Thursday, January 17, 2013

Malaysia Women Marathon 2013


Mari kawan, mari kawan dengar ini cerita....

Datang April 2013, akan dianjurkan satu marathon khas untuk kita aje taw..
ye, kita perempuan babe yg cun melecun ni..
ok fine, kalau cakap marathon sure ramai yg terkejang otot keras kematun, maklumlah, 42kilometer..
Boleh kompem dah booking tempat baring kat dlm ambulans sesiap awal-awal..

Saya pun takut nak masuk 42kilometer,
mak lum mampu noks

Oleh itu saya dengan berani berani merpati telah mendaftarkan diri untuk acara Half Marathon.
Dengan nama half tu, surelah jaraknya jua half kan (ramai la kutuk aku tuh, let me speak, let me speak)
Pengakuan hina, aku paling jauh pun pernah lari hanyalah 8km..
maka kamu semua dibenarkan untuk sceptical dgn hasil usaha aku menceburkan diri aku dalam masalah fizikal ini ye..

APA LA YANG KAU PIKIO mak nap oiiiiii, Mampukah Ahkak?
kenapa aku boleh terjebak sebegini rupa, tanya kamu?
sila scroll down my entry as u r reading, disamping itu bolehlah aku memberi butiran tentang event masakini nan hebat itew..

1.   Venue and Date 
Start and Finish Venue
I City, Shah Alam 
GPS coordinates  3.064753, 101.485391? +3° 3' 53.11", +101° 29' 7.41“

Date :  7 April 2013

Berdasarkan tarikh, event hebat ini akan berlaku dalamasa 4 bulan lagi..
Jika aku berlatih dgn gigih (hehee) dalam masa 4 bulan ini,
bolehlah kita assume yg aku agak bersedia (fengsan)..

Waktu layak adalah 4jam..
berkadar waktu dgn timing larian aku 10min=1km
4j x 60min = 240min
maka aku boleh capai 24km (jika tidak fengsan) dlm 4jam..
half marathon sejauh 21km.
Qualifying time checked. Heheee

Kenapa qualifying time penting bagi aku?
Keep on reading. babes  









Setelah anda mendaftar,
Pada tarikh anda collect race kit anda,
Selain anda mendapat bib bertiming chip,
anda akan dapat pareo ini,
cuns kan y'all..
lari kena ada motivation,
selain dari makanan, motivation aku adalah things u get after u paid yer godemit running fees..
heheheee








anda juga akan mendapat bag yang bercorak begini y'alls..
pareo, bag.. gosh, can it get any better?







dan akhir sekali,
all the marathon/half marathon finishers within the qualifying time will get this spanking nice dog tag with chain in a box..
Yg warna emas untuk full marathon and yang warna silver untuk half marathon..
Dikeranakan mende2 hebat di atas itulah, maka aku dgn penuh gaya perempuan materialistik telah mendaftarkan diri dalam event yg bakal membuatkan aku bekerja keras dalam 4 bulan ini.. hahahaaa

to sweetened it all up,
anda dibenarkan masuk kategori couple, dimana suami, adik lelaki, abang, boipren, suku sakat sedara menakan, rakan-rakan mahupun running trainer anda dibolehkan masuk untuk acara yang memang dikhaskan untuk wanita ini..
mereka dibenarkan menjadi pacer anda, 
meaning untuk gaya seorang lelaki budiman, mereka akan malu besar jika lari dan meninggalkan anda hidu asap getah tapak kasut sukan mereka..
mereka harus lari sama-sama dan memberi semangat kepada anda untuk anda menghabiskan larian yang sangat-sangat errr, syiok ini, hehee
Best tak Best?
Best gila wa cakap lu..

Namun jika anda merasakan 42km atau 21 km itu terlalu mencabar, 
masih ada acara 8km, anda masih lagi akan mendapat pareo dan bag..
okay gak, only that i think the dogtag chain is one bling bling that i really wanna have, hahaha.. 


Berikut adalah details untuk masuk larian ini.




5.     Registration Fees

                                                  Early  bird  7 Jan- 28 Feb 2013         After 1st March 2013

Full Marathon
Malaysian and
Permanent residence, and
work permit, student visas                          RM90                                       RM105    



Half Marathon                                         RM75                                       RM85
Malaysian and
Permanent Residence
Work permit
Student visas




Fun Run – 8km                                        RM45                                         RM55
Malaysian
Permanent residence,
work permit,
student visas

Berminat untuk mendaftar, anda boleh pergi ke SINI

So, kengkawan,
wish me luck,
aku sudah daftar malam tadi..
mungkin akan mimpi ngeri setiap malam kerana takut menunggu tarikh event, hahahaaa





3 comments:

kucingorengemok said...

logo adalah disturbing, harap maklum

afendi ariff said...

nampak mcm org pakai bikini...
heh!

hantulari said...

kamu ber2, listen, listen, let me speak.....

tak terkata aku berkenaan logo itu..