Monday, October 17, 2011

Mari kita sula Joanna Blythman beramai-ramai

tu hari seperti ramai orang,
aku juga gigih pergi ke jualan gudang serigala besar yg jahat. (BIG BAD WOLF)

Jualan gudang itu amat hebat.
Hebat gila wa cakap lu.
My family ended up with 29 books, magz and comics.
gila-gila cool. (kata nad ikut gaya mat kool)


maka dari hari sabtu,
aku pun bacalah hasil belian aku tuh.
dimulakan dengan bismillah.
start baca dgn magz recepi olive.
hari ni re read sebab tu hari cuma tengok recipes aje.
ni hari start baca article, heheheee.
I came across sama ini article.
Ini kempen memburukkan minyak kelapa sawit.
Lebih-lebih betul aku tengok gaya minah ni tulis. alaa, si Joanna Blythman ni.
Endangered animals?
wild hogs and boars dah kira endangered ke skang?

hahahaaa, nak gelak aku baca part harvest guna buffalo tuh.

suka suka kau ajekan.
dulu tok moyang kau curik hasil negeri kitorang tak de pikir sustainable pun.
hutan dara jauh sekali.
tak dep un kau nak bayar balik rege timah yg berkapal-kapal kau dok bawak balik negri kau tuh.

masa kau jadi industrial country,
ada kau kisah pasal hutan korang?
i doubt so.
so, skang nak mandai-mandai mengajar orang pulak camna nak jaga negeri orang.
kebun-kebun kelapa sawit yg kat johor and selangor were hardly a hutan in this half a century.
so, mana hutan yg kena gondol tuh?
mungkin ada hutan yg gondol dek mereka yg tamak,
tapi aku harap pihak yg berkuasa jalankanlah tugas.
BUT my main concern is hasil sawit adalah periuk nasi petani-petani yg mengusahakan kebun yg bukaan pun hutan.
dan manalah ada pembakaran terbuka.
dan manalah ada orang utaan mahupun harimau dekat kebun-kebun in the villagers.

nantilah kau joanna.
aku voodoo kau.
lagipun sure kau pikir orang malaysia dok ataih pokok sambil kemban lagi kot.
dah kau suruh orang harvest pakai buffalo.
might as well aku santau n mandremkan kau, hahahaha

Thursday, October 13, 2011

Puteri 2 Sebilik

Pantai Remis, Sungai Sembilang.


Ahkak Doyah : weeeeee, banyaknya binatang cengkerang, menariks nok..

Ahkak Tukang Juai : Pilihlah kak, yg ini sekilo 4 hengget, 3 kelo kira soploh hengget..

AD : yg ni apa nama dia?

ATJ : yg ni ala-ala, tu aa kepah, yg ni lak kerang bulu..

AD : wooooo, bulu bulu ke kerang itu..

ATJ : yg ini kijing, ada 2 jenis, kuning ngan putih..

AD : yg ni lak?

ATJ : puteri 2 sebilik.

AD : awat nama mcm nama kuih jo, awat nama sodap sikit dr yg lain2?

ATJ : Paseinyaaaaaaaaaaa dia kalau kita korek dlm pasir tu, slalu dalam satu lubang ado 2 aje, tak pun paling banyak 3..

AD : oooooooooooooooo


aku rasa bukan puteri yg dok sebilik tuh. aku rasa bilik kelamin si binatang cengkerang tu lah, hehehee. err, yg bertiga tuh 3some ke?.. iskh, nak kena panggil JAIS ke ni?

Friday, October 7, 2011

APOLITICAL

APOLITICAL(adj) bermaksud

1. Having no interest in or association with politics.
2. Having no political relevance or importance

Itu saya.
Tapi tidak bermaksud saya tidak minat membaca berkenaan politik.

Ayah mertua saya is a staunch UMNO person. Through n through.
Dia pernah buang Harakah adik iparnya (seorang lawyer Kelantanese) tatkala sipolan bertandang dan bermalam di rumahnya.
Bila ditanya, dia buat buat tak tahu,
Nakalkan beliau.
Thehehe.
Kadang-kala bila ada pluang, I tried to engage him with my shallow politic knowledge. :)

Ayah saya pula,
being unpredictable him, adalah pengundi yang saya tidak tahu allegiance nya.
Saya tak pernah tanya,
Undi adalah rahsia.

Household saya,
semasa saya membesar,
rarely discuss politic,
over dinner, tea, breakfast or lunch.

The nearest I was to politic heat and rush when I was in standard 5,
tatkala Semangat 46 menyerang,
Johor Bahru jatuh ke tangan Parti Kunci,
dan kawasan saya menyusul kerana wakil rakyatnya meninggal,
Kecoh dengan parti kunci masa itu
(tapi mereka tak dapat pakai lambang kunci kerana ada 2 wakil nak pakai, sabotaj mungkin, maka wakil Semangat 46 pakai lambang IKAN.. hehe).
By the way, ayah saya kena hantar kursus ke Genting Highland waktu itu.
It's like they pooled all the civil servants that had rebellious streak to faraway land, hahahaaa
(by the way, ayah saya loud, menyebabkan orang selalu salah sangka padanya, tapi saya memang tak tahu dia sokong siapa)
Parit Raja dan Sri Gading being predominantly populated with orang jawa,
banyaklah poster-poster dan jeritan IWAK di sana sini (iwak=ikan)
nota - Barisan Nasional menang pilihanraya tersebut. With small margin if I remember it correctly.

Batu Pahat,
kampung halaman mak saya,.
Datok Onn Jaafar pernah jadi District Officernya.
Steep with Umno history.
Selain itu, Lim Kit Siang pernah sekolah di High School Batu Pahat. how irony.
Selain Chua Soi Lek dan Vincent Tan(Berjaya Corporatin Berhad) - politically unrelated, hehehe

Kenapa saya cakap-cakap politik ni?

sebab saya tengah baca buku tebal.
A Doctor in the House,
by Tun Mahathir Mohamad.

padahal dulu,
masa kena belajar sejarah,
meleleh air liur basi mengadap buku sejarah.
mungkin tabi'i membaca saya tidak boleh bersebabkan akademik,
konsepnya baca-baca waktu senggang.

To date, I read quite a few politic books rupanya.

Starting with book by Tunku Abdul Rahman 'bout May 13 during my uni years,
graduating to Kua Kia Soong(May 13:Declassified documents on the Malaysian riots of 1969 and 445 Days under the ISA:Operation Lalang 1987-89)
Rustam A.Sani- Failed Nation? Concern of a Malaysian Nationalist
and
Barry Wain- Malaysian Maverick:Mahathir Mohamad in Turbulent Times

Saya baca kerana buku-buku ini intriguing.
To date, after few chapters, buku Mahathir itu sangat menarik.
Lots of history to learn.
Esok saya berkisah berkenaan buku itu tau.
(Esok kalau mengikut jangka waktu saya mungkin adalah minggu depan, hahahaaa, atau bulan depan. tak tak, saya bersungguh mahu berkongsi.)