Wednesday, June 27, 2012

Min's and Soraya's

Keputusan peperiksaan semester 1dah lama keluar
Tinggal ambil report kad nya aje esok
Before ni cuma tengok keputusan online aje.
Dengan penuh kesyukuran mendapat anak2 yg terang hati..
One step at a time..
Blajar skolah rendah dulu.. 

Result peperiksaan Soraya for 1st semester. No 2 from the whole  standard 4 rank.

Soraya's. All As 1 C. Tak sempat siapkan art masa peksa.

Min's. No 3 from the whole school rank of standard 5.

Min's. All As and 1 B. Kajian Tempatan ni dah dua kali  dpt B. Badi kot. hahaha.

As usual, a super proud mom..




Sunday, June 24, 2012

Formerly known as...

dulu aku selalu wonder napekah penyanyi PRINCE tukaq nama..
jadi The Artist Formerly Known as Prince
pas tu jadi The Artist....

begitu juga dengan Puff Daddy,
yang menjadi P.Diddy,
kemudian Diddy..
dan kadang kala guna nama asalnya Sean Comb.

memeningkan lebih-lebih lagi bila nama mereka itu dah established..

'awat hangpa tukaq nama..?
pening cek weh....'

nama blogger saya kan Hantumakan,
selesa tahu gunapakai nama ini..
walau ada yg tegur nama ini skeri, buruk, x sedap sangat telinga mendengar..
x komersillah..
namun, in the nutshell, that was how i feel when i penned the name..
i love food, sampling, reading about, salivating, experimenting, thinking, smelling, tasting, dreaming, 'kacip'ing with my front teeth, grinding with my geraham, swirling with my tounge,
i can go on and on and on and on with the never ending lists.. :)
that is how much i love food,
still do...
and that was why being a 'GHOST' kinda fit my blogger name..
nak menunjukkan ketaksuban diri ini yg kerdil pada salah satu nikmat Illahi ya'itu MAKANAAAAAN..

dengan nama ini juga saya dapat ramai kenalan baru,
keep track with ol'frens..
Kira banyak saat gembiralah nama ini bersama saya..

selain dari itu,
secara tidak disedari,
berat badan saya juga turut naik bersama-sama dgn hobi saya yg sgt indulging ini..
>-<..
tidak perlu menangis kerana tidak perlu sesali perkara yg telah berlalu.. (muahaha, nasihat yg bongok sikit)..

well it's true,
yer name is doa,
just like people say..
T__T
mungkin jika hari ini saya shallow dan vain,
teringin saya nak tukar nama menjadi 'si jelita habis tak boleh mata berhenti memandang'
mungkinkah muka akan berobah menjadi seakan bidadari..
matilah kau mengharap..
mungkin akan menjadi hantu kumkum agaknya (hantu lagi, kau suka sgt pada hantu kenapa doyah oi?)
(cerita hantu kumkum jaman sekolah menceritakan gadis mengamal ilmu untuk jelita tetapi melanggar pantang muka menjadi hudoh.. itulah maksud perumpamaan tadi.. tisk)

okay, okay fine..
aku pergi kepada point aku yg berselindung dah berperenggan masih tak tahu apa yg kau merepek ini..

saya nak tukar nama saya..
:)
kerana walau saya sayang akan nama hantumakan..
saya sedang cuba berubah and liking my changes..
as  much as i love the name,
it kinda not fitting me anymore, tak feel okeh nama hantumakan
entry food pun di blog ini makin kurang,
bukan disengajakan but yeah i dont really cook new recipes of lately..
makan luar juga balik2 kedai yg sama..
jenis makanan pun macam kurang WOW factors untuk dipertontonkan atau dikongsi bersama..
kalau kau masak ayam recipe yg sama yg semua orang pun pandai masak,
apa ke pekdahnya kau buat entri kan..
mati busan orang tengok..
'ek eleh kak long ni, ini aku pun pandai masak'
pitam mak nak cope dgn komen sebegitu..

lagipun tukar nama blogger tidak perlu bayar atau angkat sumpah depan hakim kan kan kan..
hahahahahaaaa..

saya nak jadi hantu juga tapi..
hantulari
dengan harapan saya lebih kuat berlari....... untuk menjadi lebih sihat..









