Thursday, December 15, 2011

OH TONIROMAS, U'RE THE BEST..

Punyalah lama kan tengok orang sana sini post pasal makan makan kat tony romas..
maka smalam malam hajat kesampaian,..
sambil jerit jerit kegembiraan.. (okay, ayat ini tipu saja)

well,
slalunya makan kedai steak house bagai bagi saya
lebih indah khabar dari the final presentation.

TGIF laki aku cakap masak macam cincai - (reviewed untuk 6 years ago punya makan, hehe.. i had a suam suam kuku fajitas, and min's and aya's kids meal were such a dispair hingga mengeluh melihatnya and rasa makan burger cap ramly lebih enak)

makan di chillies kali akhir ketika mengendongkan zahra,
adalah tiba-tiba rasa makanannya 'bosankah tastebud aku hingga tidak impressed sgt'.
namun portioning adalah gah dan air juice yg bottomless dan boleh tukar tukar juice adalah heaven juice,
mungkin terkucil berbaldi baldi selepas keluar dri chillies.
but makanan adalah way way way way better than TGIF (fine, kalau ada yg kata TGIF masak sedap, maka nak tuduh TGIF Subang Parade yg masak tak sedap, namun kalau kita makan di outlet yg sama, anggaplah taste kita tak sama)

TONY ROMAS (with capital all, hehe)
awak puya ribs adalah -bunga, bunga, hebat, rainbow, bintang, bintang, matahari, air-mata-bergenang, cinta-gigit-pertama, masyuk- sedapnya. Tisk.

awak juga punya air juice yg bottomless walau awak tak beri saya tukar tukar juice, saya rela minum jus nanas sampai 2 gelas (itu aje yg mampu perut saya tadah, mungkinkah ribs sudah penuh dipurut?)

awak punya waiter juga sgt helpfull

tanpa in-my-face tiap satu minit tanya anything okay dgn senyum palstik lekat di muka lepas bayar bill tak tambah tips terus rasa mcm aku invisible. kan korang dah billkan 10% kan kat bill korang tuh untuk service charge.

our waiter di TONY ROMAS adalah sgt penolong tanpa 'air'
slamber aje cakap melayu tak koser speaking, siap cakap
'beli onion loaf yg half aje dah cukup, takyah yg besar.'

kemudian bila dah closed bil,
kami gatai nak tambah beli red velvet,
kamu ambil juga,
slain nak doggie bag tak mampu habiskan makanan yg gatai2 kami tambah,
juga kamu entertained..

and bila kamu hantar bil,
kamu kata the red velvet jadi complimentary, tak perlu bayar,
trus rasa saya ada 4 anak dara comel, bila mereka besar, mahu jadi mnantukah?
:B, bodohnya statement itu, criteria mnantu beri red velvet, senang sgt kantoi bila boipren anak nak tackle hati ibu mertuaku..








OYEAH
i am in love with toniromas.
bai.
nak wet dream bersama gambar gambar ini

Saturday, December 10, 2011

Taman Botanik, Penang 2

sekuntum bunga pelik di taman botanik, penang.
eh, pokoknya pun peliklah.
ada mcm akar2 tumbuh di perdu pokok.
lepas itu buah dan bunga pun kat situ.
daun pokok nun kat ataih.
bunga dia macam bunga durian, ke?




Taman Botanik, Penang - Victoria Lotus

Saya suka bunga air.
Macam lotus, water lily.
Mereka menenangkan.
Angan2 bila ada rumah landed, nak berlamankan yg berbungakan bunga air.
Victoria lotus adalah raja bunga air di hati saya.
Habidud pernah kata mcm impossible to breed di sini.
Yg dibawah ini di Penang.

Daun victoria utuh, kukuh.
Pernah tengok dalam gambar di komputer, si breeder letakkan bayinya atas daun victoria.
Hebat.
Daun ini kira kecil sebenarnya.
It can be really big in diameter.

Daunnya naik disisi.
Macam ada dinding.
Belah bawah daun macam ada kerangka, sebab itu dia kuat.

Kuntum bunga.
Mungkin sebab sudah noon, bunga pun kuncup.
Rupa kuncup dia macam ngeri pula, duri tuh, macam punk kan

Sekeluarga awed gila.

UUUUUUUUUUUUUUUUUU, hebat.


