Thursday, April 29, 2010

award friendship



saya dapat award ini dari kawan baru, nama dia Jamie. dia masak, perrgh, leleh dek tengok... gambar terbaru adalah gambar sambal tumis petai, boleh roboh iman dri diet sihat.. hahahaha

by the way, tengs jamie.

(a) COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD
saya dah buat, saya dah buat

(b) BERI TAU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI
Award From Jamie

(c) KENA JAWAB 10 SOALAN DAN SETIAP 1, DENGAN 5 JAWAPAN... banyaknya!!!!!!!!!

(1) FIVE NAMES THAT PEOPLE CALL YOU :

1- Nama dalam ic le, nama kita pendek aje, jarang orang lagi pendekkan, kalau they did, aku felik, hahaha
2 - nama manja kat umah, mak ayah panggil, malu aaa nak tulis.
3 - ting tong
4 - pompuan
5 - mama

(2) FIVE IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE :

1 - tarikh lahir ahli keluarga
2 - tarikh couple
3 - tarikh kawin
4 - tarikh peksa/sukan/kelas ganti anak2
5 - tarikh kalau ada orang kata nak blanjer makan, hahahahaaa

(3) FIVE THINGS YOU DID YESTERDAY :
1 -ambil anak balik skolah
2 - hantar anak pi skolah balik
3 - pi kedai buku popular, melanga
4 - treat diri and nad makan di pasta mania hahaha
5 - tuisyen kanak2 ribena

(4) FIVE WAYS TO BE HAPPY :
slalu senang aje nak hepi, tapi ni kira kalau nak buat really2 happy okeh

1 - dapat K-mix, pedometer, dslr dan pelbagai barang impian lain, hahahaaa, kalau bagi smeg, buat sommersoult(tak reti eja la)
2 - dapat jalan2 makan angin
3 - dapat romantikus ngan habidud di tempat tersorok (apakah maksud ayat ini, aku konpius, salah convey nih, haha)
4 - dapat anak2 yg berjaya dunia akhirat
5 - dapat jadi orang paling berkuasa dalam dunia.... tetiba, hahaha, kata apa buat hepi kan tadi, hahaha

(5) FIVE FAVOURITE MOVIES :
1 - citer yg plotnya twisting giler - usual suspects
2 - citer dysfunctional -american beuty, darjeeling limited, empire record
3 - citer serial killer - seven, natural born killers
4 - citer sweet - up, notebook
5 - dem, aku tengok sumer sbenarnya, hahahaaaa

(6) FIVE FAVOURITE HOBBIES :
1 - makan/masak
2 - membaca buku citer/masakan
3 - belajar mende baru
4 - main game, hahahahaa
5 - merayau-rayau

(7) FIVE FAVOURITE PEOPLE :
1 - best friend/kawan sparing/kawan gaduh/kawan confess/kawan paksa dengar umpatan = wedded husband
2 - anak2 - :D
3 - keluarga, mak ayah, adik2
4 - paulo coelho, hahahaaaaaaaaa n other authors yg buat books interesting and spreading of goodness positivity of thinking ke orang lain.
5 - sapa lagi?... kawan2 adammaya, eh salah, alam maya saya.. :D

(8) FIVE FAVOURITE PLACES FOR VACATION :
1 - greece - terpengaruh ngan the sisterhood of a travelling pants
2 - johor darul takim - biarlah aku nak over, hehe, kampung aku
3 - lokasi menarik di serata tanahair - cameron, melaka, ipoh, langkawi, trengganu, kelantan
4 - famous islands - bali, phuket
5 - ostlolia(australia) - sebab doktor singa nak kerja sana, hahahaaa, boleh bunk free.. opoyo, sgt menyebok okeh


(9) FIVE REASONS YOU ANSWERED THE SURVEY :
1 - aku sporting, hahahahaha
2 - aku mmg suka buatt ag, tak dosakan..
3 - aku banyak masa melagha, hahaha
4 - jamie kawan baru, :D , mengeratkan silaturrahim..
5 - ahkak tersentuh ngan award ini..