Wednesday, June 20, 2012

Choose and Be Merry, okay fine, election day

okay, itu cobaan nak trenslet 'pilihanraya'..

Bagi sesiapa yg peka,
tahun ini pasti akan ada pilihanraya.
inilah masanya kita nak excersize our rights once in 5 years..
Gunakanlah dengan bijak.

Sebagai pemerhati,
Saya teringin nak buat komen sikit.
lebih-lebih lagi tatkala banyak benar iklan propaganda di kaca tv..

Tolong jangan guna iklan memperingati terlalu banyak..
atau guna tag yg 'jgn mudah lupa'
as much the history has been kind to our nation..
or the path of history might be different if not for key leaders of the past.
and sebagai anak merdeka yg semakin matang..
saya nak habaq sikit.

to be a leader or be chosen to be a leader is a responsibility.
bukan hak mutlak.
money given or spent for the people are people's.
not in any way a loan,
so please dont remind us bout d rm100 or rm500 given.
in a way it's a tax payers money.
in many ways, it is an obligation for government to govern with all its capacity for the people.
untuk saya, keluarga saya, jiran saya, menakan saya, rakan senegeri saya, sesiapa saja rakyat jati malaysia.

i do not know if there's a hidden agendas of any parti lawan,
they do look kinda shady
i mean d DAP father son rules is kinda dictatorish (ado ko perkataan ni?.. hampeh aku ni)
and how would you say bout husband, wife and daughter rule kat pakatan rakyat?
felik gak le untuk level housewives mcm aku nak decipher.
mcm orang lain tak tahu berpolitik aje..

tapi,
for fence sitter,
yg boleh pikiaq panjang,
x payahlah mengungkit banyak beno..
x boleh ungkit pun.
it's not yer right tahu..
not that money comes from yer family coffers or anything like that.
it's malaysian people's money.
it's only u get to decide what to use it for..
so, decide wisely ..
sonang jo...
and if people kind enough or they are satisfied,
for the next 5 years,
u'll get to be choose again.

wah, pandai kau je nasihat..
>-<







Tuesday, June 12, 2012

berriadhah membawa faedah...

kembali kepada topik hidup gaya sehat.
hari ini saya akan mengupas topik penggunaan gadget Heart Rate Monitor merangkap personal trainer tidak buffed seperti di fitness first maka mengurangkan risiko berpeleseran dgn jejaka bukan muhrim (tetiba, kau aphal)..

hari ni saya akan mengupas berkenaan data terkumpul mingguan, achewah..
maklumlah last week ahkak berjaya berriadhah sebanyak 4 kali, maka data terkumpul lebih lawa dari biasa sebab itulah lebih berani hendak memaparkannya di blog..
>-<
sedikit menderita ye saya mencapai pencapaian ini..
jari kaki masih sengal dek kerana berlari sana sini..
pppfft (tampak diri lemah ayat sebegitu digunakan, sgt memalukan)

memula kita pilih menu DATA.




kemudian terpaparlah week yg anda telah capai.
dalam kes ini minggu lepas yg akak larilah dek.




resultnya akak telah mencapai 'Good training week.'
kau tak tengok dek minggu lousy akak lari,
macam2 komen mende ni, train more le, 
>-<
masa tu kurang mampu rasanya..




yg ini data paling penting.
Achieved time per zone.
ini le yg menentukan tahap fitness dan hasil bakaran kalori korang..
terbahagi kepada 3 zone.




zone 1.
110-128
memula aku start lari nak menten zone satu ni pun seksa.. 
bawah zone 1 pun ada jantung aku ni berdegup.
NAMUN skarang (achecheeeeh)
saya berjaya lebih capai.. sampai terlebih percent lak..  


zone 2.
zone yg dipentingkan namun belum mampu lagi.
129-146
kira kalau kau lari ni,
mengah la gak kalau nak borak..
nampak dak.
baru mampu capai 26% saja.
itu pun dah nearly 1hour tu..

as for zone 3, heart ratenya ialah
147-166.
kira kalau kau lari either kau sprint pas tuh mengah gila..
atau kau menten zone 2 and getting faster gradually.
tidak perlu capai mengikut program untuk kurus yg aku pilih.
nasib baik, hahahaaa..




week target kalori bakar ikut program seharusnya 1700kcal, 
ini kira terbaiklah ni aku pernah capai..
kalau anda pergi makan nasi briani atau nasik minyak bersama lauk pauknya siap tambah lagi..
maka spinggan yg anda makan itu kira ngam ngam je nak erased 4 times punya effort nak kurus.
start to make u think before u eat kan..
lelagilah kalau terkenang betapa mengahnya berlari.




week target untuk jumlah masa..
susah kan nak put aside 4hour 15mins perweek.
ini pun masa aku paling banyak le ni..




sekian sahaja topik kesihatan hari ini.
akan kembali di lain hari dgn lebih banyak infotainment.
tetiba.