Soraya ambil gambar uncle Daus ambil gambar. :)
(gambar ini credit adik ipar)

Friday, December 9, 2011

PENANG-Bkt Bendera

Sehari sebelum cuti sekolah officially started,
kami 3 keluarga (adik and family, mak ayah and adik bungsu and ours)
headed to penang..
land of durians(we ate not the famed balik pulau one, haha) , jeruks(bought by heftily hauled packets), and off-guarde- bough- expensive Padang Kota dishes (screw u people yg juai barang macam juai emas, fry in hell)

Bukit Bendera is well, tidak disangka experience yg best.
suhu di atas sgt nyaman.
saya ingat naik ataih, trus turun..
the experience more on the train itself..
the train was laju, kudos untuk sapa yg menjayakan the project.
BUT rupanya kat atas adalah best..
makan di foodcourt yg rupa mcm nak roboh was pleasant..
i call the cook 'the unsung hero.. yelah.
sebab tak budget makan kat ataih sodap and murah..
murah adalah operative word disini.. :)


me, kiddos and sister.
min yg dah besar.. :)
nadrah and sofeya
kiddos and mokciks
my family and sister's family..best gila

again, credit picture to firdhaus adik ipau saya

PASTA NORMA AND SMOKED SALMON AND DILL FRITTATA

Lama betul rasanya tak update pasal food kat blog ni.
Masa preggie tu hari jadi malas supernova nak masak kan..
balik2 makan makanan simple.. (aku pun lupa aku masak apa tu hari, hahaha)
Namun ni hari adalah masak sikit-sikit.
jengjengjeng, maka terimalah..



PASTA NORMA
ekceli, this is an aubergine pasta dish that is finished with salted ricotta cheese
(achewah, padahal tengok tulis kat mag nih haaa info nya)..
but kita ganti mengikut recipe ini dgn cheese parmesan saja.

apsal norma aku pun tak sure.. kau nak panggil rhoma irama ke, normah damanhuri ke, ke the secret life of norma ke, sukatilah labu..
but as for me, this is the newest pasta dish yg sedap, in fact i am giving it a 5 star treats for it simplicity and it's tastiness.
yet again, itu tekak aku.
this dish is almost a vegetarian dish if not for the last part, when u sprinkle parmesan, and the terung part almost making the sauce having a meaty bite.. ke, ke?..
30mins, serves 2, super easy

aubergine/terung(jgn terung pipit sudah) 1 small, cut into 1cm discs
olive oil
garlic 2 cloves, finely chopped
chilli flakes a large pinch or more, regarding to yer liking
chopped tomatoes 1x400g tin ( i did used whole tomatoes tinned lepas tuh gunting2 aje pakai gunting dapoq)
basil 1/2 a small bunch, shredded ( koyak jo pun bulih)
linguine 200g
parmesan 50g


  • Discs terung tadi korang potong lagi sampai rupa jadi macam matchsticks. Panaskan barang sesudu 2 minyak dlm kuali non-stick, dan goreng terung pada api yg agak tinggi panasnya sehingga lembut dan kekuningan. Angkat, toskan dan season (garam dan pepper).

  • Panaskan lagi sesudu minyak dan masukkan garlic. Garing, masukkan chilli flakes dan tomatoes tin. Simmer untuk 10minit. Masukkan linguine yg telah direbus terlebih dahulu. Masukkan basil dan terung tadi.

  • Hidangkan bersama taburan keju parmesan dan basil segar.




SMOKED SALMON AND DILL FRITTATA
SERVES 2


  • Put 200g sliced potatoes in boiling salted water and cook until tender then drained well. While potatoes boiling, fry 1 small, sliced onion in butter until soft. Whisk 6 eggs in a bowl with salt and pepper. Add the cooked potatoes, sliced onion, 70g sliced smoked salmon and small bunch of chopped dill. Stir.

  • Heat some butter in non-stick pan. Pour the egg mix and leave for a few minutes till the bottom set. If you like you can continue to put the frittata under grill to brown the top of it. Cool and cut into wedges to serve.

recipes ikhsan Olive Magazine.

Friday, December 2, 2011

Zahra Rose

sebok benar rasanya mengulit anak yg seorang ini..
dia seorang yg sgt friendly..
memandang wajahnya hati menjadi sejuk yg amat-amat..
suka sgt senyum,
lately suka sgt menceceh 'ba..ba..ba..pa..pa..pa'
cute gila mengikut skala mak-mak yg slalu saja kata anak mereka comel..
saya sama saja mcm mereka..
okei bai,
nak masuk bilik dan peluk budak comel ini..


i'll curve my body into a spoon and let her tiny body fits into the soft crevices of my body..


credit untuk adik ipar yg mengambil gambar. thx bro.