(10) FIVE PERSON TO TAG :

tokmoh aaaaaa.. hahahaaaa

sekian terima kasih. :D

tengkiu doktor.. :)




Saya dapat parcel ni hari.. :)
Saya dapat parcel pemberian seorang kakak senior tempat saya belajar.
Lawa okay hadiah dia.. :)
dri stripy (beg lama) ke polkie,

terima kasih dr singa.







ps - kita dah isi penuh-penuh ngan barangan termasuk tiket zoo taiping tu juga.. hahaha

Tuesday, April 27, 2010

what's our right? do we know the law...

pernah tak terpikir bila diri sindri have a brush with law.
mungkin terlanggar orang atau tertikam orang.
atau terbawa barangan haram milik orang lain tapi kita yg kena tangkap, that kind of thing yg kita rarely terpikir will happened to diri sendiri.

macam kat usa ada miranda's right.
korang tahu tak sebenarnya miranda tuh fellon, dah mati pun
tapi dri dialah all the cons mendapat hak2nya...
so, kalau kat malaysia nih ada ke hak hak Dollah..
get what i mean?


macam kalau kau masuk lokap.
layakkah kita to demand for 'the one phone call'
macam kat cerita 'the practice'
or 'law and order'
aku tak rasa ada mende macam tuh kat malaysia.
i think if u demand for one..
the policemen just look u in puzzlement.

or macam 'i demand to have my lawyer now. this conversation ended right here'
or perlukah mereka punya waran untuk geledah kereta/boot kita apabila kena tahan di road block.
aku juga rasa tidak..

so,
what's really our right
aku harap kita tak terlalu terpesong dgn law and order of cerita amerika syarikat yg aku rasa tidak applicable di negara kita.
tapi kena tahu juga how it works here.

tetiba rasa kalau buat jahat kat tanahair ini,
takde much right for mereka yg jahat2..
tapi bagaimana pula jika kita tidak bersalah
atau terbuat jahat under certain circumstances...

i hope we have some right to justice

Monday, April 26, 2010

sekali hujan melanda

sekali hujan melanda
habis semua buku dalam bilik basah..
dem

tabi'i - tingkap bilik always terbuka. rumah atas, maka boleh berangin selalu
selalu jadi - bila hujan tropika melanda, habis basah semuanya.

tabi'i - sepah2 buku tepi lantai katil, kat dresser, akhbar, magazines, buku citer, buku recipes, buku revision anak2 yg saya pinjam
selalu jadi - well this is the second time my stack of books basah lencun.. dem

skarang buku2 berangin kena kipas..
it wont look as pristine it used to be, dem
one of my newest, a thousand splendid sun -by khaled hosseini,
wet wet wet.
dem

lapar juga
dem

Sunday, April 25, 2010

compassion ke confusion?

Saya suka baca akhbar.
Saya suka baca akhbar 'The Star'.
Saya suka baca akhbar 'The Star' kerana ia neutral.
Tidak berpihak pada mana-mana bentuk propaganda mahupun slander, atau apa jua bentuk provokasi.
Lagipun saya tidak suka akhbar yg tabloid-like, atau suka mensensasi,
let's call a spade a spade, shall we?

Namun, kerana liberalnya akhbar ini, sabtu lepas kluar berita ini.

Dia Shahrul Anum. Ya, dia memang seorang Muslim. Ya, yang dia pegang itu seekor anak anjing, salah seekor dari 16 ekor yg dibelanya.

Ini adalah petikan akhbar yang saya ambil gambarnya.










mmmmm.
Kenapalah orang melayu Islam skarang ini sungguh pelik.
Saya peliklah the approach they take sometime.
Saya tak layak nak ceramah mengenai Shahrul, saya juga muslim yg sedang belajar memperbaiki diri..
tapi she is really making me wondering.


Saturday, April 24, 2010

esenmen lyacolors - beg mekap

tu hari lya colors bagi esenmen
walau saya sudah tidak si pesolek tegar, and kebanyakan alatan mekap saya adalah relic masa zaman kita rajin color muka..
sebab kita sporting, layan ajelah


TAJUK : INI BEG MEKAP SAYA. ISI BEG MEKAP SAYA TAK BANYAK. JUGA BANYAK BARANG FREE DALAM BEG SAYA. KALI TERAKHIR SAYA BELI MEKAP ADALAH WAKTU WAREHOUSE SALE DI DEPAN KAWASAN RUMAH SAYA. SEKIAN TERIMA KASIH

ini beg mekap saya. dah buruk lagi maha capuk, saya dapat ia percuma tatkala saya menang pertandingan dalam majalah 'DARE'. majalah itu sudah defunc kerana syarikat publishernya sudah gulung tikar. frust. oh, hadiah yang saya dapat adalah hamper Elizabeth Arden berharga rm800, yippie, happy tidak terkira.
ini isi perut beg mekap saya.