Thursday, June 7, 2012

hot pants

smalam aku nampak ada gadis melayu memakai hot pants.

aku cuma nampak ada 3 sebab aje kenapa.

pertama.
dia rasa dia gadis panas (hot babe)

kedua
cuaca sekarang sangat panas.

ketiga
errr.. dia nak rasa neraka yg panas.

KESIAN (sekian)




Monday, June 4, 2012

Overkill

okeh kawan-kawan..
sesekali kalau anda rasa perlu berubah atau terasa mcm diri tak kena,
kita akan terpanggil untuk tengok bayangan diri sendiri (self reflection, betui ka aku trenslet?)

eh, aku self reflect kali ni tak de kena mengena pun nak berubah, hehe..
tapi terpikir, bila termenung tak de apa nak buat kan..
sungguh takde visi minah ni,
so apa guna kau self reflect kan?
tak payah jawab...... plis.

so, bila aku pikirkan..
sedari aku ni start bergaul ngan menusia lain selain ahli keluarga,
aku ada satu perangai yg aku panggil OVERKILL.

contohnya..
masa aku skolah rendah..
budak lelaki menyakat pompuan lain dgn cicak mati..
typically mistilah gegel2 yg kiut2 akan jerit2 kan..
aku errr buat2 x takut kat cicak mati..
tapi tak cukup dgn nak tunjuk aku tak takut..
bila budak lelaki baling cicak itu..
aku pi pijak cicak itu..
over kan....

masa aku skolah menengah,
bila ada cikgu sound aku,..
aku memang x boleh kalau tak menjawab..
 kalau kau rasa nak tak kena cop kat dahi sebagai pelajar lorat..
adalah wajarlah kan kau dok diam..
tapi kerana aku minah over,
so many times aku lupa daratan dan kedudukan..
dan pi menjawab cikgu..
tindakan agak bodoh disitu,
aku sedar...
yet again perangai melebih lebih itu wujud dalam diri aku..

alaaaa..
contoh kalau cikgu tanya
'awat awak tak pandai arab dalia?'
jawab tak stadi kan senang.. atau diam pun bulih..
tapi aku suka nak jawab menyakitkan hati cikgu
'manalah saya boleh pandai semua sabjek cikgu'
gitu jawab aku..

yang pastinya lagi,
prangai overkill aku ini akan lebih  menjadi kalau ada provokasi..
to make my point selepas di'provoke' itu..
aku akan made a point yg melebih-lebih..

macam kalau masa main netball,
pihak lawan rebut bola yg aku dah pegang kuat kat tangan (which is a contact faul)
aku akan hujah bola yg aku dapat itu (after declared by umpire) ke muka orang itew..
tak kena tapi intimidasi berbentuk overkill..

overkill juga akan menjadi bila mana akunya emotion heightened..
terlalu sedih, terlalu sayang, terlalu marah, terlalu terlalu terlalu yg lain2lah..
part yg ini malas nak ingat yg mana2 kerana berbentuk terlalu personal, hehe..

ada beberapa orang yg aku tak berani overkill.
ayah aku sebab dialah raja segala overkill, hahahahahaaaa..
and mak aku kerana ada something bout her yg overkill is kinda pointless..
err, selain daripada i shouldn't berperangai overkill around them ever.. >-<

so, adakah perangai overkill aku tu dah berkurangan?
jawapannya ofkoslah..
kerana faktor usia dan kematangan (ye lah matang kau tu)..
it is few notches kurang sudah pasti..
but insert the right provocation..
aku rasa darah overkill aku sure datang balik..
i guess it's the made up of my DNA strings.
nothing much i can do..
ALASAN.