Monday, October 17, 2011

Mari kita sula Joanna Blythman beramai-ramai

tu hari seperti ramai orang,
aku juga gigih pergi ke jualan gudang serigala besar yg jahat. (BIG BAD WOLF)

Jualan gudang itu amat hebat.
Hebat gila wa cakap lu.
My family ended up with 29 books, magz and comics.
gila-gila cool. (kata nad ikut gaya mat kool)


maka dari hari sabtu,
aku pun bacalah hasil belian aku tuh.
dimulakan dengan bismillah.
start baca dgn magz recepi olive.
hari ni re read sebab tu hari cuma tengok recipes aje.
ni hari start baca article, heheheee.
I came across sama ini article.
Ini kempen memburukkan minyak kelapa sawit.
Lebih-lebih betul aku tengok gaya minah ni tulis. alaa, si Joanna Blythman ni.
Endangered animals?
wild hogs and boars dah kira endangered ke skang?

hahahaaa, nak gelak aku baca part harvest guna buffalo tuh.

suka suka kau ajekan.
dulu tok moyang kau curik hasil negeri kitorang tak de pikir sustainable pun.
hutan dara jauh sekali.
tak dep un kau nak bayar balik rege timah yg berkapal-kapal kau dok bawak balik negri kau tuh.

masa kau jadi industrial country,
ada kau kisah pasal hutan korang?
i doubt so.
so, skang nak mandai-mandai mengajar orang pulak camna nak jaga negeri orang.
kebun-kebun kelapa sawit yg kat johor and selangor were hardly a hutan in this half a century.
so, mana hutan yg kena gondol tuh?
mungkin ada hutan yg gondol dek mereka yg tamak,
tapi aku harap pihak yg berkuasa jalankanlah tugas.
BUT my main concern is hasil sawit adalah periuk nasi petani-petani yg mengusahakan kebun yg bukaan pun hutan.
dan manalah ada pembakaran terbuka.
dan manalah ada orang utaan mahupun harimau dekat kebun-kebun in the villagers.

nantilah kau joanna.
aku voodoo kau.
lagipun sure kau pikir orang malaysia dok ataih pokok sambil kemban lagi kot.
dah kau suruh orang harvest pakai buffalo.
might as well aku santau n mandremkan kau, hahahaha

Thursday, October 13, 2011

Puteri 2 Sebilik

Pantai Remis, Sungai Sembilang.


Ahkak Doyah : weeeeee, banyaknya binatang cengkerang, menariks nok..

Ahkak Tukang Juai : Pilihlah kak, yg ini sekilo 4 hengget, 3 kelo kira soploh hengget..

AD : yg ni apa nama dia?

ATJ : yg ni ala-ala, tu aa kepah, yg ni lak kerang bulu..

AD : wooooo, bulu bulu ke kerang itu..

ATJ : yg ini kijing, ada 2 jenis, kuning ngan putih..

AD : yg ni lak?

ATJ : puteri 2 sebilik.

AD : awat nama mcm nama kuih jo, awat nama sodap sikit dr yg lain2?

ATJ : Paseinyaaaaaaaaaaa dia kalau kita korek dlm pasir tu, slalu dalam satu lubang ado 2 aje, tak pun paling banyak 3..

AD : oooooooooooooooo


aku rasa bukan puteri yg dok sebilik tuh. aku rasa bilik kelamin si binatang cengkerang tu lah, hehehee. err, yg bertiga tuh 3some ke?.. iskh, nak kena panggil JAIS ke ni?

Friday, October 7, 2011

APOLITICAL

APOLITICAL(adj) bermaksud

1. Having no interest in or association with politics.
2. Having no political relevance or importance

Itu saya.
Tapi tidak bermaksud saya tidak minat membaca berkenaan politik.

Ayah mertua saya is a staunch UMNO person. Through n through.
Dia pernah buang Harakah adik iparnya (seorang lawyer Kelantanese) tatkala sipolan bertandang dan bermalam di rumahnya.
Bila ditanya, dia buat buat tak tahu,
Nakalkan beliau.
Thehehe.
Kadang-kala bila ada pluang, I tried to engage him with my shallow politic knowledge. :)

Ayah saya pula,
being unpredictable him, adalah pengundi yang saya tidak tahu allegiance nya.
Saya tak pernah tanya,
Undi adalah rahsia.