ini bedak saya. belah kiri beli di warehouse sale loreal. belah kanan dah lama gila still tak habis-habis.

ini eye shadow saya dan blusher. yg kiri adalah silky girl dan yg kanan adalah Elizabeth Arden, si barang free, hehe



maskarat eh bukan maskara juga beli di warehouse sale, boleh buat bulu mata jadi bulu pelepah burung, begitu tebal dan lentik lagi, cheh, dulu pasalnya bercita-cita nak tulis tagline untuk iklan tapi tidak habis belajar.




ini berus berus lama saya. yg merah itu blusher brush-clinique, yg putih itu berus bibir dan yg itam itu berus eye shadow-mark and spencer kot, kot la lupalah sebab dah lama gilaaaa






ini segala mala kena mengena dgn bibir. lip balm paling kanan body shop, pencil like lippie andgloss paling kanan adalah barang relic, ditakuti jika masih mahu pakai boleh buat bibir bengkak, hahaha
lippie gemok itam itu adalah lippie free Elizabeth Arden juer, and sebelahnya yg warna itam itu Bobbie Brown juer barang free menang dri magazine Malaysian Women's Weekly. the rest adalah beli sindri okeh. oh, gloss dkny perpel itu pemberian hubbydude satu set dgn perfum





ini tiket zoo taiping, hehe, ntah naper masuk dlm beg mekap, musykil gilaaaa.




sekian terima kasih.
p/s - dah cakap dah banyak barang free dlm beg nih, hehe..


Friday, April 23, 2010

streamyx mcm haaaaaaaaaaar@$.. maka harus ulas tentang buku.. :)

setiap hari saya akan bangun dan membuat kerja-kerja pengurusan.
bukan pengurusan kuruskan badan. (tak baik taw)
tapi menguruskan zoo, kebun, cafe dan pelbagai aset perniagaan i, (hikhikhik)
tapi minggu ini internet seakan labi-labi, lambat okeh,
kura2 galapagos pun ada, dia lambat tapi panjang usia and err low libido, tak caya pi wiki.. (agaknyalah kalau ikut memori bacaan aku nih)

and tadi i read in paper,
talian internet bakal sangat akan terganggu,
kerana kerja-kerja naik tarap ke hapa ntah
starting today till 2nd may,
tai* kuceng betul..

oleh itu aku memilih untuk review buku2 yang aku baru baca untuk bulan April.

buku ini sumpah best, macam tengok cerita wayang, tapi dalam reading version.. u actually boleh berangan scenes wayang sambil membaca. unputable. aku stay up reading this one, walau mata seperti hendak pecah dan kepala tepu dgn ayat-ayat, i keep on reading it.

oh, sure ada tapi, well, starting cerita ini sdikit penuh dgn all the business jargon, oleh kerana aku hanya seorang surirumah dan tak pernah minat baca section business dalam akhbar, aku sdikit terkial-kial..

cerita ini juer ada 2 stories interwining as the main plots.. the more interesting plot, habis 3/4 way tru the book, and the real ending for the other plot somehow a bit pale to comparison. and ada juer minor plot within the plot, mabe kerana buku ini trilogy, maka the foundation of the next book needed to be lay out in the first novel.

i am quarter tru reading his second novel, oh, sadly, the author sudah mati, sooo, there's only this trilogy under his name.

ingat the orchird empress yg saya kata best itu?. ini adalah the sambungan after she jadi the backbone of china monarchy.

buku ini adalah a big let down kalau compare the first installment. gaya penulisan yang agak rushed, a bit text book like, a little too research-like kalau cakap pasal the content of the book, i understand we are talking about a historical figure, but the author manage buat the first book interesting, almost fiksyen, tpi yg ini less. mmmm

nonetheless, it's an interesting way to learn bout the china history and their struggle tatkala dicerobohi oleh kuasa barat, sambil baca, sambil reallign dgn cerita 'once upon in china' tetiba terasa macam ada jet li dalam buku (okay, abaikan)



oh, sambil ke kedai buku , sambil window shopping, belikan saya t-shirt smurf ini, hahahaha

masih tidak mampu hendak beli buku chin peng, chis, bulan depan nak beli buku tony buzan, so how?.. sampai tua la nak baca text book ini.. hehe



oh, negeri terchenta.... so, die-hard johorian, plis take note, there's a book bout johor, okeh, hehehe
sekian saja ulasan saya. saya juga telah tengok cerita 'the lovely bones' directed by peter jackson the 'lord of the rings' director itu.. well the movie is quite engaging, but looking at the tone, i'll stick to the movie and will pass reading the book.. :)








