Friday, January 1, 2010

Ikan Bakar Dalam Foil

Sempena Tahun baru marilah kita memasak. :).. resepi ni resepi ayah saya, dia suka masak gunakan ikan pari yang kecik tapak tangan tuh, tapi dgn ikan lain pun sedap juga .. laki saya, itu mantu juga sudah kenen resepi from my dad.. so, here it goes.. (oh, kalau ayah saya dia masak pakai daun pisang, ngehehe)



Ikan Bakar Dalam Foil



bahan bahannya

Seekor ikan ikut suka gembira tuan puan jenis dan saiznya
bawang merah, bawang putih, lada kisar, halia, kunyit, serai, ikan bilis, belacan, sedikit air assam,

ikut saiz ikan tuan puan, kalau besar sila banyak2lah, kisar semuanya sekaligus.

tumiskan bahan tadi, dan rasakan manis dan masinnya.
bila sambal sudah garing, matikan apinya.
sediakan foil, letakkan ikan diatasnya dan sudukan sambal tadi di bawah, di atas dan di dalam ikan tadi.
lipat foil dan bakar di dalam kuali, nak bakar dalam oven or bbq juga boleh, sukatilah labu. oh, sila guna api kecil, dan biarkan dia bakar steam di dalam foil itu.
bila sudah masak, silalah perahkan air limau kasturi dan silalah makan dgn nasi panas panas kalau nak meratah pun boleh, ikan awak, sukati awaklah nak makan macam mana.


mudah bukan.. :)

bye, i tetiba sakit perut, misti sebab mkn banyak sgt ikan malam tadi, hahahahaha

selamat tahun baru.

3 comments:

afendi ariff said...

mcm ikan bakar portugis je ni?

MK said...

hmmm good idea - ada byk ikan pari fresh dlm fridge. thanks!

hantumakan said...

afendi - aku sbenarnya nak cakap sama, tpi takut lak ada orang portugis yg marah sebab aku tak berguru ngan diorang, aku blajar dri bapak aku yg jawa aje.. tpi rasa almost the same.

MK - ikan pari yg kecik tuh mmg paling best buat nih.. tak tipu. slamat mencuba.

tetiba nak buat bergedil salad ikut resepi awak and idea kawan awak, mcm sedap aje bunyi dia..