Household saya,
semasa saya membesar,
rarely discuss politic,
over dinner, tea, breakfast or lunch.

The nearest I was to politic heat and rush when I was in standard 5,
tatkala Semangat 46 menyerang,
Johor Bahru jatuh ke tangan Parti Kunci,
dan kawasan saya menyusul kerana wakil rakyatnya meninggal,
Kecoh dengan parti kunci masa itu
(tapi mereka tak dapat pakai lambang kunci kerana ada 2 wakil nak pakai, sabotaj mungkin, maka wakil Semangat 46 pakai lambang IKAN.. hehe).
By the way, ayah saya kena hantar kursus ke Genting Highland waktu itu.
It's like they pooled all the civil servants that had rebellious streak to faraway land, hahahaaa
(by the way, ayah saya loud, menyebabkan orang selalu salah sangka padanya, tapi saya memang tak tahu dia sokong siapa)
Parit Raja dan Sri Gading being predominantly populated with orang jawa,
banyaklah poster-poster dan jeritan IWAK di sana sini (iwak=ikan)
nota - Barisan Nasional menang pilihanraya tersebut. With small margin if I remember it correctly.

Batu Pahat,
kampung halaman mak saya,.
Datok Onn Jaafar pernah jadi District Officernya.
Steep with Umno history.
Selain itu, Lim Kit Siang pernah sekolah di High School Batu Pahat. how irony.
Selain Chua Soi Lek dan Vincent Tan(Berjaya Corporatin Berhad) - politically unrelated, hehehe

Kenapa saya cakap-cakap politik ni?

sebab saya tengah baca buku tebal.
A Doctor in the House,
by Tun Mahathir Mohamad.

padahal dulu,
masa kena belajar sejarah,
meleleh air liur basi mengadap buku sejarah.
mungkin tabi'i membaca saya tidak boleh bersebabkan akademik,
konsepnya baca-baca waktu senggang.

To date, I read quite a few politic books rupanya.

Starting with book by Tunku Abdul Rahman 'bout May 13 during my uni years,
graduating to Kua Kia Soong(May 13:Declassified documents on the Malaysian riots of 1969 and 445 Days under the ISA:Operation Lalang 1987-89)
Rustam A.Sani- Failed Nation? Concern of a Malaysian Nationalist
and
Barry Wain- Malaysian Maverick:Mahathir Mohamad in Turbulent Times

Saya baca kerana buku-buku ini intriguing.
To date, after few chapters, buku Mahathir itu sangat menarik.
Lots of history to learn.
Esok saya berkisah berkenaan buku itu tau.
(Esok kalau mengikut jangka waktu saya mungkin adalah minggu depan, hahahaaa, atau bulan depan. tak tak, saya bersungguh mahu berkongsi.)

Thursday, August 25, 2011

control-freak monster.....

spanjang ramadhon ini,
satu entri makanan pun tak muncul dalam blog ini,
sesungguhnya saya masuk dapor dan memasak hokey....
menu juga tidaklah korok sangat..

habidud telah masak nasi kabsah w lamb fore shank(yg dikorma'kan, sgt melayu khen),
ayam penyet juga telah muncul di meja makan, tapi bukan version wong solo,
ini adalah version nasi ayam indon kot.
lamb shank skali lagi juga telah dimasak sebagai sup,
and yesterday telah jaya memasak gulai daging kawah..
but for all we know, i might be bluffing sebab takde gambar to prove any kan kan kan?
oleh itu saya juga nak mengaku telah memasak kambing golek coca-cola..
ayam mandhi, beriani gam, lontong darat, murtabak singapora, ikan stim, siakap 3-4 rasa.. hahahahaa

spanjang ramadhon telah kurang ke 'bazir ramadhon' kerana takut bawa bebi ke tempat ramai orang..
nanti diserang germs, mak tak nak bebi mak sakit..
juga tiada berbuka di kedai kerana takut membawa bebi balik malam,
nanti kang kena tegur ngan mende halus, jadi tensi..
pasti mokcik-mokcik dan atuk2 saya kata saya degil bawa bebi kluar sampai sawan..

by the way..
saya baru prasan saya adalah control freak..
my simple perfect housewife life can be easily crushed by my family members punya simple choice.