Thursday, April 22, 2010

ustajah, ustajah

ustajah, ustajah.. kenapalah bagi partial info pada budak2 blajar.. mmmm

ceritanya begini..

yassmine si anak yg daring - ma! (terpacul kepala dari balik pintu biliknya)
ibu yg dah kurang garang sebab hormone dah stabil - mmmmm
yassmine - BERSETUBUH tu apa?
ibu - (pausing kejab)... kenapa tanya? sapa cakap pasal ni?
yassmine - ustazah
ibu - topik apa?
yassmine - kat skolah agamalah ni
ibu - ye lah, pasal batal air sembahyang ke, apa?
yassmine - pasal berhadas besar. ustazah kata bila dah besar nanti tahulah.
ibu - habis tu ustazah tak terangkan ke?
yassmine - tak..
ibu - (after thinking while having a conversation)
choice one - it's how i got u, - tak jadik, nanti kena jawab lebih panjang
choice two - nanti tahulah sindri - tak jadi juga, irresponsible answer, woundnt want she know from other people, baik aku yg tukang bagi tahu
choice three - bila lelaki perempuan dewasa, tidur sama2, diorang buat sesuatu, itulah bendanya -aku rasa acceptable for now, tidak too graphic and need not telling too many details, until needed further later.




nota bulukaki - dalam paper yg aku baca, ada tulis seorang anak yatim yg tinggal di rumah anak yatim berusia 14 tahun, mengatakan dia diperkosa oleh rakan sekelas pada waktu rehat. lokasinya adalah kantin, padang dan bilik darjah. dia mengandung sebulan dan di dalam bahagian sulitnya ada sebatang pensel sepanjang 4 inci. perkara perkosa2 ini berlaku hampir sebulan. kawasan kecil berlakunya kejadian dikatakan di Rawang.

aku takut okeh nak besarkan 3 anak dara. Ya Allah, tolonglah pelihara mereka. tolonglah beri aku petunjuk untuk sentiasa peka pada perubahan mereka. jauhkanlah orang2 prangai tidak senonoh dari mereka, atau pekakanlah mereka pada jenis manusia yg boleh dibuat kawan atau tidak. aku berdoa bagaimana pusing pusing pun jalan hidup mereka, semoga mereka sentiasa terpelihara.

kenapa concoction hormone pengaruh mood saya

pagi tadi habidud kata dah 5 hari saya serious.
saya 'serious' is a baaaaaad thing.
almost like a walking ticking about to explode explosive.
merbahaya.

he asked me to go out.
take a breathe of fresh air.
memang dah seminggu saya hanya keluar masuk rumah hanya untuk mengurus anak2 pergi balik sekolah sahaja.
i am tired being coop up, but i didnt do anything bout it.

hari ni saya keluar ke taman.
tengok tiang besar bendera yang bendera selangornya frayed tapi berkibar jua.
tengok nad berlari-lari dalam bentuk pusingan sambil lihat burung terbang.
well, from her point of view, that's really astonishing, mungkin kerana dia tidak boleh terbang.

and then we had a karipap (okey fine, orang johor, epok-epoklah) seorang satu
and kongsi sipped teh 'o' ais segelas.

went back sambil singgah petronas nak check ATM but the ATM machine kaput
masuk kereta and noticed my pants had a bloodied spot.

finally, i have my monthly period.
tiba-tiba the dark passenger inside me terus saja hilang
tetiba mood saya yg garang gila gila gila terus rasa way better
tetiba hari yg mendung suram nampak seolah menjanjikan perkara2 best
dan sekarang saya rasa seperti hendak masak sedap2 untuk anak2 saya yg bakal pulang sekolah to make it up untuk mood saya yg selama 5 hari seolah-olah singa lapar dan asik get freaky annoyed easily.

why hormone
i am at yer mercy.
for the whole week, never once saya guna ayat 'maybe nak period kot'
but it turn out might as well i blurted that out..
kerana ia seakan benar.
sigh

