Sunday, July 11, 2010

Target heart rate zone

hello kawan-kawan,
kembali kita pada topik fitness dan cobaan hidup sihat, hihiiii
mencoba itu penting okeh..
harap-harap dituruti dengan amalan berpanjangan.

baiklah,
kerana saya dah bebel panjang sgt,
berbalik kita kepada tajuk topik iaitu TARGET HEART RATE ZONE.

Saya pernah menyuarakan soalan kepada para doktor (akak singa dan leha) mengenai ini.
rupanya chart about target heart rate zone(THRZ) ini ada tergantung di gym, hahahaa..
oleh itu mari kita berkongsi pengetahuan.

sebelum itew,
mengapakah THRZ ini penting,
kepada siapa yg waswas mari saya terangkan.. achecheh, mcm real aje
ia penting kerana for the amount of time and effort yg anda gunakan untuk eksesaiz,
THRZ ini akan menentukan berapa banyaknya calories yg terbakar itu.

jika anda bercardiovascular selama sejam
dgn maintain THRZ anda, anda akan bakar lebih calorie,
jika tidak, pembakaran calorie itu akan kurang.
fahem sudah?
lebih mudahnya, ia adalah kekdah untuk membakar secara maksimum dan efektif.

okay, ke subtopik seterusnya.
THRZ adalah berbeda mengikut tahap keaktifan dan usia sedari semua.
THRZ untuk orang yg berusia lebih muda adalah lebih rendah berbanding kepada yg berusia
lebih tua.
meaning it's easier for younger people to reached their THRZ sebagai contoh awal doplohan=120
dan usia saya=130

nanti aku cilok formula pengiraan yg simple dari chart kat gym.
tetapi formula Karvonen yg dilink disini adalah lebih accurate sebab korang kena kira korangnya heart beat perminute masa bangun tido pagi (provided korang tak terbangun terkujat, atau kena sergah atau dapat mimpi ngeri mahupun wet dreams)..
kenapa bangun tido?
kerana waktu itu jantung korang berdegup dgn resting pace gitu kot (dr singa dan leha, kalau ada intrepretation saya yg salah sila betulkan)

okay apa lagi yg perlu dikupas ni ye?

oh, mengapa perlu bina otot..
kita perlu bina otot SUPAYA otot kita dapat guna pakai segala tenaga yg kita consume itu.
jika tidak kena consume, waktu itulah ianya akan menjadi reserved tenaga iaitu lemak.

hendak bina otot kenalah weight training, juga dikenali sebagai strength training juga resistance training.
pada waktu itu, aktiviti paksa guna pakai otot dgn kejam angkat segala besi bagai yg berat itu akan membuatkan tisu otot kita tear .
untuk baik pulih dirinya, dia akan bina tisu otot yg lebih besar dan bulkier.
kerana itu jika anda buat weight training, target muscle perlu diubah setiap hari,
sebagai contoh, chest=sunday, leg=monday, biceps and triceps=tuesday dan seterusnya.
ini adalah untuk membolehkan otot anda membaik pulih.
lagipun lepas angkat berat especially for the first timer, otot anda akan sengal, lenguh dan sakit barang 2, 3 hari.

badan yg berat dgn lemak adalah kurang membakar lemak.
badan yg berat yg sama tapi lebih otot akan consume more energy ending up the need to tap from the reserved energy iaitu lemak yg tersimpan di dalam badan kita.
MAKA
perlu bina otot to make sure more calories terbakar.

okey
itu saja tutor pasal fitness ni hari, hahahaa.
saya masih belum jaya buat jadual yg mantap,
tapi saya ke gym sekurang-kurangnya 3 times a week,
and spending skurang-kurangnya sejam per session.
jika diukur pada kiraan bakar kalori pada display stationary basikal itu,
untuk minggu lepas, average, saya membakar 450 kalori sehari.
and i hit new high pembakaran kalori iaitu 710+ per hour.
so, that's my achievement selepas 2 bulan cobaan untuk beriadhah ini.

my failure so far?
saya malas weight training since i am able to do an hour cardiovascular session tanpa henti.
but i hope i can psych myself into doing it religiosly just i did my cardiovascular session.

akhir sekali, disclaimer.
saya bukan pengamal perubatan bertauliah mahupun pakar fitness.
jika ingin lebih klarifikasi, sila berjumpa mereka yg mahir,
apa yg tertulis disini adalah merely my intrepetation.

5 comments:

leha said...

bagus dalia... teruskannnn... nanti tengok ko slim jeles gitu...

DrSinga said...

tapi kan...kalau dah slim...nanti kena shopping beli baju baru..seluar baru...spend eh...macam2 baru...
.
*jeles sebenarnya sebab anda begitu tabah dan rajin....heh heh heh...*

hantumakan said...

leha - i have a really long way to go, haha, maka jika nak tengok slim tunggu raya tahun depan, hihiii

akak singa - akak, sgtlah terliur salivating dgn opsyen shopping itu taw, hahahaa

ada masa saya malas, percayalah, dan banyak masa saya makan seolah gajah, hahaaa

leha said...

ooo... raya taun nih wat open house kat mah ko ye.. leh aku melihat kesliman ko..

hantumakan said...

leha - raya yg ini pasti belumlah, haha