ceritanya begini:
I have a system.
Most of the time, i have my daily 'to-do' list.
in fact, subconsciously i have mapped the exact way to get the things done.

sebagai contoh, nak masuk dapor nak masak sambal goreng & sup kambing.
dikeranakan salah satu api tungku saya tidak berkobar panasnya,
saya telah mengambil keputusan untuk menggoreng kentang dahulu kerana nak mem'pressure cook' kaki kambing take a longer time, sooooooo, bila kaki kambing naik tungku, the time won't be idle kerana saya boleh masak sambal goreng kat tungku yang tak berapa kuat apinya. (goreng kentang and pressure cook kena pakai api bosa).

bila saya pi semayang and pesan kat hubby kata bila dah habis guna tungku api besar, minta tolong gorengkan kentang.
and bila saya siap semayang tengok dia pressure cook kaki kambing,
my plan came to a halt.
i actually duduk and sullen, cant move forward sebab my plan is disturbed.
and this was too obvious sampai habidud dpt rasakan yg saya tertekan bordering irritated.

i have to come with plan B, and finally proceed barulah boleh ceria bercakap dgn habidud.
control freak kaan.

same thing goes jika iron baju, basuh baju, bangun tido, outing..
i actually do math to iron how many baju per session of ironing so that i can maximise sets of baju for kids to pakai yg cukup pairingnya. ( i mean kalau tak cukup pairing i might as well wait till the next laundry so that i can save on my energy and electric energy)

i know it's irritating for my family members coz i can nag my kids and sometime pissed when my plan and system terganggu..
but seriously, my system, in my opinion, make sense, make my world perfect.
it is like a logic puzzle, and most of all,
it help me to make things done,
memasak, membasuh, menggosok, fetch kids from school, sending....
soooooooooo..
my system helps my family members, kan?

failing doing so akan menyebabkan
no hot food on table, or maybe ada nasi tiada lauk air, ada ikan tiada sayur...
missmatched socks(i balled their socks with the rite partner, ooo yes, they are in love, don't star-cross loverkan mereka),
tudung w nametage si adik goes bersama baju skolah biru si akak),

ikut system dgn jaya akan membawa kepada
the rite size of spentoi for all 3 daughters that look just the same with the myriad of colors,
sampai kat skolah just nice when other parents cars vacant the parking lot( not too late not too early)
a happier mom to look at sebab dia mood baik..

maka fahamilah...
system itu penting.

Thursday, August 11, 2011

why?.. why????????

dari pagi tadi dgn hepi dok di depan computer,
(bukan terus menerus, diselangi dgn sesi penyusuan, penyidaian, penyupiran dll)
NAMUN apsal suma rakan2 tidak begitu gigih men'update' blog mereka,
maka dgn gaya shahdu,
maka terpaksa men'update' blog sendiri untuk occupy mind sindri, hahahaa
tragis lagi menyedihkan perangai ini..

saya seorang ibu sibuk sekarang.
saya sibuk kerana saya menjaga seorang bebi baru.
bebi saya sgt baik, jarang menangis,
namun itu bukan pasport untuk bersenang lenang.
tanggungjawab saya menimbun.....

okay, fine,
orang dah paham kenapa kau jarang update blog,
takyah menceceh panjang-panjang pasal tu lagi.

tu hari dengar satu lagu..

(aku suka cakap aku tak into lagu, tapi manjang asik tukar lagu baru di blog, dan entri pasal lagu aje dah lebih soploh kot, maka aku mula rasa aku ini ada baka budak yg suka jerit wolf itu, baka penipu, chesssss, jgn kau cakap penipu, penipu di sini)

cakap pasal 'my heart skip a beat'
aku mula rasakan yg badan kita pandai berbuat sesuatu yg diluar tabi'i kadang-kala..
macam berdegup tuh, kau bayanglah,
berdegup tuh penting gila,
pam darah satu badan..
tapi apabila kau jiwang,
atau nampak si dia yg kau angau,
dia pi bantai 'skip a beat'
gila kan..
akak doktor singa, wujudkah term ini dalam bidang kedoktoran?
nasib baik skip a beat aje..
kalau banyak beat, mau kau arwah...
:)

Wednesday, July 27, 2011

Misteri Kehilangan Boipren

Ini kisah benar.
anda pernah hilang wallet, dompet, henbeg, kunci kereta bukan?
tapi boipren pernah?
Mari ikuti kisah ini.