Tuesday, April 20, 2010

ini kereta vintage weh, nak satu boleh?

fine, salah satu kelemahan aku ialah aku mmg tak terror anything bout car. kalau nampak waja di jalanan pandang dari profile sisi, silap hari bulan aku ingat kereta import, ahaks, malu ahkak okeh. well, mana ada orang yg sempurna kat mukabumi nih lagipun.. aku lagilah serba flawed.. (okay, ayat ini nak menunjukkan jika aku tak sempurna, terima sajalah seadanya)

well, dari intro sure korang tak tahu aku tak tahu keter apa yg aku amik gambar di atas itu, aku malu nak tanya habidud, nanti jadi bahan lawak dia.

but kereta ini mmg ada disekitar klang nih, slalunya depan syarikat percetakan dekat ngan kawasan sri andalas. tapi tu hari nampak dia parking kat taman,, weh, dpt tengok dr dekat..and snap some pictures..

okay, fine, entry tak de purpose. sayaaaaaaaaaaa tandus idealah, tandus paham?..

biskut mama saya..

HI.. :)

lama betul tak update blog kan.. ada mcm2 perkara yg dibuat lately, salah satunya i just inherite mom's mesin jahit, hahahaha...it's only natural kalau saya asik thinker with my new toy, kan kan kan?..

mak saya juga telah tugaskan saya untuk ambil gambar bisekut rayanya.. nak masuk album katanya, so, mudahlah untuk orang pilih bisekut mana nak beli, kan kan.. so, below ada 3 jenis kuih raya, but sumpah tak sure le nama dorang apa, hahahahaaaa





























Wednesday, April 14, 2010

similarity of manolo blahnik and my diet..


okay, got to reassess my mind again.. kerana i am so terribly need to adopt some healthy diet..
what i am doing now is soooo not working (that is i makan ikut suka gembira perut i yg i suspect boleh mengembang seolah diperbuat dri tilam getha material)



MAKA

i akan cuba lihat dri sudut ini.


i cant afford to eat melebih-lebih, just like i cant afford to buy manolo blahnik (okay, manolo to me is like the kasut i wanna wear masa i kawin but manalah ada duit sebab kasut manolo itu tidak sepenting membeli daging lembu untuk bagi orang makan ketika kenduri)


see, now it make more sense for me to eat sensibly..


i just cant afford it.

Wednesday, April 7, 2010

kisah hewan teladan

Ini habidud. Bukan Phua Chu Kang walau dia pakai 'the yellow boot'.
Habidud suka ke kebun.
Setiap bulan habidud ke kebun.
Kadang-kala dia memungut pisang, kadang kala dia membaja pokok kelapa sawit.
Di kebun ada banyak binatang. Kecil dan besar.
Ada juga ikan puyu di dalam kolam di kebun. Kadang-kala habidud memancing ikan puyu. Habidud kata jangan buka mulut ketika hendak tanggalkan ikan dari joran. Ikan puyu suka melompat. Nanti ikan masuk ke dalam mulut dan 'choke' yer airways. BAHAYA.
Di kebun juga banyak serangga seperti nyamuk dan belalang .

Pada suatu hari, saya ikut habidud ke kebun. Saya ditugaskan menolongnya membaja pokok kelapa sawit. Baharu sahaja sampai, kami singgah dahulu di rumah arwah embah habidud. Saya terdengar bunyi binatang 'wailing'. Saya cari di bawah rumah dan nampak anak binatang ini.

Okay. Saya takut kerana nampak seperti anak binatang liar. Tapi saya masih membelek juga.

saya - awak. anak apa nih?
habidud - musang kot.
saya - eh, ye ke!
habidud - yelah
saya -musang kan dog-like. ini ada snout, ekor panjang. ceperlai ke? ferret? chivet?
habidud - musanglah.

Saya tidak puas hati. Tapi kerana habidud lebih arif tentang hal kebun, saya terpaksa menerima kata putus habidud yang ia seekor musang. Juga kerana paman dan bapa mentua yang ada di situ juga mengatakan ia seekor musang. MUSANG? detik hati saya. Tidak berapa puas hati. Okey fine, 3 lawan 1, I cant be right, can I?. Lagipun kampung mereka, mereka pasti lebih tahu.

