Monday, June 4, 2012

Overkill

okeh kawan-kawan..
sesekali kalau anda rasa perlu berubah atau terasa mcm diri tak kena,
kita akan terpanggil untuk tengok bayangan diri sendiri (self reflection, betui ka aku trenslet?)

eh, aku self reflect kali ni tak de kena mengena pun nak berubah, hehe..
tapi terpikir, bila termenung tak de apa nak buat kan..
sungguh takde visi minah ni,
so apa guna kau self reflect kan?
tak payah jawab...... plis.

so, bila aku pikirkan..
sedari aku ni start bergaul ngan menusia lain selain ahli keluarga,
aku ada satu perangai yg aku panggil OVERKILL.

contohnya..
masa aku skolah rendah..
budak lelaki menyakat pompuan lain dgn cicak mati..
typically mistilah gegel2 yg kiut2 akan jerit2 kan..
aku errr buat2 x takut kat cicak mati..
tapi tak cukup dgn nak tunjuk aku tak takut..
bila budak lelaki baling cicak itu..
aku pi pijak cicak itu..
over kan....

masa aku skolah menengah,
bila ada cikgu sound aku,..
aku memang x boleh kalau tak menjawab..
 kalau kau rasa nak tak kena cop kat dahi sebagai pelajar lorat..
adalah wajarlah kan kau dok diam..
tapi kerana aku minah over,
so many times aku lupa daratan dan kedudukan..
dan pi menjawab cikgu..
tindakan agak bodoh disitu,
aku sedar...
yet again perangai melebih lebih itu wujud dalam diri aku..

alaaaa..
contoh kalau cikgu tanya
'awat awak tak pandai arab dalia?'
jawab tak stadi kan senang.. atau diam pun bulih..
tapi aku suka nak jawab menyakitkan hati cikgu
'manalah saya boleh pandai semua sabjek cikgu'
gitu jawab aku..

yang pastinya lagi,
prangai overkill aku ini akan lebih  menjadi kalau ada provokasi..
to make my point selepas di'provoke' itu..
aku akan made a point yg melebih-lebih..

macam kalau masa main netball,
pihak lawan rebut bola yg aku dah pegang kuat kat tangan (which is a contact faul)
aku akan hujah bola yg aku dapat itu (after declared by umpire) ke muka orang itew..
tak kena tapi intimidasi berbentuk overkill..

overkill juga akan menjadi bila mana akunya emotion heightened..
terlalu sedih, terlalu sayang, terlalu marah, terlalu terlalu terlalu yg lain2lah..
part yg ini malas nak ingat yg mana2 kerana berbentuk terlalu personal, hehe..

ada beberapa orang yg aku tak berani overkill.
ayah aku sebab dialah raja segala overkill, hahahahahaaaa..
and mak aku kerana ada something bout her yg overkill is kinda pointless..
err, selain daripada i shouldn't berperangai overkill around them ever.. >-<

so, adakah perangai overkill aku tu dah berkurangan?
jawapannya ofkoslah..
kerana faktor usia dan kematangan (ye lah matang kau tu)..
it is few notches kurang sudah pasti..
but insert the right provocation..
aku rasa darah overkill aku sure datang balik..
i guess it's the made up of my DNA strings.
nothing much i can do..
ALASAN.


2 comments:

Tijah said...

yeahhh. usia telah mengselowkan segalanya. haih!

hantumakan said...

tijah - aku suker warna pink kau itew.. adakah tema baju raya?.. hehehe