Kisah berlaku di tahun 2000.
lama tuuuuuu,
tapi mcm citer fairy tale yg mulanya 'once upon a time',
lagi lama....
LAGI BEST, O, O, O...... (mcm lagu iklan myvi perodua tuh)

seperti biasa, seorang awek nak pergi dating.
Dia baru lepas habis kelas di ITM.
maka berdesuplah dia pi naik keter racing karat yg disponsor dek bapanya.
nak pi fetch boipren yg sudah mula bekerja di salah sebuah kilang yang terletak di Kelang,
kilang yg banyak menjana ekonomi negara sejak tahun 70an lagi, achewah.

masa tu, henpon adalah barangan agak pricey dan tidak termampu dek awek itu untuk memunya walau dapat loan dari YPJ, maklumlah PTPTN baru aje nak mula masa-masa nih.
maka tokleh le koling-koling boipren sbelum datang jadi ke tak dating kat time sekian sekian...
maka main redah ajelah datang.

boipren pula agak workaholic,
walau tau hari itu hari dating,
masih lagi nak membanting tulang,

maka awek itu pun mnunggulah boiprennya pulang dari kerja.
tunggu punya tunggu,
dari minit, jadi puluh minit,
jadi jam jadi berejam..........
fed-up okeh....
fed-up gila,
maklumlah, darah masih muda.....

akhirnya boipren pun pulang dari kerja..
awek masam mencuka....
boipren masuk keter,
terus awek drive laju-laju sambil marah-marah boipren mnuju ke subang jaya....

sampai kat subang jaya,
minyak kereta pun nak habis,
maka singgah le kat stesen minyak nak isi..
masa ni dah start layan diri isi minyak,
maka awek pun masuk dalam pi bayar minyak keter..................

bila kluar stesen,
pi keter nak isi minyak..
tengok kat co-pilot seat macam takde orang...
'boipren isikan minyak agaknya,' detik si awek tadi...
tapi takde jugak..

'alemak, boipren aku ilang..'
memula awek nak ditch aje keter sebab tahu boipren sure walking distance kan,
taspi pikir lak kalau boipren dah naik bas balik, camna lak..
maka awek pun isilah minyak keter and start enjin..

'mana lak nak carik mamat nih'
hunch berkata pi la carik kat subang parade..
pusing kat sana terus nampak boipren kat depan SP..
lambai-lambai boipren dia pun masuk keter..

memula dedua diam...
tapi dalam hati awek, fuh lega, dah jumpa..
los and faun..

pas tuh tanya
'marah ke?'
boipren diam.

'kalau tak jumpa tadi camna?'
dia pun kata....
'u shud know where to find me'

subang parade adalah tempat pertama kitorang dating.. :)



Monday, July 25, 2011

thirteen years ago..

Thirteen years ago,
there was a sad moment for a couple,
a couple just as real as you and me,

a madly-in-love boy,
asked his special girl friend,
to come to his hostel,
if she can.....
'if you can,' he said.

but his hope was high.......
coz seeing means everything,
it's like a vitamin capsule given,
to make a body stronger,
for one more day ahead,

coz seeing,
it was like breathing in air,
vital, so vital,
having not means living not,

the girlfriend,
name is she a girlfriend,
but her mind thinks she is all free,
'if you can' means really if she could have make it,
for she cares for his feeling,
but not knowing that the harm of her simple act,
of not coming can bring a terrible aches,
a terrible terrible aches,
it hurts believe me,
if you had never feel this kind of aches,
i dare say that you never really truly fell in love,
for this i claim.

oh no,
this plot is thicker than that,
it was not because because she thinks she is free,
there was a force of other wicked heart,
dare not the story be told,
for that it might stir and ol'wound,

she was in a bus,
heading for other place,
but the route it's taken,
right in front of the stricken-in-love boy's hostel,

SHE DARE NOT HOLD HER HEAD UP,
for she fears she sees his face peeping from the window,
but from her seat,
sitting jittery,
she knew he was there,
waiting.......
looking at buses come and go..

he saw her,
'i see her i think'
'oh, she come, my love truly come'
'oh no, the bus moving, is she not in the bus?'

he waited but she never came...

but the ache was the most when he knows later,
it was her truly he saw in the bus,
.......................
why did you do this to me?

heart aches, heart aches,
learn one from heart aches,
the reason was lousy but the aches was real,
both learn a painful lesson,
one immediately,
one much later but painful it was still....