ITU CERITA HUJUNG TAHUN LEPAS. :)

INI CERITA TAHUN INI.
Bulan lepas saya beli buku ini. Saya beli kerana saya 'pledge' hendak membeli dan menyokong penulis Malaysia. Buku ini menarik kerana menceritakan tentang haiwan-haiwan di hutan Malaysia dan kisahnya hampir seperti 'Si Kancil yang Bijak dengan Buaya' cumanya ia kisah orang Asli. Mungkin tidak berapa sama, tetapi tetap menarik nonetheless. Okay, back to the main story.

Buku ini telah give better light tentang kisah musang dan ferret/chivet/ceperlai.


Ini musang saya.
Tiap kali mention musang, saya akan bayangkan ini.



Ini musang habidud. Habidud kata di Malaysia mana ada musang seperti di atas. Orang kampung habidud panggil chivet=musang.
OKAY, dedua tak salah. Manalah saya tahu. :)



blog saya dah berusia setahun

tak sangka aje rasa, dah stawon beb umur blog nih..

tu hari mula buat blog ni 3rd APRIL 2009
tetiba dah 7th APRIL 2010
dah stawonlah kan

saya dengan ini hendak menyatakan rasa terharu i dgn usia blog i yg mencecah setahun ini..
bukan mudah ye tuan puan untuk saya bertahan selama ini (tipu gila, pertamanya stahun tak lama mana pun, hahaha, kedua, aktiviti berlagho mmg akak tahan dek, hahaha)

saya berharap tuan puan akan tetap memberikan support pada i (mata bergenang nih)
untuk i tetap trus berkarya (hahahahahaaaa, gelak setan, poyo gila)
semoga blog i ini dpt memberi sedikit input berguna (kihkihkih)

okay fine, i tengah lapar ni, ayam tengah grilled dlm oven, sebab tu i hallucinate meroyan cakap mcm tak betul..

TAPI MMG BETUL BLOG I DAH SETAHUN TAU

Tuesday, April 6, 2010

BURSTDAY @ VIVO

Well, last night, babedoyah and dudebotak went for a small celebration, makan-makan gitu. kiddos telah dipertanggungjawabkan pada adik ipar, lagipun mereka berdua just a phonecall away akan berdesup pulang rumah jika ada kecemasan.

pilihan hati babedoyah hendak makan di vivo. walau dudebotak telah umpan carrot makan black canyon.. nyaris2 babedoyah tukar pikiran. juga hampir makan di papa's john ke nama tak jadi juga kerana rupanya rm9.90 makan pizza sampai pengsan hanya sampai 6pm.. dan telah rule out makan di pasta mania sebab walau boleh mania tengok pilihan pasta.. still end up rasa mcm they didnt pull all stop in making the greatest pasta. (macam mana greatest pasta, bila menyudu suap di mulut, u just know, hahaha)

okay, itu hari kan babedoyah ni pi ngeteh kat vivo and katanya dessertnya biasa saja. but babedoyah tell you, it's main is totally totally different stori. couple dorang ni katanya dah jaded ngan makanan western kat luar sana, and slalu rasa cut short kalau meng'order' in terms of presentation, rasa dan keanehan rasa (faktor surprise adalah penting jika merasa sesuatu makanan baru, korang sure nak rasa something new kan kalau baca nama makanan ala2 alien gitu, lagipun kalau kau rasa makanan tuh kalau ko tambah cube ayam megi pun rasanya sama, buat apa pi beli kat kedai, baik masak sindri).. mereka sgt sgt sgt terpesona and excited makan di vivo kerana sedaaaap sedaaaaaapp sgt. hahahaaa

mushroom soup. rasa shitake sgt sgt prominent, not the best the couple ever had, but it sure try to put something little extra rather than the packet version dump in a periuk. :)

3/5


babedoyah's watermelon+strawberry juice, namanya something fit, hahahahaaaa.. babedoyah tukar air 3 kali masa order sebab dia tak terpilih, semua nampak sedap. last2 she settled on this on. gelas saiz bosa okeh, itu jengkal dudebotak. panjaaang okeh, panjaaang, rasanya adalah seperti bubble yum perisa watermelon, their feveret gegula getah masa dating, hahaha

4.1/5

ini minuman dudebotak


ini dudebotak yg empunya. juga sedap wit little marshmallow sgt cute tpi babedoyah rasa seperti eskrem milo, hahaha

