruh bini paham yg dorang bercinta again and sayang another, sebab kalau bini yg bercinta ngan orang lain sure laki mereka akan meletup dan matilah bini and boipren dia kena tetak, and i kata awat lelaki kalau bini suka orang lain dayus and awat pompuan tak dayus kena main redha aje laki kawin 2..okay.. feliklah..

eh, nantilah sambung lagi.. walau entri lately sgt banyak merepek, korang bare sajalah.. hahaha

7 comments:

duatelur said...

mereka (lelaki) diberikan hak untuk berkahwin 4 jika mampu.... :-)

sedangkan wanita tiada peruntukan untuk itu... jadi, kalau suami u gatal nak kawin lagi satu... berikan dia syarat sahaja, jangan abaikan u... sebab u pun ade hak untuk menuntut hak u ketika itu... :-)

Allah tu maha adil...

Neny said...

Citer yg travel2 tu adalah Amazing Race ke? Tp yg itu bukan takat jln2, mcm2 pon kena buat.

hantumakan said...

2 telur - :), tahu.. hehe.. owh, since Allah itu adil undisputed, but people are not.. :)

neny - tengs, been racking my head pikir apakah-tajuk-reliti-tv-yg host-tak-hensem-tapi-best-tuh, hahaha... tahu mcm2 kena buat, paling heart breaking kalau tak funny~applicable only untuk couple yg gaduh for remeh things~ tengok couple gaduh seriosly and thinking of clashing/ceraiberai after the show.. sad..:(.

ibusinga said...

apasal anti sangat dgn lipas ni??
:)

kucingorengemok said...

aku rasa nagini tu org melayu panggil JIN ULOR, hehe... apa lagi yang boleh jelma² selain jin/setan kan?

lipas adalah wajib dibuat musuh abadi semua org, wahai ibusinga!

afendi ariff said...

aku pun peng-anti lipas jugak...heh!

hantumakan said...

ibusinga - hahaha, ada sebab musababnya tu

kog - woh, jin ulor, bunyiknya sgt ganazzz..

afendi ariff - mari kita tubuhkan kelab.. anti lipas sedunia..