:(.....

moralnya
as much there is joy in love,
one can't run from pain while in love and loving....
kalau asyik ingat happy,
sesekali ingat sedihnya,

BIASALAH, BULAN TUJUH KAN BULAN ANNIVERSARY, SO SAYA TERJADI SAPPY LAK, HAHAHAHAAA

Tuesday, July 12, 2011

2 chick flowers, a precious stone and a celebrity obsession..

lama gila tak update,
naik lupa lak the groove nak writes..

okaylah..
secara rasminya,
saya dah berjaya menambah seorang lagi puteri dalam koleksi anak-anak saya.. :)
syabas inspektor shaab.. heheee, malangnya aku bukan polis..

as the entry title... 2 chick flowers, a precious stone and a celebrity obsession..
tu kira-kiranya conclusion nama anak-anak sayalah..

yg sulung kan namanya YASSMINE.. kan ke nama bunga jasmin

yg kedua kan ke namanya SORAYA DEAN, kan ke nama celebrity yg hubby obsess, err to her name aje..

yg ketiga kan namanya NADRAH JADE, kan ke precious stone.. walau kalau dapat namakan anak diamond lagi gila precious, hahahahaaa

and the newest addition..

ZAHRA ROSE, another flower, just like her oldest sister, just like me.. rose wangi, sedap, cantik mata memandang, pautan hati ramai orang.. zahra maksudnya YG BERSERI..



the last 6 months spent eventfully.. during my eight month of pregnancy, there was a news bout my husband's colleague punya wife death due to complication masa delivery.. anak ke-4, sama mcm saya.. it scares me out of my wit,

zahra rose delivered by c-section..
because she was huge..
all 4.5kg of her..
don't ask me how i manage to grew her that big in my stomach..
the only thing i remember,
zahra jeling manja kat kita masa nurse tunjukkan dia kat kita..
while doctors sebok stitching me back..
i longed to hug her but she was taken away.. kerna perlu monitor kerna dia too big...
patutkah?.. hahahaaaa
and there i was at around 3 am..
nak terlelap (sebab local bius aje kat tulang blakang, so takdelah pengsan)
but takut sebab ingat kalau lelap nanti termati lak,
tak mampu lagi nak menghadap SI PENCIPTA..
sebab amal tak cukup..
and asyik ingat kat anak2..

and when finally they stiched me back, i was monitored kat bilik yg sejuk,
sampai ketaq2 tak boleh belah..
sambil dengaq 2 nurse dok ngumpating rakan sekerja...
i wished at least i knew which person they are ngumpating..
so it made it all worth while..
ear-full of senseless ngomel kat telinga i..
sambil i main laga gigi..
n dorang buat tak kisah..
n i still rasa malaikat maut so near to me...
just waiting..
the nod from THE DIVINE

and when finally bila nurse dari wad datang nak ngambik i bawak ke wad..
dia dok tekan2 perut i,
sambil kata dia ni bleeding nih..
tiba2 kekecohan,
dok panggil doktor..
and i was jab don't know where..
and there was slight disagreement bout who should report what on the report..
while i was again..
pondering this might be the time..
my final goodbye..
my final last breath on earth..

yet,
here i am,
typing this experience..
i didnt say a simple thank you to any of those there..
walaupun it sounded like one wrecking experience..
i still have these last 20 days breathing more air..
finally looking at zahra and dapat cium peluk dia..
priceless i must say..
spending more time with my family..
i hope many more years to come...

to see my daughters akad..
to see their first boyfriends,
to be there when their hearts broken, just to be a mom..

to see they pursue dreams,
to see they be tough every time curve ball been given,

dalam 20 hari lepas zahra lahir,

i get to see yassmine dapat number 4 sekolah rendah dan agama,
got gold medal for lompat jauh and 4x200 rally.
bronze for lompat tinggi..
min and soraya went for rombongan to aquaria and had a blast..
soraya got number 1 for sekolah agama and rendah..
and bronze for sukaneka..

and see nadrah being a caring sister..
yet jealous gila..
and been bullying her dad..
but rudin being rudin,
he let her kid do that..
just that she knows that he loves her much..

percayalah..
it is just priceless..

thanx for all the experience..
and now i am a proud owner of a scar..
on my belly..
rasa macam macho seh..