4.1/5



ceasar salad, sgt sgt sgt sukaaaaa.. big portion with just amount of crouton and grilled chicken salami, dressing juga sgt sgt sgt mesra dgn the crunchy salad, hint of lemon yg sgt sgt sedap, u barely rasa the olive oil
5/5




caeser salad





dudebotak punya makanan, fish pasta something, nanti ending tengok kat receiptlah nama dia, hahaha, lupa ahhh. nampak mcm sikit portionnya tapi bare in mind the sauce is rather rich, so nicely sizing. the fish just done tidak keras sgt sedap
4.5/5














babedoyah's food, lupa namalah okeh








nothing much to scream about, recipe typical.. but the chicken sgt sgt juicy just done grilled to perfection, black pepper sauce at a side untuk health concious tanpa perlu minta so, boleh tuang banyak mana kamu suka. tapi sedikit runny saucenya, coleslaw better ganti ngan steamed veggies would be way superb
3.5/5




sesiapa order lebih rm20, boleh dapatkan ini pada harga diskaun. had the tiramisu last month, nothing to scream about. but the chocolate devil looks rather devilish.. nyum nyum










babedoyah's food @13.90 with mushroom soup
dudebotak's @ 12.90 with mushroom soup
dudebotak's ayaq @ 8.80
babedoyah's drink @ 7.80
salad @ 7.80
billing - 4.5/5
well, babedoyah must compare this kedai with friday's (where she found the food rather inconsistent), windmill (typical tasting tapi mahal for the whole makan experience), delifrance (the one yg used opened here sell rather sad food walaupun yg kat subang parade was a feveret spot) and dome (again, expensive and rather rich the food was).
so, hell ya mereka mereka merasakan sgt puas hati makan disini. balik rumah seperti ikan buntal puffed up and sluggish, hahahaa
bet BURSTDAY for a reason ....

babedoyah sambut birthday weh

korang kenal kan kawan saya tuh? yg babe kononnya.. kawin ngan dudebotak..

hari ni hari jadi dia.. dia kata dia nak rahsiakan umur dia..
apsal ke ntah. sukatilah kau doyah.
smalam lagi dia dah selebret sindri
dia pi kedai buku, nak beli buku khaled hosseini a thousand spendid suns
sebab kawan dan kezen dia dok kipas mati habis buku ini
minggu lepas dia tengok buku ini ada banyak
tetiba pi smalam abih lak.. barua tul
last last dia beli buku stieg larsson.. (the girl with the dragon tattoo)
mamat yg mati sbelum sempat tengok buku dia di published..
dia lum start baca lagilah, nanti dia bagitau, best ke tak buku itu

lepas tuh dia lepak 'vivo'
bukan viva las vegas tapi vivo
dia beli brownies ngan eskrem
lepas tuh dia minum kopi
kopi kat vivo mmg tak manis eh?
rasa kopi sama susu saja
doyah malu nak tanya or mintak gula, so dia sental sajalah

brownies dia nipih betul.. boleh le, sebab nipih tak tahu le nak cap sedap ke tak.. tapi lembut
kopi belang2 tiada rasa manis, doyah anggap saja mungkin waiter prihatin saja tak letak gula supaya doyah diet.

pandangan rasaksa pada brownies itu before makan
lepas makan doyah pun balik.
bila malam dudebotak pulang bawa ayam dua ekor
dia tak pi memburu
dia beli dari jaya jusco aje
leas tuh sesama main masak2
lepas masak dudebotak ajak pi klenet
sebab doyah ada sakit sikit, (hehe, dia malu nak cakap sakit apa.. )
sebab pi dah lambat, ramail lak tuh orang.. dua orang tuh melangu le tunggu turn
dah siap jumpa doktor, melangu lak tunggu ubat
tetiba babedoyah tengok jam, masa tuh dudebotak dok angguk2 (dia tiduuuuuur)
kuit2 sikit dudebotak
babedoyah - eh, u lupa sesuatu la
dudebotak - ~muka steam sebab ngantuk la~ apo?
babedoyah - lupa le tuh
dudebotak - apo?
babedoyah - cuba tengok jam
dudebotak - erk, epi bday
maka disitula babedoyah menyambut bdaynya ini tahun, mnunggu obatkat klenet, hahahahaha
sian doyah.
moral- dudebotak and babedoyah sama2 setuju rasa walau jiwa muda tapi badan rasa mcm enjin tua.... okeh fine dorang janji akan jadi lebih fit lagi ini tahun.