Saturday, October 2, 2010

tekateki, tekatekok

esok ada famili day di sunway lagoon.. (boleh feeling2 mila jovovich/brooke shield kat blue lagoon, muahahaaa)
anak aku yg dua tua tuh dah mimpi2 dah nak pi...
cuma aku ni yg penakut, gayat dan tak adventurous aje yg rasa mcm tak sudah aje aktiviti cobaan pumping in adrenalin itew..
esok mungkin cuma ambil peran mak pacak tengok people having fun..
(wow, adakah aku mengaku yg aku ini tak fun orangnya?)

malam ini terasa macam otak aku pikir sesuatu yg bijak..
bijak seriyes beb, bijak nih (this is time of moment yg kau rasa seolah kau philosophical of some sort, haha)


eh, tak jadilah,
tetiba malas nak type, lain kali mungkin..

oleh itu acara ini digantikan dengan acara teka teki..
meh jom kita jawab teka teki..

pada zaman penjajahan jopun dulu2..
seperti yg kita tahu orang jepun memang jalim.
tak tunduk, tampar.
salah buat sikit, sepak.
salah banyak, dibenetnya kau tang perut.. kalau perut cuma isi angin dan perut besar, boleh gak pancit spare tayar anda itu.

nak dijadikan citer,
suatu hari komandan jepun yg paling power teringin makan buah-buahan malaysia yg enak2.
sebab kat negara dia cuma ada buah sakura (ada ke buah sakura, hahaha, sukasuki kau aje kan)
maka dia pun memanggil semua ketua kampun yg ada kat malaya tika itu untuk berkumpul

'hait ketua kampung san ..... ini hari saya mahuuuuuu...anooooo(ini exclamation style jepun okeh, bukan mencarut tau).. makaaan ituuu buah malaya..

sapa ..anoooooo.... boleh bagi buah sedap sama kapitan san, kapitan san bagi itu duit pokok pisang.. anooooo... kalau tidak sadap.. anoooooo.... kapitan san kasi denda ..'

maka dijadikan kisah di antara mereka itu ada 3 ketua kampung pelbagai kaum, melayu, india dan cina (awww, one malaysia sgt citer i ni)

OKAY, PAY ATTENTION CITER AKAK NI KALAU TAK KAU TAK PAS PEKSA OKEH!!!!!!

esoknya ketua kampung india pun dgn penuh cekal membawa bungkusan buah g dipilihnya untuk bertemu dgn kapten jepun tuh (kejap kapten, kejap kapitan.. tak apa, tak kisah le jawatan dia nih)

dia bawa BUAH KELAPA dek.. tapi yakin ni, malaysia buleh katanya.

sampai aje kat perkarangan opis si jepun tadi dia nampak ketua kampung cina nak kena denda.. meraung raung dek mamat tuh. dia pun tanyalah dgn prebet jepun sorang

'bos, apasal tuh, mau potong kapara ke?'

'bagero!.. bukan.. anoooo, mahu kasi itu buah yg dia bawa masuk bontot juga, anoooooo.. kapitan kata tara sadap. itu buah LIMAU'

maka tertelanlah air liur ketua kampung india itu. dia terdengar suara ketua kampung cina itu menjerit jerit kesakitan. ITU BARU LIMAU DEK. dia pikir kalau kapitan tak suka buah kelapa, matilaaaaaah aku.

dgn penuh ketaq, dia pun persembahkan buah kelapanya kepada kapitan japang itu tadi. si jepun tadi pun kluarkanlah pedang samurainya dan....... ZAS, terpotonglah kelapa itu tadi.
bila jepun tu tadi minum air kelapa tu tadi, mukanya berkerut.

AYAQ KELAPA TUUU MASAM DEK

maka tertulis sudah nasib si ketua kampung india itu tadi.
diseretlah dia oleh prebet2 jepun tadi ke lapangan siksa.

tiba-tiba india itu ketawa dgn kuat.
prebet2 pun peliklah.
tapi denda tetap denda.
mereka pun masukkanlah kelapa itu tadi ke tempat yg sepatutnya...
makin kuat pula si ketua kpg india itu ketawa....

MENGAPAKAH SILALAH JAWAB.

2 comments:

leha said...

hmmm mana ketua kg melayu nyer?

afendi ariff said...

ketua kg melayu bawak buah durian?
heh...